Rabu, 5 Ogos 2015

Eksplorasi Eropah 9: Slovenia - Ljubljana - Lake Blade

8 Dis 2014:  Slovenia.  Sebuah negara bekas jajahan Yugoslavia. Penduduknya berbangsa Slovene dan ibu negaranya Ljubljana.  Saya jarang mendengar dan meneliti negara ini.  Namun bila Micheal memasukkan Slovenia dalam rangka eksplorasi Eropah barulah rasa ingin tahu timbul.  Jika negara Balkan yang lain, saya pernah dengar sebab krisis yang pernah melanda sebelum ini.  Seperti Crotia, Albania dan Slovakia. Untuk dapatkan info, boleh rujuk negara Slovenia di sini.

Perjalanan dari San Marino pada sebelah malam diteruskan ke Ljubljana,  ibu negara Slovenia.  Negara yang dikatakan memiliki rupa bumi yang cantik terus menjadi impian kami untuk melihatnya.    Kami sampai ke Ljubljana setelah melalui perjalanan hampir dua jam.  Walaupun malam sudah menjelang, namun Micheal masih mahu membawa kami menikmati keindahan bumi Allah ini.  Apabila sampai, kami singgah di sebuah kedai yang menjual barang cenderamata.  



Kemudian sempat juga bersiar-siar  ke pasar Krismas di bandar ini.  Di satu gerai, kami sempat minum teh panas strawberry bersoda.  Disebabkan terlalu cuaca sejuk, minuman ini dapat dihabiskan walaupun rasanya agak ganjil kepada tekak. 
Minum teh strawberry panas di pasar krismas Ljubljana
Di gerai krismas, kami beli topi bareta. Maka bergayalah empat "jejaka" ini dengan t opi baretanya..

Gaya 4 bareta
Semasa berjalan-jalan disekitar bandar kami bersua dengan dua gadis manis dari Turki yang dikatakan tinggal di sini.  Sempat juga bergambar dengan gadis Muslim yang sukar ditemui di sini.

Gadis jelita Turki di Ljubljana
Tak lepas peluang bergambar
Malam di kota Ljubljana
Selepas ronda-ronda malam di bandar ljubljana, kami terus ke hotel penginapan.  
Hotel penginapan di Ljubjana
Satu peristiwa mencemaskan berlaku apabila Micheal hampir terlanggar palang sekuriti untuk memasuki parkir hotel.  Mungkin disebabkan terlalu penat, kaki menekan pedal minyak setelah memandu hampir 300 km sepanjang hari.  Alhamdulillah, berkat doa musafir semua masalah dapat diatasi







Setelah sarapan, jam 8 pagi kami bersiap-siap untuk meneruskan penerokaan pagi di Tasik Bled.  Micheal kelihatan sihat dan ceria. Kami yakin dia dapat meneruskan misi ini dengan selamat.  Rupanya tasik yang indah itu tidak jauh dari hotel penginapan kami.

Bled tidak sehebat nama seperti Paris atau London.  Namun pelancong akan singgah di sini untuk melihat keindahan tasik Bled.  Dahulu tasik ini adalah tasik glasier.  Bila glasier mencair maka terbinalah tasik ini.  Sangat menarik lagi apabila melihat matahari mula bersinar dan menerangi tasik ini.  Terdapat castle di kejauhan di dalam tasik ini.

Itik di lake Bled
Nak tunjuk apa tu..
Latar belakang Lake Bled
Kami juga sempat dibawa ke Taman Negara berhampiran Bled.  Disebabkan letaknya di kawsasan yang agak tinggi maka salji mulai kelihatan.  Maklumlah tak pernah tengok salji.  Bila jumpa sahaja salji berlonggok di tepi jalan maka semakin teruja nak melihatnya.  Di Taman Negara ini suhu dibawah pas beku.  Salji terdapat di merata-rata.


Hj Yazid tak lepaskan peluang jumpa salji.  Bukan senang nak baring atas salji. 
Senyum  Nik di Ljubljana
Bergambar kenangan di Bled dengan dengan gasis poster
Pantang jumpa salji
Main salji,  Alhamdulillah hajat dimakbulkan Allah untuk pegang salji
Micheal, Bled Cream Cake yang dicari dah jumpa.  Nyaman kata orang Brunei
Kopi dan roti terus-terusan di sepanjang lebuh raya..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...