9 Jun 2015: Solat Subuh di masjid. Pagi selepas solat subuh ustaz Dr Basit kuliah tentang amalan lepas Subuh. Diikuti kuliah oleh Ustaz Zamerey berkaitan riba. Akhirnya majlis penutup dengan ucapan oleh Ustaz Sulaiman, Cikgu Rizan dan Ustaz zamerey serta rumusan misi kali ini
Menarik, penting dan sangat bermakna rehlah yang dianjurkan dengan pengisian ke arah memantapkan imam. Dengan menyedari akan kekurangan yang dimiliki oleh Muslim Kemboja, maka inisiatif yang diteroka oleh Maahad Imam Syafie dengan tenaga penggeraknya yang begitu yakin dengan pertolongan Allah terhadap amal jariah yang dilakukan. Dengan sokongan masyarakat, usaha meningkatkan mutu kehidupan derta pendidikan Muslim Kemboja dapat diberikan pembelaan.
Berkat usaha dan kesabaran para pendukung utama MIS maka kejayaan semakin kelihatan. Dengan kemudahan fizikal yang semakin nyata wujudnya. Bangunan kelas, telah digunakan.
Tahniah kepada Hj Hassan yang berfungsi sebagai tenaga penggerak bagi menjayakan misi kemanusiaan dan pendidikan kali ini. Misi seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang.
Selepas kuliah subuh dan sarapan acara hari ini diteruskan dengan aktuviti lawatan ke Angkor Wat. Kami meniki van dan menyewa tut-tut untuk sampai ke Angkor Wat. Setelah membeli tiket masuk kami sempat memasuki kawasan Angkor untuk melihat seni binanya . Sebagai tempat tumpuan pelancong terutamanya dari negara China, Angkor Wat dipenuhi kuil. Rasanya lawatan singkat ke sini sudah memadai walaupun tiket masuknya USD20 untuk sehari. Selepas penat buat satu pusingan melihat-lihat sekitar kawaswan luar Angkor Wat, kami balik semula ke hotel manaiki tut-tut.
Sebelum berangkat ke lapangan Terbang Siem Reap, kami makan tengahari di restoran Muslim berdekatan.
Penerbangan balik ke KLIA dari Lapangan Terbang Seam Reap pada jam 11 pagi.
Tazkiran subuh oleh Ustaz Dr Basit |
Bergambar di depan masjid |
Gambar kenangan di depan hotel |
Angkor Watt |
Gajah di Angkor Watt |
Angkor Watt |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan