7 Jun 2015: Aktiviti hari ini dimulai dengan kuliah subuh di surau MIS Kg Keh. Kuliah Subuh oleh TG Dr Basit . TG Dr Basit menyampaikan tazkirah bertajuk "bacaan selepas solat". Dengan merujuk risalah kecil panduan wirid pagi dan petang Dr Basit menghuraikan bacaan yang sangat baik untuk dibaca, difahami, diamalkan bacaannya.
Selepas kuliah subuh, kami bersarapan dengan menu laksa Kemboja. Sedap walau pun sekali pandang nampak tak menarik. Persembahan makanan sangat sederhana. Seperti kehidupan di kampung satu ketika dulu. Namun semua itu adalah rezeki Allah yang perlu disyukuri.
Sementara itu, majlis menyampaikan bantuan sadaqah kepada fakir miskin dijalankan selepas semua penerima bersedia. Nampak wajah penuh mengajar menanti mereka. Tersentuh hati bila melihat wajah lelaki wanita tua yang menunggu mendapatkan bantuan. Kesusahan hidup terjelma melalui riak wajah mereka. Namun masih ada yang sudi membantu walaupun tinggal jau dari sini. Allah Maha Kaya. Walaupun bantuan tidak seberapa nilainya, tapi sekurang-kurangnya dapat membantu keperitan hidup mereka.
Kami juga dibawa ke rumah fakir miskin yang tidak hadir dalam majlis tadi. Rumah mereka telah dibaiki sebelum ini. Berdindingkan zink hijau mereka kelihatan puas dengan bantuan yang dihulurkan. Tidak dapat dibayangkan wanita fakir ini dapat hidup di dalam rumah kecil ini ketika cuaca panas. Tapi itulah hakikat kehidupan yang perlu mereka dilalui.
Tamat sesi menghantar bantuan ke rumah fakir miskin kami menuju ke rumah tumpangan untuk check out. Acara seterusnya ialah makan tengahari di restoran Ustaz Sulaiman. Kami dijamu dengan juadah yang enak. Ikan panggang dan sup ikan.
|
TG Dr Basit sampaikan tazkirah |
|
Krew TV Hijrah sedang buat latihan |
|
Penduduk kampung |
|
Sarapan pagi, Laksa kemboja |
|
Sarapan serba sederhana tapi menyelerakan |
|
Bantuan sedekah |
|
Penerima bantuan |
|
Sampaikan bantun |
|
Pelajar perubatan yang ditaja oleh AIS |
|
TG sampaikan bantuan fakir |
|
Sampaikan bantuan |
Setelah makan tengahari kami tunaikan solat jamak zuhur dengan asar di masjid hadapan restoran. Masjid yang kecil dan kami berjemaah dengan penduduk tempatan.
Selesai solat kami terus ke Phnom Penh. Perjalanan selama 3 jam. Cuaca baik dan cerah. Sydah lama tidak hujan di Phnom Penh. Sawah padi kering tak berair. Dimaklumkan bahawa musim kering tahun ini agak lama. Ini menjejaskan mata pencarian penduduk yang banyak bergantung kepada hasil tani.
Sampai di Phnom Penh, kami terus ke Masjid Negara Kemboja. Masjid ini di bina dengan dana yang disumbangkan oleh individu dari Dubai. USD 3 juta nilainya. Subhanallah. Masji indah dan menarik reka bentuknya. saya bayangkan begitu pemurahnya penyumbang dana tersebut. Diberitahu bahawa masjid lama itu juga di sumbangkan oleh orang yang sama.
Acara seterusnya kami dibawa ke pasar besar Phnom Penh. Pasar yang besar dan ramai pengunjung. Ramai juga pengunjung yang datang dari Malaysia.Tak banyak barang yang nak dibeli di sini. Saya sempat juga beli beberapa helai baju T bertulis Phnom Pehn untuk kenangan menunjukkan saya dah sampai di sini..
Perjalanan ke Siem Rep dari Phnom Penh melalui jalan tanah merah. Ada ketikanya keadaan jalan sangat tidak selesa. Beralun. Menurut Ustaz Sulaiman, perjalanan ini akan memakan masa. Kami singgah makan malam di sebuah Restoran Tropeang Chuck. Menyelerakan. Solat isyak jamak qasar di surau berhampiran restoran.
Kami sampi ke bandar Seam Reap pada jam 2 pagi selepas melalui perjalanan yang sangat mencabar. Kami menginap di Rumah Tumpangan Hj Syakirin, Seam Reap. Rumah tumpangan ini baru 2 bulan siap diduduki. Sangat baru. Pemilik adalah Hj Syakirin, seorang Muslim Kemboja yang dikira berjaya dalam perniagaannya. Tempat tinggal yang disediakan sangat bersih dan sesuai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan