8 Jun 2015: Disebabkan terlalu letih mengharungi perjalanan sepanjang malam dari Phnom Penh yang agak mencabar maka program tazkirah yang sepatutnya diadakan di masjid berhampiran ditangguhkan. Keletihan ditambah lagi dengan masa tidur yang singkat. Hanya kira-kira 2 jam setengah sempat lelapkan mata. Itupun tidur tak berapa lena.
Setelah solat subuh, kami bersarapan pagi di Restoran Muslim berhampiran hotel. Dapat juga merehatkan diri sebelum meneruskan misi ke kampug sekitar Seam Reap. Lebih kurang jam 10 pagi, kami bersiap ke kampung berhampiran Tasik Tonle Sap. Kami sempat singgah di kampung berhampiran. Kami lihat mereka kehidupan mereka sangat miskin dan perlukan perhatian. Mereka perlukan tempat tinggal yang sesuai sebab kebanyakan rumah mereka sangat daif. Ada rumah yang sesuai dipanggil reban.
Kami ditunjukkan beberapa buah rumah bentuk kluster yang disumbangkan oleh hartawan Qatar.
Kami ditunjukkan beberapa buah rumah bentuk kluster yang disumbangkan oleh hartawan Qatar.
Kami sempat singgah ke sebuah madrasah yang disumbangkan oleh hartawan Malaysia. Sumbagan pakaian dan kurma disumbangkan kepada masyarakat setempat.
Acara seterusnya ialah menjelajah ke perkampungan terapung Tasik Tonle Sap. Terdapat petempatan orang Islam di Tasik ini. Tasik ini sangat luas seakan kami berada dilautan. Hasil utama tasik ini ialah ikan air tawar.
Selepas makan tengahari kami sempat berehat sebelum menyambung jelajah Siem Reap waktu malam. Siem Reap terkenal dengan night market.
Bergambar dengan TG Dr Abdul basit |
Gambaran kemiskinan |
Di hadapan madrasah Dar Rafeeah, Tonle Sap |
Bersama Ustaz mengajar di madrasah |
Nak naik bot ke Tonle Sap |
Air Sungai yang semakin kurang |
Sempat urut badan..budak ni buruh kanak-kanak yang biasa terdapat di jeti |
Kawasan Tonle Sap |
Di tasik terapung |
Makan tengahari |
Malam di Seam Reap |
Banyak dijual di sini |
Pasar malam |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan