Sabtu, 23 Januari 2021

BAHASA ULAR DAN BELUT

Isu bahasa rojak masih dibincangkan sehingga kini.  Walaupun pelbagai gesaan dan peraturan cuba dilakukan, namun penggunaannya masih berlaku.  Tidak kira di mana dituturkan, pencinta bahasa rojak ada di mana-mana.  Dalam situasi rasmi atau sebaliknya, pengguna bahasa rojak mungkin terfikir, darjat sosialnya teguh bila bahasa rojak digunakan ketika berkomunikasi.

Dalam mengukuhkan kedaulatan bahasa Melayu, pernyataan dalam Perlembagaan sahaja tidak mencukupi.  Hal ini bertambah parah apabila waktu beralih dengan cepat.  Perubahan masa kadang kala ditandai dengan perlunya ada perubahan dalam cara bertutur dan berfikir.  Sikap sebegini walaupun dianuti oleh banyak orang, jika dirujuk kepada aspek bahasa kebangsaan menjadikan nilai bahasa itu menjadi semakin parah.  Kita perhatikan kecenderungan untuk menuturkan bahasa rojak menjadikan sensitiviti terhadap bahasa menjadi semakin rendah.  Tiada aturan yang mampu dipertahankan apabila kalangan pemimpin dan penguasa  menjadi selesa dengan bahasa rojak yang dituturkan.  

Walaupun wujudnya dinamika dalam perubahan sesuatu bahasa, jika aspek asas bahasa tersebut tidak dijaga maka kita akan temui satu masa kelak bahasa itu sudah tidak memiliki identitinya.  Bahasa yang 'entah ular entah belut' menjadi sukar ditentukan.  Mungkin juga bahasa Melayu satu ketika nanti dirobek-robek akibat kerakusan pengguna yang tidak dapat dihalang.

Baca catatan Zulkifli Jalil di sini tentang "Bahasa apa ‘sekerat ular, sekerat belut’?" 

Jumaat, 22 Januari 2021

IMPAK COVID-19 TERHADAP PENDIDIKAN


Pandemik COVID-19 telah mempengaruhi sistem pendidikan di seluruh dunia, yang menyebabkan hampir keseluruhan penutupan sekolah, universiti dan kolej.

Sebilangan besar kerajaan memutuskan untuk menutup sementara institusi pendidikan dalam usaha untuk mengurangkan penyebaran COVID-19.  Pada 12 Januari 2021, sekitar 825 juta pelajar terjejas akibat penutupan sekolah sebagai tindak balas terhadap wabak tersebut. Menurut pemantauan UNICEF, 23 negara saat ini melaksanakan penutupan di seluruh negara dan 40 melaksanakan penutupan tempatan, yang memberi kesan kepada sekitar 47 peratus populasi pelajar dunia. 112 buah sekolah negara kini dibuka. 

Penutupan sekolah tidak hanya memberi kesan kepada pelajar, guru, dan keluarga tetapi mempunyai kesan ekonomi dan sosial yang jauh. Penutupan sekolah sebagai tindak balas terhadap wabak tersebut telah memberi penjelasan yang lebih tentang pelbagai masalah sosial dan ekonomi, termasuk hutang pelajar,  pembelajaran digital, ketidakamanan makanan, dan kehilangan tempat tinggal, serta akses kepada penjagaan anak, penjagaan kesihatan,  perumahan, internet, dan perkhidmatan orang kurang upaya. Kesannya lebih teruk bagi anak-anak dan keluarga mereka yang kurang bernasib baik, menyebabkan gangguan pembelajaran, pemakanan yang terganggu, masalah penjagaan anak, dan kos ekonomi akibatnya kepada keluarga yang tidak dapat bekerja. 

Sebagai tindak balas terhadap penutupan sekolah, UNESCO mengesyorkan penggunaan program pembelajaran jarak jauh dan membuka aplikasi dan platform pendidikan yang boleh digunakan oleh sekolah dan guru untuk menjangkau pelajar dari jarak jauh dan membatasi gangguan pendidikan. 

Apabila terdapat penularan komuniti yang minimum hingga sederhana, strategi menjarakkan sosial dapat dilaksanakan seperti menangguhkan atau membatalkan perjalanan lapangan, perhimpunan, dan perjumpaan besar lainnya seperti pendidikan jasmani atau kelas koir atau makanan di kafeteria, meningkatkan ruang antara meja, menguruskan waktu tiba dan pulang,  mengehadkan pengunjung yang tidak penting, dan menggunakan lokasi pejabat kesihatan yang berasingan untuk kanak-kanak dengan gejala seperti selesema. Apabila terdapat penyebaran yang besar dalam masyarakat setempat, selain strategi penjarakan sosial, pelanjutan penutupan sekolah  dapat dipertimbangkan. 

Ketika wabak itu menular, sekolah-sekolah perlu melanjutkan mod pembelajaran jarak jauh atau memutuskan untuk sekolah dibuka kembali. Strategi seperti kohort, jadual bergilir, makan tengahari di kelas, dan menggunakan ruang luar adalah beberapa cara untuk meminimumkan hubungan rapat. Langkah berjaga-jaga tambahan termasuk pelitup muka, stesen pembersih tangan, menyusun semula bilik darjah untuk membolehkan jarak fizikal, dan pembersihan yang kerap.  

Sumber: 

https://en.wikipedia.org/wiki/Impact_of_the_COVID-19_pandemic_on_education 


Khamis, 5 November 2020

PERISTIWA 2020: TAHUN BAHARU DI OSLO

30.12.2019 Tiba di Oslo dari  Lofoten.  Transit dalam 2 jam di Airport Bodo.  Kemudian ke Oslo dengan penerbangan SAS.  


Twin Otter ke Bodo.  Cuaca -20C
Transit di Airport Bodo
Tiba di Airport Oslo.
Stesen kereta api airport Oslo



Malam 31 Dis di Oslo.  Gambar oleh Riz yang keluar seorang diri malam tu.  Kami penat dan tidur malam tahun baharu di Oslo.

Program 1.1.2020.  Bersiar-siar sekitar Oslo.  Jalan kaki dari pagi hingga tengahari.  Melalui beberapa lokasi menarik.

Istana Negara Norway, Oslo

Monumen menarik

Karl Johan Gate Oslo, Norway. Jalan utama dan terkenal di Oslo.



Gerbang ke Museum Army







Di Oslo, kami menginap di sini.  Mudah untuk berjalan kaki sekitar Oslo.






Masih di di Karl Johan Street


Tepi pantai, di hadapan Dewan Bandaraya Oslo

Buaian Oslo, Taman rekreasi!






Bangunan Parlimen Norway.  Nampak Klasik tapi masih digunakan..





Banyak bangunan unik dari segi reka bentuk di sekitar Oslo

Central Station, Oslo.  Kami nak naik tren ke airport.  Hampir dengan hotel kami.

Kawasan bekas kem tentera.  Kini muzium




Reka bentuk artistik


Pos istimewa 







Pagi di Oslo









Latar belakng bangunan Opera House, Oslo





Tren ke airport Oslo.

Menaiki QATAR ke Doha.

Airport Oslo.


Senja Norway.  Perjalanan pulang ke Malaysia melalui  Doha.  Ada rezeki kembali lagi di musim lain


IBADAH UMRAH SEMASA PENDAMIK COVID-19 BERMULA



Sumber: Harian Metro

Riyadh: Mulai awal Oktober, Arab Saudi akan menarik balik larangan perjalanan secara beransur-ansur bagi membolehkan ibadah umrah dilaksanakan, lapor Agensi Anadolu.

Menurut agensi berita rasmi Arab Saudi semalam keputusan untuk membenarkan kembali ibadah Umrah itu dibuat selepas hampir enam bulan larangan dikenakan berikutan penularan wabak Covid-19.

Mulai 4 Oktober, Arab Saudi dan penduduk asing dibenarkan menunaikan umrah dengan kapasiti 30 peratus atau 6,000 jemaah sehari, lapor Saudi Press Agency (SPA )memetik sumber di Kementerian Dalam Negeri.

Bermula 18 Oktober, seramai 15,000 jemaah sehari boleh mengerjakan umrah dan menunaikan solat di Masjid Nabawi di Madinah.

Agensi itu mengatakan kebenaran jemaah antarabangsa pula akan bermula pada 1 November.

Mulai 1 November juga Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan dibuka pada kapasiti penuh dengan melaksanakan langkah pencegahan Covid-19.

"Sumber rasmi di Kementerian Dalam Negeri menegaskan langkah itu diambil pastikan aspek pencegahan dan penjarakan sosial dipenuhi," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2020 @ 6:59 AM

Rabu, 4 November 2020

PERISTIWA 2020- UMRAH SEBELUM PANDEMIK COVID-19


22 February 2020 - 4 Mac 2020.  

Alhamdulillah dapat tunaikan umrah bersama isteri, kakak,  adik dan anak buah sebelum pandemik covid 19 semakin menular. Penerbangan dari KLIA terus ke Madinah.  Selepas ziarah di Madinah, bertolak ke Makkah.  Semasa umrah di Mekah, pada hari-hari terakhir di  sana berita penularan virus semakin tersebar.  Jumlah jemaah umrah semakin kurang di masjid al Haram semasa hari akhir di Makkah. . Ibadah tawaf semakin mudah dilakukan kerana jemaah semakin kurang. 

Diberitakan ada kumpulan  jemaah Malaysia dari  Dubai yg tidak dibenarkan memasuki Jeddah. Mereka diminta balik ke Malaysia.  Kami berdoa agar ibadat umrah dipermudahkan. Alhamdulillah kumpulan umrah kami  balik ke Malaysia melalui airport (LT) Haji Jeddah. Kedaan di LT masih tidak terurus kerana kami adalah kumpulan pertama yang balik menggunakan LT Haji. Setelah proses imegresen selesai kami bersyukur semua urusan dipermudahkan Allah. 

Kaum keluarga di KLIA


7 ahli jemaah umrah keluarga OJ

SEKITAR DI MADINAH

Ziarah makam Rasullullah SAW

Dataran Masjid Nabawi bersama Kakngah

Sabar nak masuk Raudah


Ziarah Masjid Quba


Ziarah Uhud



SEKITAR MAKKAH

Tiba di Hotel Makkah

nak mula tawaf


Selesai tawaf


Ziarah Taif - Pasar buah

Ziarah Masjid Abdullah Abbas di Taif



MFuad 

Membeli Makkah

Nasi Arab Taif

Sai naik skuter

Lepas tahallul



Ziarah Makkah





 

KESAN DOSA

  Kesan dosa sangat besar, meliputi kerosakan hati (gelisah, hilang cahaya, sukar ilmu masuk), jauh dari Allah, hilang keberkatan rezeki, t...