Selasa, 16 November 2010
KISAH CIKGU ALI - Mula jadi cikgu
Cikgu Ali hayun langkah dengan penuh semangat hari itu. Hari pertama dia melapor diri kepada pengetua sekolah pertama dia di tempatkan. Macam-macam soalan dalam benaknya yang dia sendiri tak tahu jawabnya. Dia sendiripun tak kisah dengan jawapannya. Jawapan itu ada di sekolah yang dia di tempatkan. Sebagai guru permulaan, sekolah itu bukan dia yang pilih. Pihak jabatan Pendidikan yang tentukan. Dia pun taklah hendak bantah pilihan itu. Yang penting dia akan jadi cikgu. Berjaya juga akhirnya dia nak jadi cikgu.
Dia masih teringat lagi semasa menerima tawaran belajar di maktab perguruan di Pulau Pinang. Kepalang sukanya dia dengan tawaran itu. Apa tidaknya. Sesuatu yang dia memang tak sangka. Pada Cikgu Ali, apa-apa tawaran yang diberi dulu dia akan terima saja. Semasa di maktab, dia belajar kursus Ilmu Hisab. Sekarang dipanggil pelajaran matematik. Pensyarah yang mengajar dia dulu termasuklah Tan Beng Thiam, Cheah Tat Huat, Miskin Fakir dan lain-lain yang dia sendiri dah lupa. Miskin Fakir ajar subjek sains. Dia tak berapa nak kisah apa pelajar nak buat masa dia mengajar. Tapi pernah sekali kerana dah tak tahan kerenah pelajar. Dia cari pelajar yang ponteng sampai ke asrama. Yang tak boleh Cigu Ali lupa ialah kayu hoki tak lekang ditangannya. Tongkatnya kayu hoki..
Banyak kenangan manis dan pahit masa belajar di maktab. Masa itu kemudahan komunikasi tak moden macam sekarang. Hari pertama nak mendaftar ke maktab, dia pergi sendirian. Naik kereta api dari Batang Melaka. Itulah kali pertama dia naik kereta api. Rasa kecut juga dia alami pengalaman pertama naik kereta api. Emak dia bekalkan nasi untuk dimakan dalam perjalanan . Kereta api akan berhenti setesen Kuala Lumpur. Setesen kereta api Kuala Lumpur itu juga adalah kali pertama di jejaki. Tak pernah ditempuhnya tempat itu. Memang kuat dugaannya. Tapi ditabahkannya hati hadapi semua itu. Aku anak jantan katanya. Selepas Kuala Lumpur dia kena ambil kereta api ke Pulau pinang. Satu lagi tempat yang dia tak pernah tempuh. Tapi dalam serabut akal nak ke Penang, dapat juga dia cari kawan yang sama tujuan. Kalip nama sahabat barunya. Budak Melaka. Pun sama kes dengan dia. Buta tentang Pulau Pinang. Dia pun nak pergi belajar di maktab yang sama. Lega hati cikgu Ali bila dah dapat kawan yang sama-sama tak tau apa rupanya Pulau Pinang.
Setelah hampir enam jam naik kereta api (masa itu, masih ada tempat duduk daripada kayu) maka sampailah ke stesen Butterworth, Pulau Pinang. Muka berminyak dan lubang hidung jadi hitam. Agaknya kena asap kereta api. Lepas ini, dia perlu naik feri nak nak ke seberang. Satu lagi pengalaman yang pertama kali ditempuhinya. Tengok gambar feri pun tak pernah, inikan pengalaman nak naik kali pertama. Akhirnya sampai juga ke maktab yang dituju. Masa itu tak ada sangat kemudahan telefon. Cikgu Ali tulis surat saja nak beritau keluarga di kampung yang dia dah selamat sampai di Pulau Pinang.
Bagi cikgu Ali, pengalaman kali pertama yang pernah ditempuhnya itu sangat menarik. Sukar nak dia lupakan. Kalau dia cerita, pada anak-anak dia pada masa depan mungkin jadi bahan ketawa agaknya. Sekarang semua dah berubah. Dia nak melapor diri jadi cikgu. Situasi baru baginya bila nak lapor diri di sekolah pertama dia nak bertugas. Tapi dia anggap semua itu adalah cabaran. Apa-apa yang akan ditempuhinya akan diterimanya dengan lapang dada. Sebab tujuan dia nak melapor diri ialah menyerahkan dirinya sebagai cikgu dengan tugas yang diamanahkan kepadanya. Mendidik..
bersambung...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...
-
Murid-murid sedang menjawab soalan peperiksaan. Dalam benak mereka ialah menjawab untuk lulus peperiksaan. Ada yang matlamatnya ialah ...
-
Dr Yahya Othman Pengenalan Mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif teru...
-
Sumber: Yahya Othman (2014). Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Dewan Bahasa . 14(5)...
Tersenyum saya membaca entri Dr. Yahya.Teringat kenangan saya ketika mula-mula mahu menghadiri temuduga PBMP di UPM. Sesat jalan di puduraya, kena tipu dengan pemandu teksi, tersalah naik komuter dan sekali lagi ditipu di kedai mamak.Namun saya gagahkan juga diri saya untuk menghadiri temuduga itu (ketika itu panelnya ialah Dr. Yahya, Dr. Roselan dan Hj. Naapie). Syukur, saya berjaya menempuhinya setelah Dr. memaksa saya berpantun dan kebetulan Hj. Naapie tertarik dengan cerpen saya yang tersiar di sisipan SKOR, Berita Harian. Syukur, akhirnya saya berjaya mendapat peluang untuk belajar menjadi seorang pendidik. Terlalu banyak cabaran dan dugaan. Tidak kurang juga kenangan pahit dan manis, juga azimat para pensyarah yang sentiasa disematkan di ingatan.Sejujurnya, saya berasa pilu apabila mendapat berita Dr. Yahya mahu berpindah, kerana Dr.lah yang telah menemuduga saya, menerima kehadiran saya dengan tangan yg terbuka, namun telah pergi tanpa sempat kami menunjukkan segulung ijazah yg diterima.
BalasPadamPada hari ini, saya telah bergelar seorang pendidik di SMK Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur. Ya, kota metropolitan yg dahulu pernah saya runsing jalannya, keliru adabnya, sesak pembangunannya.
Tetapi kini saya menjadi seorang pendidik yang bukan sahaja mengajar mereka yg kebanyakan bukan sebangsa dengan saya bagaimana menulis dan membaca dengan menggunakan bahasa ibunda, tetapi juga sejalur pengalaman yg berharga buat bekalan di hari muka.Apa pun terima kasih banyak-banyak, dan ketahuilah sesungguhnya jasamu takkan pernah kulupa.
Sebuah kisah kehidupan yang sedap dibaca. Bahasa yang simple dan menghiburkan. Sekali baca rasa nak baca lagi sampai habis. Shabas dan teruskan berkarya.
BalasPadam