Ahad, 27 Mei 2012

The Lady


Menonton video filem The Lady mengingatkan saya betapa bebat perjuangan seorang wanita yang ingin membebaskan negaranya dari cengkaman pemerintah yang zalim. Sebagai wanita yang memiliki kualiti daya juang yang tinggi, Aung San Suu Kyi telah menunjukkan kepada dunia luar bahawa walau ditekan dan dihalang perjuangannya dengan pelbagai jenis siksaan, dia tetap terus berusaha mencapai cita-citanya.

Halangan bentuk psikologi yang memencilkan kehidupan dengan keluarga tersayang tidak dihiraukan asalkan dia dapat membebaskan negaranya dari pemerintahan junta tentera. Baginya rakyat perlu memperoleh kuasa demokrasi yang membolehkan mereka memilih pemimpin dengan bebas. Menonton filem ini menjadikan hati jadi pilu apabila dia terpaksa menerima berita kematian suaminya di London sedangkan dia terpenjara di rumah akibat pemencilan yang dilakukan oleh pemerintah.

Bayangkan cekal hatinya berjuang apabila ditawarkan pemerintah sama ada melawat suami yang sakit tenat atau meninggalkan negara yang diperjuangkan kebebasannya yang sudah tentu tak memungkinkanya kembali semula ke Burma. Akhirnya dia memilih untuk tetap berjuang dengan memilih untuk tetap memijak bumi yang dicintai walau hatinya tersiksa apabila mendengar berita kematian suami tercinta akibat kanser prostat. Suaminya sertabanak-anaknya juga merupakan sumber inspirasinya dalam berjuang.

Kepada mereka yang memiliki aspirasi untuk berjuang, The Lady adalah sebuah filem yang sangat bagus ditonton...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...