Yahya bin Othman, PhD
Adakah penggunaan internet telah membudaya dalam masyarakat? Membudayakan
penggunaan internet dalam pembelajaran
bermaksud menjadikan internet satu norma yang boleh diterima pakai dan membantu
pelajar dalam pembelajarannya. Apakah pula kaitannya internet dengan proses
pembelajaran? Dalam konteks penataran ilmu, internet diperlukan untuk menjana lebih banyak bahan yang boleh
membantu pembelajaran. Ini disebabkan
pembelajaran memerlukan alat bantu bagi memudahkan proses penerimaan maklumat
dan ilmu.
Jika suatu ketika dulu penggunaan buku teks dianggap penting dalam proses
pembelajaran, kini pelajar dapat belajar dengan lebih seronok setelah wujudnya
internet yang dapat membantu mereka belajar dengan lebih bermaklumat dan
sentiasa bersedia menambah maklumat tersebut apabila diperlukan. Internet menyediakan peluang kepada pelajar
meningkatkan keupayaan memiliki lebih banyak maklumat dan pengetahuan bagi
tujuan pembelajaran bahasa.