Kita sudah hampiri bulan Ramadan. Ramadan adalah bulan ibadat yang ditunggu-tunggu. Ramadan adalah bulan yang tinggi darjat dan martabatnya di sisi Allah dan Rasul-Nya. Ramadan juga penghulu segala bulan. Allah fardukan puasa ke atas kaum Muslimin, dicatatkannya sebagai wajib dan tidak boleh ditinggalkan.
" Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." (al-Baqarah: 183)
Dalam bulan Ramadan Allah turunkan al-Quran. Di samping itu dipilih di atara malam-malamnya suatu malam Lailatul-qadr. Malam itu lebih utama dari seribu bulan (83 tahun).
Puasa juga buka ruang untuk sucikan jiwa. Melalui puasa dapat bantu kendalikan syahwat besar manusia iaitu perut dan kemaluan. Maka menanti tibanya Ramadan bakal menguji tahap kesabaran dalam penyucian jiwa yang tertinggi dan puasa merupakan pembiasaaan jiwa untuk bersabar.
Maksud hadis, "Puasa adalah separuh kesabaran" (Riwayat Tarmizi dan Ibn Majah, hadis itu hasan).
Dalam hadis yang lain, " Bulan Ramadan itu ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran ialah masuk syurga"
Oleh itu, menanti tibanya Ramadan bermakna kita menunggu pembersihan jiwa yang paling bermakna. Tidak bermakna Ramada bagi mereka yang anggap kedatangannya tidak mendatangkan sebarang ujian jiwa.
Rujukan:
Said Hawa. 2015. Intisari Ihya Ulumuddin: Tazkiyah an-Nafs. Kuala Lumpur: Al Hidayah House of Publishers.
al-Imam Habib Abdullah al-Haddad. 2014. Nasihat agama dan wasiat iman. Kuala Lumpur: Pustaka Nasional
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...
-
Murid-murid sedang menjawab soalan peperiksaan. Dalam benak mereka ialah menjawab untuk lulus peperiksaan. Ada yang matlamatnya ialah ...
-
Dr Yahya Othman Pengenalan Mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif teru...
-
Sumber: Yahya Othman (2014). Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Dewan Bahasa . 14(5)...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan