Mengapa al-Quran dijauhi? Malas membaca al-Quran? Tahap percayakan al-Quran sangat rendah. Masalahnya bukan saja menjauhi al-Quran, tapi tidak mahu mengetahui apakah maksud yang dibawakan ayat yang terkandung di dalamnya.
Maka masalah ini banyak dipengaruhi oleh iman terhadap perkara ghaib yang rendah. Ini disebabkan isi kandungan al-Qurna terkandung perkara ghaib meliputi pahala dan dosa, syurga dan neraka, alam kubur dan akhirat dan sebagainya. Jika mengetahui akan kelebihan al-Quran sekurang-kurangnya dapat membantu mendekati al-Quran.
KELEBIHAN AL-QURAN DAN MEMBACANYA:
1. Allah berfirman:
Katakanlah (Wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berkumpul dengan tujuan untuk membuat dan mendatangkan yang serupa dengan al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain." (Surah al-Isra' 17:88)
2. Al-Bukhari meriwayatkan daripada Uthman r.a., beliau berkata bahawa Rasullullah SAW bersabda:
"Sebaikbaik kamu adalah orang yang mahu mempelajari al-Quran dan mengajarkan kepada orang lain." (Riwayat al-Bukhari no. 5052)
3. Muslim meriwayatkan daripada Umamah r.a, beliau berkata:" Aku pernah mendengar Rasullullah bersabda: " Bacalah al-Quran, kerana pada hari kiamat kelak dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya." (Riwayat Muslim no. 804)
4. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah r.ha., beliau berkata:"Rasullullah SAW bersabda: " Tidak boleh ada iri hari, kecuali dalam dua perkara, iaitu terhadap seseorang yang diberi keampunan menghafal al-Quran , lalu ia membacanya, baik pada malam hari mahupun siang hari; dan terhadap seseorang yang dikurniakan herta oleh Allah, laludia infakkan, baik pada malam hari mahupun siang hari." (Riwayat al-Bukhari no. 5025 dan Muslim no. 815)
5. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah r.ha.' belaiau berkata: "Rasullullah SAW bersabda: " Orang yang gemar membaca al-Quran dan sudahmahir dalam membacanya kelak akan bersama golongan mereka yang mulia lagi berbakti. Adapun orang yang gemar membaca al-Quran, namun dalam membacanya masih terangkak-rangkk, maka ia akan mendapat dua pahala." (Riwayat al-Bukhari no. 4937 dan Muslim no. 798)
Rujukan:
Syaikh Yusuf al-Nabhani, (2010). Ringkasan Riyadus Salihin (terj) , disusun oleh Imam Nawawi. Telaga Biru: Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan