Abu Darda' menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: " Perumpamaan orang yang membebaskan hamba atau bersedekah ketika hampir mati adalah seperti orang yang menghadiahkan makanan kepada orang lain setelah dia kenyang." (Hadis Riwayat Tirmizi)
Rasulullah berkias tentang tahap dalam melakukan amal kebajikan. Walaupun wasiat untuk sedekah sebelum mati digalakkan,namum bersedekah ketika sihat amat dituntut.
Rasulullah SAW menggesa umatnya supaya berakhlak mulia dengan segera bersedekah. Baginda ditanya tentang cara sedekah yang mendatangkan pahala yang besar. Rasulullah bersabda yang bermaksud, " Hendaklah bersedekah dalam keadaan sihat, berkeinginan dengan dunia, takut miskin, dan bercita-cita menjadi kaya. Jangan tanguhkan sedekah sampai roh berada di halkum kemudian menyatakan ; "untuk sifulan sekian, sifulan sekian,, ' pada hal sudah menjadi milik orang lain (melalui warisan) (Hadis Riwayat Bukhari).
Beberapa keadaan yang dianggap sedekah yang paling utama;
1. Bersedekah secara rahsia: Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah SWT di akhirat ialah mereka yang bersedekah secara rahsia (denga penuh ikhlas).
2. Berdekah ketika sihat: Mujahadah perlu agar tidak terpedaya dengan harta.
3. Bersedekah ketika sangat memerlukan pada harta: Rasulullah bersabda,: "Bersedekah dengan satu dirham lebih baik daripada bersedekah seribu dirham. iaitu seseorang yang hanya memiliki dua dirham tetapi bersedekan satu dirham lebih baik daripada seseorang yang hanya bersedekah seratus dirham sedangkan hartanya melimpah-limpah".
4. Memberi nafkah untuk keluarga: Merupakan kewajipan yang tidak boleh diabaikan. Ia juga dianggap suatu sedekah apabila memberi nafkah dalam keadaan mencari reda Allah SWT.
5. Bersedekah kepada kaum kerabat: Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Nabi SAW bersabda dengan maksudnya," Sedekah kepada orang miskin nilainya hanya sedekah,. Sedekah kepada kerabat nilainya dua: sedekah dan menyambungkan silaturrahim."
Rujukan:
Mohd Sukki Othman. 2017 . Analogi Nabawi dalam Kehidupan Insani. Rimbunan Islamik Media: Kuala Lumpur
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...
-
Murid-murid sedang menjawab soalan peperiksaan. Dalam benak mereka ialah menjawab untuk lulus peperiksaan. Ada yang matlamatnya ialah ...
-
Dr Yahya Othman Pengenalan Mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif teru...
-
Sumber: Yahya Othman (2014). Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Dewan Bahasa . 14(5)...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan