Khamis, 29 Oktober 2020

DINGIN BEIJING

DISEMBER 2018

Hasrat untuk melancong ke Beijing tidaklah terlalu mendesak.  Setelah jiran saya, Nordin mengajukan brosur melancong ke Beijing musim salji, hajat untuk ke sana semakin kuat. akhirnya sama-sama pakat dan pelawa beberapa jiran yang lain.  Akhirnya  saya dan isteri, Norsazli sekeluarga dan Nordin bersama dua naknya membuat ketetapan uintuk teruskan hajat ke Beijing. Kami ikut pakej yang ditawarkan oleh syarikat pelancungan yang dipilih.
Riang ria di Beijing bersama jiran Bangi Perdana.  Keluarga Norsazli dan Nordin


Doktor China

Hari pertama kami dibawa melawat Medan Tien an Men.  Tapi sebelum itu, Rany pemandu pelancong kami singgahkan kami di satu pusat perubatan Cina.  Dia kata untuk urut kaki.  Di sini kami didatangi beberapa 'doktor' China yang memeriksa tahap kesihatan dengan hanya meneliti urat nadi di tangan.  Amalan ini saya pernah alami di pusat akuapuntur di Bangi.  'Doktor China' ini kata saya ada banyak kolesterol, serta beberapa penyakit kronik yang lain.  Analisis yang diberi banyak bertentangan dengan hasil ujian darah yang saya baru lakukan di Pusat Kesihatan UPM.  Dalam hati saya berdetik sesuatu yang tersirat dari ujian ini.  Konsultasinya; Awak kena makan ubat itu dan ini. Harganya ;  beribu-ribu yuen untuk satu tahun.  Wow, mudahnya amalan perubatan di sini..Saya abaikan sahaja apa yang doktor itu kata, walaupun saya tahu penyakit itu memang mudah menyerang mereka yang lingkungan umur 60an.

Taklimat 'perubatan China"

Keluarga Amin dari Kulim bersamanya ibu nertuanya berusia 83 tahun!

Keluarga Yusuf dari Alor Star sedia untuk 'diperiksa' doktor
Dataran Tiananmen

Setelah diperiksa oleh 'doktor China', kami terus ke Medan Tien an Men'.  Tempat ini kaya dengan sejarah. Menurut sumber Wikipedia, Dataran Tiananmen ialah plaza besar berdekatan pusat bandaraya Beijing, China, yang dinamakan sempena Tiananmen (Pintu Damai Syurga) yang terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari Kota Larangan. Dataran ini penting sekali selaku lambang kebudayaan kerana pernah menjadi tapak peristiwa-peristiwa terpenting dalam sejarah Cina. Di luar negara China, dataran ini amat terkenal kerana insiden Bantahan Dataran Tiananmen 1989.

Dataran TienanMen

Latar belakang Istana Larangan


Istana Musim Panas

Disebabkan musim sejuk melampau, air tasik di sini. beku.  Dapat dilihat beberapa orang pengawal sedang merentasi tasi dengan berjalan kaki.  Istana Musim Panas ('Yihe Yuan') terletak di pinggir bandar Beijing,China , kira-kira 15 km mengikut lebuh raya dari ibu kota Beijing. Kawasannya luas di tepi Tasik Kunming tasik buatan digali oleh manusia dan di atas Bukit Longevity (60 meter tinggi ). Keseluruhannya dilengkapi dengan balai teater, kuil, istana , jambatan gaya China , seni taman, jetiperahu naga , arca kerbau dan lain-lain. Tasik ini meniru rekabentuk [Tasik Barat]] di Hangzhou.
Kini menjadi tarikan pelancong domestik dan antarabangsa. Ia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada 1998.

Tembok Besar 


Semasa sampai di sini,  jam sudah menunjukkan pukul 4 petang.  Masa satu jam diberikan untuk meneroka keajaiban tembok bersejarah ini.  Suhu sangat sejuk, Bagi warga emas, keupayaan untuk menaiki tangga tembok ini sudah tentu merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.
Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km. 

Masjid


Di masjid Niujie kami sempat bersolat jamak zohor dan asar di sini.  Binaan dengan senireka klasik China di kekalkan.  Terdapat beberapa tulisan khat menggambarkan seni kaligrafi China diadun dengan cukup menarik.  Terlihat juga alat penunjuk kiblat dan penetapan waktu solat masih berkeadaan baik.  Dalam ruang solat kelihatan kerusi meja yang tersusun sebaris di tepi dinding yang diguna untuk majlis ilmu. Mimbar khutbah dibuat daripada kayu dan cukup ringkas buatannya. 

Sebuah lagi masjid yang sempat kami bersolat ialah Masjid Huashi. Masjid Huashi, salah sebuah masjid kuno terkenal di Beijing, dibina pada tahun 1414 Masihi. Keluasan masjid itu 1797 meter persegi. Ruang sembahyangnya bercirikan seni bina tradisional China dan luasnya mencecah 1,098 meter persegi, yang boleh menampung 1,000 jemaah menunaikan solat. Persatuan Agama Islam Daerah Chongwen ditubuhkan di masjid itu.

Makanan


Kami juga dibawa membeli belah di pasar yang menjual barangan makanan Muslim. Pada mula nya saya agak sangsi dengan kehalalan produk yang dijual.  Namun bila terlihat tanda halal di luar premis itu saya mulai yakin dengan produk yang dijual.  Banyak makanan yang dijual disini.  Terlalu ramai orang tertumpu di pasar ini untuk menikmati makanan halal China.   

Stadium Olimpik Sarang Burung Beijing

Kami dibawa melawat sekitar stadium ini yang kelihatan unik reka bentuknya.  Kelihatan bongkah besi yang disusun dengan nilai artistik yang tinggi nilainya.  Kemampuan membangunkan stadium unik ini sangat dikagumi. Stadium Olimpik Sarang Burung  (Bird's Nest Stadium) atau Stadium Nasional Beijing ini sangat popular sejak Beijing mengadakan sukan Olimpik pada tahun 2008. Ketika Beijing menyuarakan hasrat untuk mengadakan sukan ini, ramai pihak tidak percaya akan kemampuan China mengadakan sukan bertaraf dunia ini.

Apabila China memenangi undian untuk menghoskan Sukan Olimpik ini banyak pihak dari seluruh dunia mengkritik dan memulau China. Antara isu-isu yang diketengahkan ialah hak-hak asasi manusia (seperti kebebasan bersuara) yang dicabuli negara itu, hak kebebasan Tibet yang gagal ditangani, tahap pencemaran udara yang tinggi di Beijing. dan tahap amalan kebersihan yang rendah.

Semasa kami di sini cuaca sangat sejuk ditambah dengan tiupan angin yang memaksa kami memakai pakaian tebal yang sesuai. 

Kenangan

Beijing bandaraya yang maju sama ada dari segi persekitaran kehidupan.  Kepadatan penduduk mencerminkan Beijing bandar yang telah melalui sejarah yang panjang.  Tamadun yang dibina juga menggambarkan negara China secara keseluruhan.  Kepesatan bandaraya ini juga terlihat melalui infrastruktur dan pembangunan yang dapat dilihat.  Bangunan, kenderaan serta lebuh raya yang boleh menggambarkan kehidupan di sini.  Mereka banyak menggunakan kereta import di samping kereta buatan tempatan. Menariknya ialah banyak kenderaan menggunakan kenderaan elektrik.  Hatta motosikal dan skuter yang agak usang pung menggunakannya. Ini menunjukkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar menjadi keutamaan. Satu masa dulu Beijing terkenal dengan pencemaran alam sekitar yang teruk.  Hasil perubahan sikap dan teknologi maju menjadikan keadaan alam sekitar yang baik.

Blok apartmen yang merupakan kediaman utama di sini dapat dilihat di mana-mana. Walaupun kami tidak menyelami secara mendalam kehidupan di sini, namun melalui gaya hidup serta cita rasa penduduknya dapat diunjurkan corak kehidupan di sini pada masa akan yang semakin kompleks.

Syiar Islam masih terlihat melalui masjid yang masih berfungsi.  Umat Islam masih mengamalkan Islam melalui aktiviti perniagaan dan amalan beribadat.  Semoga Islam subur di sini disamping terdapatnya halangan dalam beribadat terutama di wilayah Uigur.




































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...