Kitab Talbis Iblis karya asal Imam Ibnu Al-Jauzi menarik dari sudut tajuknya. Sering kita bercakap fasal iblis. Bercakap juga fasal syaitan, hantu, jembalang dan sebagainya. Semuanya berkaitan perkara dengan gambaran menakutkan. Tapi sejauh mana kita takut dengan iblis atau syaitan?
Kalimah iblis menurut bahas Arab bererti dibuang, dicampak, atau dihalau manakala kalimah itu memberi maksud 'makhluk yang dibuang, dan dihalau dari rahmat Allah SWT. Al-Mabidi berkata , makna iblis ertinya putus asa merujuk kepada iblis yang putus asa terhadap rahmat iblis ini. Nama asalnya adalah Azazil. Ada pandangan iblis adalah bapa kepada seluruh syaitan dan bukannya bapa kepada malaikat ataupun jin.
Nama iblis diguna oleh Allah SWT bagi merujuk makhluk Jin. " Dan tatkala kami berkata kepada para malaikat untuk sujud kepada Adam, maka seluruhnya sujud kecuali iblis, dan sesungguhnya ia adalah daripada kalangan Jin, maka (kerana keingkarannya) dia telah fasik dari arahan Tuhannya..." (Sutah al-Kahfi, ayat 50)
Sumber: Zaharuddin Abdul Rahman, 2018. Belitan Tipu Daya Iblis, Kuala Lumpur: PTS Publication.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan