Apakah maksud talbis iblis?
Talbis dalam bahasa Arab, dan ertinya perangkap atau tipu daya.
Talbis iblis maksudnya tipu daya serta perangkap yang dibuat oleh iblis untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah Ta’ala.
Disebutkan oleh Allah dalam Al-Qur’an bahawa iblis meminta penangguhan waktu, untuk menyesatkan manusia. Allah Ta’ala berfirman :
قَالَ أَنظِرْنِىٓ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ ﴿الأعراف١٤﴾
Iblis menjawab: “Beri tangguhlah sampai waktu mereka dibangkitkan”.
قَالَ إِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ ﴿الأعراف:١٥﴾
Allah berfirman: “Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh”.
Pintu terlebar untuk iblis menggoda manusia ialah kebodohan. Dengan mudah iblis memasuki pintu tersebut untuk menggoda orang bodot. Bagi orang berilmu, iblis tidak bolec menggoda orang berilmu kecuali dengan mencuri kesempatan. Iblis menebar talbisnya kepada ahli ibadat yang sedikit ilmunya. Hal ini disebabkan mereka sibuk beramal tanpa ilmu yang mencukupi.Talbis pertama yang dilakukan iblis ialah menjadikan mereka lebih menutamakan ibadah dariada ilmu. Perkara utama yang perlu dilakukan ialah ilmu. Iblis memperlihatkan kepada mereka bahawa tujuan ilmu hanyalah amal. Mereka akan memahami bahawa amal itu hanyalah amalan anggota badan. Mereka tidak mengetehui bahawa amalan itu adalah amala hati lebih utama dariamalan anggota tubuh.
Tatkala talbis iblis sudah tartanam, mereka lebih mengutamakan praktik ibadah fizikal daripada ilmu.
Talbis iblis dalam bersuci dan hadas.
Iblis menyuruh berlama-lama di dalam bilik mandi. Iblis juga suka jika air banyak digunakan dalam bersuci.
Talbis iblis dalam wuduk.
Iblis talbis ketika berniat wuduk. Melihat suci tidaknya air untuk wuduk dan menggunakan air yang banyak ketika berwuduk. Iblis juga talbis dengan mengatakan ibadah yang dilakukan tidak sah dan tidak sah solatnya.
Talbis iblis dalam azan.
Salah satu talbis iblis galah melagukan azan. Imam Malik bin Anas dan ulama lainnya memakruhkan sebab hal itu mengeluarkan kedudukan azan sebagai pengagungan Allah menjadi serupa dengan lagu. Talbis lain ialah mencampurkan azan subuh dengan zikir, tashih dan nasihat.
bersambung....Talbis iblis dalam solat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan