- Pagi ini, saya diberi nikmat oleh Allah berpeluang mendengar kuliah subuh di surau. Tajuk yang dikupas ialh banjir dan pengajaran keimanan. Dr. Abdul Rahman dari Pusat Islam UKM yang sampaikan. Menarik huraiannya dengan mengaitkan bencana banjir besar baru-baru ini dengan kekuasaan Allah. terdapat pengajaran di dalam peristiwa ini. Ada tiga peristiwa besar dalam al-Quran yang dikaitkan dengan banjir.
- Peristiwa pertama ialah bancana ditelan laut kepada Firaun dan kaumnya yang tidak beriman. Mayatnya terdampar di pantai dan diawetkan.
- Selain itu, dinyatakan dalam al-Quran akan bencana banjir kepada kaum di Sabak. Empangan yang dibina di Yaman diguna untuk pertanian. Makanan dan buah-buahan sangat banyak dan mewah. Disebabkan umatnya tidak beriman, Allah musnahkan dengan pecahnya empangan Maarib. Akibat banjir besar dan semua kemewahan yang dimiliki musnah. Kebunnya diganti dengan pohon yang berduri dan buahnya pahit. Semua ini berlaku akibat ingkar dengan suruhan Allah.
- Peristiwa ketiga ialah kaum Nabi Nuh. Dalam surah al-Qamar Kaum Nabi Nuh diutuskan hujan yang lebat. Akibatnya tenggelam bumi seluruhnya sebagai tanda azab lantaran keingkaran mereka terhadap seruan Nabi Nuh. Firman Allah SWT bermaksud: "Maka Kami bukakan pintu langit dengan hujan yang sangat dahsyat." (Surah al-Qamar ayat 11). Bukan hanya dari langit tapi mata air dari bumi juga melimpahkan air yang ganas sehingga bahtera Nabi Nuh. fFrman-Nya dalam surah Hud ayat 42 bermaksud: "Bahtera Nuh merentas gelombang ombak laksana gunung yang tinggi."
- Apa iktibarnya? Selepas kebinasaan ini adakah diambil pengajaran? Ada yang beranggapan bencana ini disebabkan fenomena alam. Riwayat sahih menyebut bahawa, pada peristiwa Hudaibiyah umat Islam disapa hujan yang sudah sekian lama dinantikan mereka. Lalu Baginda SAW bersabda maksudnya: "Tahukah kamu apa yang diwasiatkan oleh Allah SWT kepadaku. Jawab sahabat, tidak. Lalu Baginda SAW bersabda maksudnya: Sesungguhnya dengan turunnya hujan, manusia boleh menjadi beriman dan mereka boleh menjadi kufur. Bagi yang beriman, mereka akan berkata, kami menerima hujan dengan rahmat dan kelebihan daripada-Nya. Manakala orang yang kufur akan menyandarkan kepada bulan dan bintang serta perkara lain terhadap fenomena ini."
- Kesimpulannya, fenomena hujan yang melanda adalah ketentuan Allah SWT yang perlu dilihat sebagai nikmat ataupun bencana berdasarkan kapasiti dan kadar turunnya hujan tersebut. Baginda SAW diutuskan untuk menyelamatkan akidah umat Islam serta menyeru kepada tauhid yang jitu dengan menyandarkan semua kejadian kepada kuasa, kudrat dan ketentuan Allah SWT.
Sabtu, 25 Disember 2021
BAH BESAR DAN IMAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...
-
Murid-murid sedang menjawab soalan peperiksaan. Dalam benak mereka ialah menjawab untuk lulus peperiksaan. Ada yang matlamatnya ialah ...
-
Dr Yahya Othman Pengenalan Mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif teru...
-
Sumber: Yahya Othman (2014). Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Dewan Bahasa . 14(5)...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan