Jumaat, 25 Mac 2022

BEKALAN RAMADAN

Bulan Ramadan semakin hampir.  Bagi yang beriman, bulan Ramadan ditunggu-tunggu kedatangannya. Kita dianjurkan berdoa sebelum Ramadan, Ya Allah berkatilah bulan Syaaban dan temukanlah dengan bulan Ramadan.  Apakah keutamaan bulan Ramadan?

1.  Bulan berkah.  Keberkatan ialah kebaikan yang banyak dan menetap.  

2.  Pahala dilipatgandakan secara kualiti dan kuantiti.  Tidak dinyatakan dalil khusus tentang perkara tersebut.  Namun ada beberapaa hadis yang menyebut perkara itu.  Umrah dikaitkan dengan Ramada.  Umrah bulan Ramadan seperti haji bersamaku.  Selain itu hadis yang menyatakan Nabi saw adalah orang yang paling dermawan dan puncak kedemawanannya ialah di bulan Ramadan. Tasbih di bualn Ramadan tidak sama dengan di luar Ramadan.   

3.  Puasa adalah ibadat khusus bagi Allah.  Maksud hadis; Semua amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, sesungguhnya itu untukKu dan Aku yang membalasnya.  Walau bagaimanapun ada khilaf dalam maksudnya.  Puasa adalah ibadat khusus untuk Allah Taala. Hal ini disebabkan 

    a. Puasa tidak dipengaruhi riyak.   

    b.  Pahalanya tanpa batas. Firman Allah, Sesungguhnya pahala orang yang sabar tanpa hisab.  

4.  Puasa adalah kaffarah penggugur dosa.  Contoh dosa berkaitan anak isteri, jiran dan harta kita.  Maksud hadis; Barang siapa yang berpuasa dalam Ramadan dengan iman dan berharab (ihtisas), mendapat ampunan Alah. 

5.  Orang berpuasa masuk syurga dari pintu Ar-Rayyan (hilang dahaganya).  

6.  Pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup.  Pintu langit pula dibuka dan mudah amalan diterima Allah.  

7.  Syaitan dibelenggu.  Maksudnya jika ada maksiat dibulan Ramadan dan syaitan dibelenggu;  iaitu ketua syaitan dibelenggu manakala yang lain bebas.  Maksud lain, dibelenggu ialah terbatas aktivitinya.  Di samping itu belenggu dibahagikan kepada sebab maksiat berdasarkan faktor dalaman dan luaran.  Ini termasuklah syaitan , jin dan manusia dan buruknya  jiwa. 

8.  Seruan di hati kita untuk semangat ibadah dan meninggalkan maksat.  

9.   Setiap malam di bulan Ramadan kesempatan Allah catat amalan dijauhkan neraka.  

Rumusan keutamaan bulan Ramadan;

1. Al-Quran diturunkan: Bulan Ramadhan  adalah bulan al-Quran atau syahrul Quran. Diturunkan al-Quran pada bulan ini menjadi bukti nyata atas kemuliaan dan keutamaan bulan Ramadan.

Allah SWT berfirman,"Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan petunjuk tersebut dan pembeda (antara yang benar dan yang batil)". (QS. Al-Baqarah: 185).

2. Bulan berkat: Keutamaan bulan Ramadhan yang lain adalah bulan ini juga kerap disebut dengan bulan syahrun mubarak. Hal ini berdasarkan pada dalil hadis Nabi Rasulullah SAW yang bermaksud,

"Sungguh telah datang kepada kalian bulan yang penuh berkah. Pada bulan ini diwajibkan puasa kepada kalian.." (HR. Ahmad, An-NasaI dan Al-Baihaqi).

3. Bulan penghapus dosa: Keutamaan bulan Ramadhan juga sebagai sebuah peristiwa yang paling baik untuk penghapusan dosa-dosa atau bertaubat.

Nabi SAW bersabda yang maksudnya:"Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadan ke Ramadan menghapuskan dosa-dosa di antara masa-masa itu selama dosa-dosa besar dijauhi." (HR. Muslim)

4. Lipat ganda Pahala: Amalan pada bulan Ramadhan akan dilipatgandakan pahalanya oleh Allah SWT, sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang ertinya:

"Pahala umrah pada bulan Ramadhan menyamai pahala ibadah haji." (HR. Bukhari dan Muslim).

5. Kehadiran malam Lailatul Qadar.  Keutamaan bulan Ramadhan lainnya adalah dengan hadirnya malam penuh kemuliaan dan keberkahan di salah satu malam pada malam-malam terakhir dan ganjil di bulan Ramadan.

6.  Mustajab doa: hadis Rasulullah SAW yang ertinya:

"Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari apai neraka pada setiap hari di bulan Ramadan, dan setiap muslim apabila dia memanjatkan doa maka pasti dikabulkan." (HR. al-Bazaar, dari Jabir bin Abdillah. Al-Haitsami dalam Majma Az Zawaid mengatakan bahwa perawi hadis ini tsiqah (terpercaya).

Rujukan;

Dr Firanda; Bekal sebelum Ramadan; https://www.youtube.com/watch?v=hUX9CarUHjw&t=1s

Isnin, 21 Mac 2022

DIAM YANG DITUNTUT

Dari Anas bin Malik, Rasullullah saw bersabda, diam itu adalah hikmah dan sedikit yang mempraktikkannya.  Hadis diriwayatkan Imam Baihaqi dengan sanad lemah. Ungkapan itu yang benar ialah ucapan Lukman al-Hakim (Maksud hadis 41, Kitab Bulughul Maram)

Kisah ungkapan itu  Anas bin Malik sedang menafsirkan surah Saba  ayat 10;   Kami membuat  besi itu lembut ditangan Nabi Daud.  Lukman sedang bersama Nabi Daud.  Ketika itu Nabi Daud sedang menganyam besi.  Lukman rasa hairan dan takjub.  Lukman ingin bertanya, tetapi kerana kebijakannya dia tidak jadi bertanya.  Selepas Nabi Daud sudah menganyam besi, dia pakaikan baju besi itu kepada Lukman.  Ketika itu katanya itu  adalah hikmah.  Tapi tak ramai yang berbuat demikian.  Lukman berkata sebenarnya aku ingin bertanya tentang perbuatan Nabi Daud itu.  Tapi Nabi Daud yang akhirnya menceritakan perkara yang nak ditanyakan itu.

Menurut Lukman, hikmah  ialah tepat dalam berkata  berbuat dan berkeyakinan. dan meletakkan sesuatu ke tempatnya yang betul. Sering diam adalah sikap yang bijak. Diam yang positif dari hal yang haram dan tidak bermanafaat.  Contoh diam yang baik adalah dalam hal mengata orang, bongkar aib orang, ghibah, adu domba, berkata kasar.  berbohong,  

Diam yang  diam negatif ialah diam dari melakukan kebajikan dan hal bermanfaat. Contoh, zikir, beri dan jawab salam, berbual yang bermanfaat dalam menghormati tetamu, berbual dengan isteri, 

Bercakap hanya apabila perlu sahaja.  Panjang dalam berdiam, kurang bercakap.  Diam jika tidak ada perkara yang tidak penting.  Siapa yang banyak bercakap akan banyak salah.  Rasullullah tidak bercakap jika tidak perlu. Saidina Abu Bakar meletakkan sesuatu di dalam mulutnya supaya bila dia nak bercakap akan dialihkan benda itu.  Tujuannya untuk mengawal percakapan perkara yang baik sahaja.

Kesimpulannya, anjuran diam dan bercakap hanya untuk perkara yang baik saja dalah sikap yang bijaksana. Dalam surah Al-Baqarah  ayat 269, bermaksud Allah kurnialah hikmah kepada siapa yang dikehendakinya. Orang yang dikurniakan hikmah adalah anugerah yang besar.

Sumber

Ustaz  Abdullah Zaen,  Anjuran banyak diam , Kitab BulughulMaram; https://www.youtube.com/watch?v=X_pYCSD-H4M

Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid. https://www.youtube.com/watch?v=X_pYCSD-H4M

Khamis, 17 Mac 2022

ISTIMEWANYA BULAN SYAABAN

HARI ini 14 Syaaban.  Selepas Maghrib ini masuklah 15 Syaaban.  Ertinya sangat besar kepada yang beriman dengan kelebihan bulan ini.  Untuk mendapatkan kualiti penghayatan bulan Syaaban, perlukan iman yang benar akan tawaran Allah tersebut.  Hati yang penuh takwa akan merasa gembira dan ternanti-nanti kedatangan bulan tersebut.  


SYAABAN adalah bulan kelapan dalam kalendar Islam. Syaaban ertinya berpecah-belah dan bulan ini dinamakan sedemikian kerana suku-suku Arab berpecah-pecah pergi mencari air. Dalam bulan ini telah terjadi peristiwa penting dalam sejarah Islam di mana peralihan kiblat dari Masjidilaqsa ke Kaabah di Masjidilharam berlaku. Dan dari sejak peristiwa itu, sembahyang ditunaikan dengan menghadap Kaabah sebagai kiblat.


Syaaban merupakan salah satu bulan yang mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga dengan bulan Rejab dan Ramadan yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah di dunia dan di akhirat, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, dari Aisyah Radhiallahu 'anha yang bermaksud:


''Bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di mana baginda Sallallahu Alaihi Wasallam akan berpuasa di dalam bulan Syaaban kemudian meneruskannya di dalam bulan Ramadan.''


Disebabkan keadaan itu tidak hairanlah seandainya ramai umat Islam yang sebelumnya susah untuk berpuasa sunat, kembali mengerjakan ibadat tersebut pada bulan Syaaban. Amalan-amalan yang baik dilakukan pada bulan ini ialah bersedekah, bersembahyang sunat, bertasbih, memohon keampunan daripada Allah Subhanahu Wata'ala, berwirid dan lain-lain amalan yang boleh membantu mendekatkan diri kepada Allah. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam banyak berpuasa sunat dalam bulan mulia ini, di samping menggalakkan umat Islam melipatgandakan amal ibadat.


Baca di sini seterusnya.


ALLAHUMMA BARIKLANA FI SYAABAN, WA BALIGHNA  RAMADAN

Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan

HATI YANG ROSAK

Masalah hati banyak diperkatakan dalam al-Quran.  Antaranya ayat al-Quran yang maksudnya;  Allah tidak melihat kepada rupa paras tetapi hati.  Begitu juga dalam hadis yang menentukan pentingnya memiliki hati yang bersih.   Sungguh beruntung orang yang berjuang kerana Allah dengan keadaan muka berdebu. Dia tiak dianggap penting dalam pasukan.  Tetapi Rasulullah berkata, orang ini beruntung kerana hatinya bernilai dari sisi Allah.  

Rusaknya hati oleh Ibnu Qayyim ialah ramai orang yang tidak sedar yang hatinya sakit.  Ditambah dengan situasi kini yang boleh mengundang kepada rosaknya hati.  Antara perosak hatiyang dibicarakan oleh ulamak ialah;

1.  Banyak ketawa.  Maksud hadis; janganlan kalian banyak ketawa.  Banyak ketawa merusakkan hati.  Boleh ketawa tetapi banyak ketawa boleh rosakkan hati.  Ada yang anggap dengan banyak ketawa boleh membahagiakan. Namun realitinya, mereka yang banyak buat orang ketawa seperti pelawak sering sukar hidupnya.  Namun hatinya kering dan bermasalah hidupnya.

2.  Dosa dan maksiat.   Keras hati orang yang bermaksiat dan sukar dilembutkan.  Jika hamba lakukan maksiat maka hatinya diberi titik hitam.  Bila semuanya tertutup maka dia akan terjerumus dalam meraka. Jika bertaubat titik hitam itu dihapuskan.  Tidak boleh bezakan yang baik dan sebaliknya.

3.  Hidup bermewah-mewah. Terpengaruh dengan persekitaran.  Senang terperdaya dengan hidup mewah. Dengan hidup dengan kemewahan jadikan hati semakin jauh dengan akhirat.  Rasulullah anjurkan kita tidak hidup mewah.  Rasulullah berjalan tanpa kasut bagi mengajar hati agar tidak rasa mewah. Amalan ini diikuti oleh pemimpin Islam selepasnya.  Jika sudah mewah akan sukar untuk mengawal hati dengan timbulkan kesombongan. Mewah boleh membuka pintu kesombongan.  

Menurut kitab, kemewahan taraf berlebihan ialah berlebihan terhadap rambut.  masa dihabiskan mendandan dan menyisir rambut.  Begitu juga dengan pemilikan barang mewah yang lain. Berlebihan dengan makan minum.  

4.  Ibu Qayim sebut 5 perosak hati.

a.  Terlalu banyak bergaul dan berteman. Banyak interaksi dan kebahagian hakiki hilang. 

b.  Khayal  dalam lautan angan-angan. 

c.  Kurang bergantung hatinya dengan Allah. 

d.  Makan berlebihan.  Akibatnya malas dalam beribadah, makanan halal jika diambil         banyak akan merugikan.

e.  Banyak tidur.  Hatinya mati dan badannya berat beribadat.  Kailulah adalah tidur sebelum atau lepas zuhur sangat dituntut.  Tidur yang sangat dibenci ialah lepas maghrib sebelum isyak.

5. Terlalu banyak melihat. Yang dilihat akan terkesan kepada hati.  Hati akan jadi tempat simpan sampah dan jauhkan beribadat.  Ibn Qayyim kata,  syaitan akan menghiasi yang buruk ketika melihat terutama yang haram.   Pandangan seperti anak panah iblis yang tertancap dan sukar dicabut.

6.  Terlalu banyak berbicara.  Perkara yang dibualkan

7.  Ingin jadi pemimpin.  Ini adalah syahwat yang tersembunyi yang hatinya boleh dikalahkan oleh angan-angan. 

Sumber:  Ustaz Dr Firanda,  Sebab Rusaknya Hati: https://www.youtube.com/watch?v=CcP2qqXjd6A


Selasa, 8 Mac 2022

TALBIS (PERANGKAP) IBLIS TERHADAP AHLI IBADAT

Pintu terbesar iblis mengganggu  manusia ialah akibat kebodohan. Iblis dengan mudah menggoda manusia yang bodoh yang tidak mampu berfikir dengan sempurna.  Bagi orang berilmu, sukar bagi iblis mengganggu kecuali dengan mencuri kesempatan.  Iblis membelit ahli ibadah yang sedikit ilmunya.  Hal ini disebabkan mereka sibuk beribadat tanpa mengetahui ilmunya.  

Iblis  menjadikan mereka lebih utamakan ibadah dari ilmu. Ilmu itu sebenarnya lebih utama dari amalan sunat. Iblis memperlihatkan kepada mereka bahawa tujuan ilmu hanyalah untuk amal.  Sehingga mereka faham bahawa amal itu hanyalah untuk amal anggota badan. Mereka tidak tahu bahawa amalan itu amalan hati dan lebih utama dari amalan tubuh. 

TALBIS IBLIS DALAM BERSUCI DAN BERHADAS 

Iblis suka jika ahli ibadah berlama-lama di bilik air.  Mereka tidak menjaga aturan yang dianjurkan ketika buang air kecil sepertk amalan seperti berdehem. Iblis juga suka jika menggunakan air yang banyak. 

TALBIS IBLIS DALAM BERWUDUK 

Iblis mengganggu dalam berniat.  Diganggu antara lafaz dengan niat ambil wuduk. Iblis ganggu dalam hal penggunaan air, 

Pertama: berlebih -lebih dalam penggunaan air 

Kedua: sia - siakan umur buat perkara yang tidak wajib dan tidak sunat

Ketiga: amalan melawan syariat dalam penggunaan air

Keempat: langgar larangan dengan membasuh anggota lebih tiga kali. 

Bersambung... 

Rujukan: Ibnul Jauzi (2012) Perangkap Iblis (terj). Pustama Arafah, Solo 




Isnin, 7 Mac 2022

SIA-SIAKAN SISA UMUR

Setelah kita tua, sering banyak masalah akan timbul.  Masalah kesihatan, kewangan, hubungan kekeluargaan, kecelaruan dan sebagainya.  Selalunya kita anggap umur 60 tahun dianggap tua.  Ketika itu mungkin sudah bersara, tinggal di rumah dengan isteri, anak-anak  atau sendirian.  

Dalam lingkungan umur ini, persepsi terhadap kehidupan mungkin berubah.  Jika dia sakit, mungkin dia rasa sudah sampai hujung umur.  Masa selalu banyak diguna menguruskan kesihatan.  Ketika ini, bantuan dan sokongan isteri atau pasangan sangat penting.  Bayangkan jika hidup tanpa bantuan sesiapa.  Malang baginya. 

Bagi yang sihat, inilah masanya untuk bersedia hadapi penamat usia.  Jika iman terhadap zikrulmaut tersemat di hati, rasa takut akan ancaman Allah dapat dirasakan. Waktu tersisa diisikan dengan amal soleh. Persiapan kepada kematian sepatutnya semakin diperkemaskan.

Semasa pendemik Covid, berita kematian didengar setiap hari.  Ancaman kematian terasa makin hampir.  Adakah persiapan kematian pada umur tua tersemat dalam hati.  

Dalam sebuah hadis yang maksudnya, "siapa yang suka bertemu Allah, Allah suka nak berjumpa dengannya. " Adakah kita tak suka berjumpa Allah? Maka Nabi saw terangkan kepada Aisyah bahawa orang beriman yang nak mati, pada waktu itu saat didatangi malaikat maut dan diberitahu di manakah tempat yang di tuju iaitu syurga. 

Maka apabila umur sudah tua, perkara yang paling banyak yang perlu diingatkan ialah ingatkan mati.  Persoalannya ialah apakah beza ingat mati dan takut mati?  Di mana kita?  Jangan sia-siakan sisa umur kita.

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Al-Isra' - 17:23 ÙˆَÙ‚َضَÙ‰ٰ رَبُّÙƒَ Ø£َÙ„َّا تَعۡبُدُÙˆٓاْ Ø¥ِÙ„َّØ¢ Ø¥ِÙŠَّاهُ ÙˆَبِٱلۡÙˆَٰÙ„ِدَÙŠۡÙ†ِ Ø¥ِØ­ۡسَٰÙ†ًاۚ Ø¥ِÙ…َّا ÙŠَبۡÙ„ُغَÙ†َّ عِندَÙƒ...