Hidup dengan takdir
Allah telah tentukan takdir sebelum diciptakan dunia ini. Beriman dengan takdir itu baik akan wujudkan iman dalam hatinya. Jika kesulitan, sangka baik dengan Allah.
Beriman kepada takdir adalah tuntutan asas yang merupakan rukun iman keenam iaitu beriman kepada qada dan qadar. Qada dan qadar adalah dua perkara yang berbeza, tetapi mempunyai kaitan antara satu sama lain. Di sisi ulama Asy'ariyyah qada ialah kehendak Allah terhadap sesuatu pada azali yang bersesuaian dengannya serta tidak akan berubah pada masa akan datang.
Manakala takrif bagi qadar pula ialah mewujudkan sesuatu oleh Allah sesuai dengan ketentuan yang khusus dan cara yang taertentu yang dikehendaki Allah. Pendek kata, qada ialah ketentuan daripada Allah dan qadar ialah pelaksanaan bagi ketentuan tersebut.
Hidup dengan ujian
Dunia ini ujian. Ada orang yang diuji dengan ujian dunia bertimpa-timpa. Dia buruk sangka dengan Allah. Jia dia berbaik sangka dengan Allah, dia akan dibantu oleh Allah. Ada banyak contoh ujian dalam Quran. Kisah Nabi Yusuf yang dibuang oleh abangnya. Akhirnya menjadi pembesar Mesir. Abangnya Nabi Yaakub dan Daud akhirnya datang kepadanya meminta bantuan.
Kata Nabi Ibrahim, ujian yang dihadapinya dengan sangka baik dengan Allah. Ubat terbaik bagi musibah ialah berdoa. Hasilnya dirasai dalam dua hal. Niat yang benar dan tawakalnya benar. Seseorang yang ditimpa ujian, perlu ikhtiar. Jangan jadikan ikhtiarnya sebagai solusinya. Yang maha sembuhkan ialah Allah.
Ketergantungan itu hanya kepada Allah. Seringkali manusia lupa akan Allah. Jangan mengeluh. Imam Ahmad disiksa sebab beriman kepada Allah. Dia kata setiap yang dilakukan kepadanya tanpa mengeluh. Yang banyak hadapi berat ujian kepada para nabi dan anbiya. Seseorang itu diujia sekadar dengan agamanya. Semakin kuat ugamaya, ujiannya semakin berat.
Nabi bersabda: "Sungguh hebat urusan orang Mukmin kerana semua hal baik baginya. Hal ini tidak berlaku melainkan bagi orang Mukmin sahaja. Sekiranya terjadi perkara yang bergembira baginya maka ia bersyukur dan itu baik untuknya dan sekiranya ditimpakan musibah, maka ia bersabar dan ia baik untuknya." (Hadis Riwayat Muslim)
Kesimpulan
Cara kita berinteraksi dengan takdir Allah adalah pengukur tahap keimanan kita kepada Allah. Oleh itu, berdamailah dengan segala takdir Allah. Kita perlu sedar, kita hamba Allah yang lemah. Ada batasan terhadap ikhtiar dan kemampuan kita. Oleh itu, sentiasalah berdoa dan bergantung harap kepada Allah.
Jika kita memilih sebaliknya dan mempertikai takdir Allah maka ia dicela oleh Allah seperti dalam hadis Qudsi: "Barangsiapa yang tidak reda terhadap qada Ku serta tidak sabar terhadap ujian Ku, maka carilah Tuhan lain selain Ku." (Hadis Riwayat Thabrani)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan