Sabtu, 26 Ogos 2023

SOLAT ISYRAK DAN DHUHA

 Rasulullah SAW menganjurkan umatnya apabila telah selesai melaksanakan solat Subuh berjemaah supaya duduk berzikir kepada Allah SWT sehinggalah matahari naik, kemudian mengerjakan solat sunat dua rakaat. Rasulullah SAW menyatakan pahala yang besar bagi sesiapa yang melaksanakan ibadah tersebut, Baginda SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ

Maksudnya: Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah  sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.

Hadis riwayat al-Tirmidzi dan al-Tabrani RA : 586

Ibnu ‘Abbas menamakan solat Dhuha yang dilakukan pada awal waktu tersebut sebagai solat Isyraq. Ia dinamakan dengan nama tersebut kerana ia didirikan selepas waktu syuruk iaitu waktu matahari sedang terbit. Namun begitu, walaupun solat Isyraq adalah solat yang dilakukan pada waktu solat Dhuha, terdapat beberapa perbezaan di antara solat Isyraq dan solat Dhuha. (Rujuk Bughyat al-Muthatawwi’ fi Solaat al-Tathawwu’: 58-59)

  Perbezaan tersebut adalah seperti berikut:

  • Waktu solat Isyraq ialah solat Dhuha yang dilaksanakan pada awal waktunya. Ini kerana waktu solat sunat Dhuha bermula dari terbitnya matahari sehinggalah sebelum matahari tegak di atas kepala. Justeru itu, Solat Isyraq bermula setelah matahari naik pada kadar segalah iaitu lebih kurang 1.5 meter atau kira-kira 12-15 minit selepas matahari terbit (Rujuk Bughyat al-Muthatawwi’ fi Solaat al-Tathawwu’: 58).
  • Disamping itu,  sebaiknya untuk mendapatkan fadhilat Solat Isyraq yang disebutkan di dalam hadith ialah dengan seseorang itu berjemaah pada waktu Subuh di masjid dan hendaklah dia kekal duduk berzikir di sana, kemudian barulah dia mendirikan solat tersebut. Manakala, fadhilat solat Dhuha boleh didapati dengan dilakukan dalam waktunya.
  • Waktu solat Dhuha pula bermula daripada terbitnya matahari (selepas waktu syuruk) sehingga sebelum tergelincir matahari (Rujuk Bughyat al-Muthatawwi’ fi Solaat al-Tathawwu’: 60). Manakala, waktu terbaik untuk solat Dhuha ialah ketika pasir menjadi panas disebabkan matahari sudah mulai terpancar terik. Solat Dhuha yang dilakukan pada waktu ini disebut sebagai solat Awwabin. Ini berdasarkan hadis

صَلَاةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمِضُ الفِصَالُ

Maksudnya: Solat Awwabin ialah solat yang dilakukan ketika pasir (di tanah lapang) menjadi panas (kerana matahari sudah terik).

Hadith riwayat Muslim : 1238

  • Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua rakaat paling sedikit, kemudian seterusnya empat, enam, lapan sehingga 12 rakaat paling banyak. Manakala Solat Isyraq hanya dilakukan sebanyak dua rakaat sahaja.
  • Solat Sunat Isyraq tidak boleh diqadha jika sekiranya terlepas waktunya. Jika ia dikerjakan selepas dari waktu Solat Isyraq itu, maka ia dikira sebagai Solat Dhuha dan bukan Solat Isyraq.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan bahawa Solat Isyraq ialah Solat Dhuha yang dilakukan pada awal waktunya. Waktu Solat Isyraq ini bermula daripada kadar matahari naik segalah iaitu bersamaan dengan kira-kira 15 minit dari bermulanya waktu syuruk.

Di samping itu juga, kami menggalakkan supaya para jemaah setelah selesai melaksanakan solat Subuh secara berjemaah di masjid supaya duduk beriktikaf sebentar di masjid atau surau dengan mengisinya dengan berzikir kepada Allah SWT. Kemudian, diikuti pula dengan solat sunat 2 rakaat pada waktu isyraq. Namun, bagi sesiapa yang bekerja dan mempunyai urusan yang memerlukan dia keluar daripada masjid, maka tidak mengapa untuk melaksanakan solat Isyraq di mana-mana sekalipun. Moga-moga dengan kita melakukannya, kita mendapat fadhilat dan ganjaran pahala daripada Allah SWT tersebut.

Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang sahih terhadap agama serta memberi taufiq dan hidayah kepada kita untuk melaksanakan amal ibadat dengan ikhlas kepadanya. Amin.

Sumber:
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3

Rabu, 23 Ogos 2023

ALLAH LENYAPKAN PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN

 Al-An'am - 6:46

قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِنۡ أَخَذَ ٱللَّهُ سَمۡعَكُمۡ وَأَبۡصَٰرَكُمۡ وَخَتَمَ عَلَىٰ قُلُوبِكُم مَّنۡ إِلَٰهٌ غَيۡرُ ٱللَّهِ يَأۡتِيكُم بِهِۗ ٱنظُرۡ كَيۡفَ نُصَرِّفُ ٱلۡأٓيَٰتِ ثُمَّ هُمۡ يَصۡدِفُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan Ia pula memeteraikan atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?" Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, mereka tetap juga berpaling - ingkar.

Tafsir Ibn Kathir

Allah Swt. berfirman kepada Rasul-Nya, bahawa katakanlah kepada mereka yang mendustakan dan ingkar kepada kekuasaan Allah Swt.:

Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan kalian.

Yakni Dia mencabutnya dari kamu sebagaimana Dia telah mem­berikannya kepada kamu, seperti yang disebutkan dalam firman lain:

Dialah Yang menciptakan kalian dan menjadikan bagi kalian pendengaran dan penglihatan. (Al Mulk:23), hingga akhir ayat.

Dapat diinterpretasikan pula bahwa ungkapan ini mengandung makna larangan menggunakan pendengaran dan penglihatan menurut apa yang diperintahkan oleh syariat, karena pada firman selanjutnya disebutkan:

serta menutup hati kalian.

Perihalnya sama dengan yang disebutkan oleh firman-Nya:

atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan? (Yunus:31)

dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghalang-halangi antara manusia dan hatinya. (Al Anfaal:24)

Mengenai firman Allah Swt.:

...siapakah tuhan selain Allah yang kuasa mengembalikannya kepada kalian?

Artinya, apakah ada seseorang selain Allah yang dapat mengembalikan hal itu kepada kalian, jika Allah mencabutnya dari kalian? Jelas tidak ada seorang pun yang mampu melakukannya selain Allah Swt. Karena itulah pada firman selanjutnya disebutkan:

Perhatikanlah, bagaimana Kami berkali-kali memperlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami).

Yakni Kami terangkan, Kami jelaskan, dan Kami tafsirkan tanda-tanda tersebut yang semuanya menunjukkan bahwa tidak ada Tuhan selain Allah, dan semua yang mereka sembah selain Allah adalah batil dan sesat.

kemudian mereka tetap berpaling (juga).

Yaitu sekalipun dengan adanya keterangan yang jelas itu, mereka tetap berpaling dari kebenaran dan menghalang-halangi manusia untuk mengikutinya.

Al-Aufi telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa makna yasdifiina ialah menyimpang. Menurut Mujahid dan Qatadah adalah berpaling, sedangkan menurut As-Saddi menghambat (menghalang-halangi).

Khamis, 17 Ogos 2023

MADANIFOBIA DALAM KALANGAN ORANG MELAYU




Keputusan pilihan raya negeri yang lalu memperlihatkan bangsa Melayu terus berkonflik. Mereka terus menerus berkelahi demi mempertahankan idealisme parti masing-masing. Maka terhambur caci maki yang pada satu tahap tak mampu didengar oleh telinga dan diproses pemikiran rasional.  Hal pertelingkahan ini ibarat membaja. Pokok dibaja dengan kandungan kimia yang boleh sampai mematikan pokok. 

Menurut Faizal Tehrani, gagasan Madani dipertikai hingga tidak ada nilai yang  boleh dikutip. Islam dikatakan terancam. Saya jarang membaca tulisan Faisal. Namun makalah yang ditulis kali ini menarik perhatian untuk dibaca dengan kritis dan lapang fikiran.

Ramai yang bertanya kepada saya, kenapakah Melayu sentiasa merasakan Islam terancam padahal perangai sesetengah mereka macam musuh Allah iaitu Iblis? 

Mengapa pula mereka Madanifobia? Iaitu takut dengan Islam yang rahmah, berperadaban, berpemikiran, berkeadilan sosial dan sanggup hidup bahagia bersama masyarakat bukan Melayu dan Islam seraya mencapai kesentosaan bersama-sama. 

Mengapa satu daripada empat Melayu fobia dengan Madani.

Ada penjelasan sejarah tentang mengapa Melayu di Kelantan dan Terengganu tidak sanggup berubah. 

Apabila Abdul Kadir Munshi belayar ke Pantai Timur Tanah Melayu pada abad ke-19, dan merakamkannya dalam Kisah Pelayaran Abdullah, almarhum Munshi mendokumentasikan antara lain kezaliman penguasa Melayu, keganasan yang mereka lakukan, perang saudara yang tidak membawa apa-apa makna, pelacuran, dan perhambaan ekoran hutang.

Munshi menyatakan ada penjenayah yang gara-gara ingin melepaskan diri dari hukuman tertentu telah menyerah diri kepada pemerintah Melayu dan sanggup menjadi hamba. 

Oleh sebab mereka asalnya adalah samseng dan penjahat, mereka kini menjadi lebih bebas untuk melakukan jenayah di kampung Melayu atas nama hamba raja tertentu. 

Teruskan membaca makalah Faisal Tehrani di sini

Sumber: Faisal Tehrani, Madanifobia dalam kalangan Melayu

https://m.malaysiakini.com/columns/675840


Sabtu, 12 Ogos 2023

GEDEBE SEBAGAI RESIPI POLITIK KELANTAN

Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, A Aziz Deraman, mengaitkan gedebe sebagai 'hanlan' atau 'andalan', iaitu istiqamah dalam perjuangan yang diyakini, menganjurkan kebaikan, berbakti dan berbudi.

Gedebe tidak seharusnya dilihat dalam konteks negatif semata-mata, tetapi juga positif, iaitu bermaksud orang hebat.

Bagi masyarakat Kelantan, gedebe tidak semestinya samseng, bengis dan kurang ajar seperti difahami sesetengah pihak. Gedebe adalah watak santun dan dihormati masyarakat setempat.

Bagi penduduk selatan Thailand terutamanya Narathiwat dan Yala, gedebe dikaitkan dengan seseorang yang rajin bekerja dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Ia juga dikaitkan dengan tok nebe yang bermaksud ketua atau penghulu di sesuatu kawasan.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Sumber: Gedebe sebagai resepi politik Kelantan di https://www.malaysiakini.com/news/675270


Jumaat, 11 Ogos 2023

MENANG KALAH PILIHAN RAYA


PRN 6 negeri serentak 12 Ogos, 29 Julai penamaan calon

Menang atau kalah adalah pasti dalam sesuatu pertandingan.  Dalam pilihan raya, parti yang bertanding akan dikira menang apabila jumlah kerusi yang dimenangi telah mencapai angka majoriti mudah.  Keputusan inilah yang ditunggu-tunggu selepas proses pengundian  PRN bagi enam negeri tamat pada 12 Ogos 2023.  

Pada hari terakhir berkempen parti gabungan pemerintah dan pembangkang telah menoktahkan janji yang akan ditunaikan seperti dalam manifesto yang dibentangkan.  Pengundi adalah penentu menang kalah parti-parti tersebut.  

Sebagai pemilih, pengundi seharusnya telah dapat menetapkan pari atau calon mana yang akan dipangkah.  Walaupun begitu, isu-isu panas pada saat akhir boleh memberi impak terhadap pilihan yang telah tersedia.  Faktor keliru dan tidak yakin dengan calon akibat maklumat akhir dari rakan atau orang sekeliling masih mampu mengubah pendirian.  Pengundi sedemikian sering dikelompokkan sebagai pengundi atas pagar.

Hal ini berbeza dengan pengundi tegar parti yang disertai.  Mereka selalunya telah bersedia untuk mengundi calon atau parti sejak dari mula lagi.  Mereka tidak mudah digula-gulakan.  

Namun pengumuman keputusan pilihan raya mampu menjadikan suasana tidak tenteram. Pengundi dan parti yang bertanding akan terus berusaha untuk menang.  Jika kalah mereka akan cuba menjadikan hatinya menang..


Selasa, 8 Ogos 2023

POLITIK DAN KUASA

 prn 2023

Selagi keputusan PRN bagi enam negeri pada 12 Ogos ini belum diumumkan, selagi itu kempen politik untuk berkuasa tidak akan tamat.  Namun adakah naratif atau perbincangan berkaitan politik akan tamat selepas itu? Jika dilihat trend pemikiran berpolitik kini diambil kira, trend itu tidak akan tamat begitu saja.  Konflik politik dalam meraih kuasa akan terus berlangsung.  Jika kerajaan dapat mempertahankan kuasa di negeri yang diperintah selama ini dan memenangi negeri lain, pemerintahan kerajaan pusat akan terus berlangsung.  

Namun pembangkang akan tetap teruskan asakannya demi mendapatkan kuasa yang diidamkan.  Jika pembangkang memenangi kesemua  negeripun, akan menjadikan situasi lebih panas.  Mereka akan menuntut kerajaan pusat menyerakan kuasanya.  Namun trend konflik sedemikian boleh mengancam kestabilan pemerintahan negara.

Tugas pembangkang kelihatan membangkang apa sahaja yang diusulkan kerajaan.  bangkang sahajaa asalkan pengundi dapat dirasionalkan.  Dalam usaha memancing hati pengundi, naratif yang diulang-ulang kelihatan mampu memenangi hati pengundi.  Tak kira sama ada pendengarnya ahli parti politik, yang bukan ahli parti politik pun akan mengiakannya.  Setuju dengan naratif yang dipersembahkan.  Perubahan pemikiran boleh berlaku kepada mereka yang berpendidikan.  Nampaknya kejayaan memenangi hati pengundi dapat ditawan jika usaha berterusan dalam bentuk perang saraf dilakukan tanpa lelah.  Akan ada mereka yang akan menukar penndirian dalam mengundi.

Lihat saja naratif isu "Islam terancam".  Dengan mengunakan ayat Quran dan hadis Nabi yang menyentuh isu ini akan dapat menawan hati pengundi.  Pengundi atas pagar sangat mudah dipengaruhi.  Mereka tiada pendirian jelas dalam sesuatu isu besar.  Hal ini ditambah dengan sogokan isu agama.  

Dalam korteks isu Islam terancam, Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, isu kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan kes Jill Ireland Lawrence Bill dijadikan modal oleh para pemimpin Pas yang kalimah Allah terancam sedangkan kesuciannya dipelihara oleh kerajaan. Menurut beliau, kehadiran DAP dalam Kerajaan Perpaduan juga dijadikan modal walaupun kerjasama antara parti politik di sesebuah negara adalah perkara yang digalakkan Islam atas dasar kebajikan bersama.

“Rentetan dari naratif ‘Islam terancam’, lahir pemikiran perjuangan Islam hanya didominasi oleh Pas. Dengan maksud tersirat perjuangan parti orang Islam yang lain bukanlah perjuangan Islam.“Dari situlah juga lahir ungkapan yang masyhur dahulu iaitu ‘ucapan kita adalah jihad, melawan puak-puak ini adalah jihad dan jika mati adalah mati Islam’,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Inilah hujahan politik dalam memenangi hadi pengundi yang dilihat tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang dibentangkan.  Setiap kali pilihanraya, naratif agama dilihat mampu mempengaruhi pengundi.  Fikirkanlah secara kritis sebelum memilih.

Isnin, 7 Ogos 2023

TRIP MOROCCO 23: CHEFCHAOUEN, BLUE CITY









 Chefchaouen dipanggil juga sebagai Blue City. Terletak berhampiran bandar Tangier. Bandar dengan team warna biru terletak di kawasan tanah tinggi. Untuk sampai ke puncak kami perlu naik teksi. Dalam sepuluh minit perjalanan.

Perkekitaran biru. Cuaca petang itu agak sejuk. Nyaman. Bandar yang agak traditional dengan pelbagai barangan dijual di sini. 

Kreativiti dengan warna biru mampu menarik pelancong ke sini. 

Selasa, 1 Ogos 2023

BAHASA POLITIK PILIHAN RAYA KINI

 PRN enam negeri catat sejarah tersendiri

Pilihan Raya Negeri bagi enam negeri di semenanjung akan berlangsung pada 12 Ogos 2023. Hari penamaan calon juga telah selesai.  Calon yang bertanding telah diketahui.  Dua gabungan parti utama yang akan bertanding ialah Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Apa yang nak capai dalam pilihanraya ini?  Tentulah masuk bertanding untuk menang.  Untuk menang setiap parti bersedia dengan alasan dengan strategi untuk memenangi hati pengundi.  Janji-janji pilihanraya akan berkumandang setiap hari semasa berkempen berlangsung.   Strategi untuk menjatuhkan lawan akan digunakan dengan pelbagai muslihat politik.  Bukan mudah untuk tawan hati pengundi untuk undi calon yang bertanding.  Masing-masing ada pelbagai perspektif dan persepsi semasa menilai calon bertanding.

Bahasa digunakan sebagai medium menyampaikan tawaran dalam kempen pilihanraya.  Menggunakan bahasa politik yang penuh taktikal penting dalam pertandingan ini.  Namun tawaran sahaja tidak memadai.  Semua yang ditawarkan sudah tentu akan disambut dengan bangkangan pihak lawan.  Isu yang dilihat lurus akan dikatakan bengkok.  Jika putih dikatakan hitam.  

Dalam hal ini, kebijakan pengundi memilih sangat penting.  Pengundi pula datang dari pelbagai kumpulan manusia.  Ada yang terima bulat-bulat isu yang diketengahkan.  Bagi pengundi baru yang tidak berparti sukar ditelah fikirannya. Bagi ahli parti, selalunya mereka adalah pengikut parti yang taat tanpa berfikiran kritis.  Ada pula yang berdiri atas pagar.  Kelompok ini juga susah nak diterjemahkan fikirannya.  

Dalam konteks PRN ini, bahasa politik dengan memainkan isu agama, bangsa dan raja dilihat telah dieksploitasi secara berleluasa.  Amalan memburukkan wajah tokoh politik lawan dijadikan ramuan mudah untuk hidangan pengundi.  Walaupun sempadan agama difahami kesannya jika amalan kotor ini digunakan, namun isu agama telah digunakan secara berleluasa untuk berkuasa.  Amalan demokrasi yang bebas untuk memilih telah juga tercemar dengan bahasa politik kesat.  Golongan agama dilihat menggunakan isu agama untuk menang. Takfiri menjadi senjata mudah untuk menikam musuh.  Isu kaum juga dilihat menajamkan lagi sengketa politik sejak akhir-akhir ini. 

Bahasa dengan gaya yang pelbagai untuk memenangi hati pengundi sudah tidak penting dalam kempen pilihanraya.  Gaya bahasa memujuk dengan berhikmah sukar ditemui.  Dengan gaya bahasa kasar yang menyakitkan telinga pula dilihat menarik ramai pendengar.  Bahasa politik kini tidak mengandung unsur kesederhanaan dalam komunikasi memujuk. Natijahnya ialah masyarakat akan menjadi semakin kusut akibat hidangan politik keterlaluan tanpa fikiran rasional.

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Al-Isra' - 17:23 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَك...