Khamis, 30 April 2015

Eksplorasi Eropah 2: Lambaian Paris

Kami berada di Paris pada Ahad 13 hingga 14 November 2014.
Meneroka kota Paris memang diimpikan sejak lama dulu.  Kota tersebut hanya dapat dilihat melalui gambar di media massa saja.  Sekarang dah dapat tengok dengan mata sendiri. Alhamdulillah.

Setelah menaiki Eurostar dari London ke Paris, kami sampai di stesen Paris.  Micheal, pemandu pelancong kami dah siap menunggu.  Dia datang dari Amsterdam dan memandu sendirian van yang disewa ke Paris.  Dia memang hebat dari segi pengetahuan dan selok belok hal melancong ke Eropah.  Pengalamannya bertahun-tahun membawa pelancong melancarkan penerokaan kami.  Profesional dalam mengendalikan trip kami dan banyak infomasi serta panduan berguna semasa melancong. Itulah yang kami mahukan.  Bukan hanya melancong tapi dengan informasi yang berguna.    

Setelah menjemput kami di stesen keretapi Paris, Micheal bawa kami melihat-lihat sekitar bandar Paris.  Bandar Paris  tidaklah seindah dan bersih sangat. Pendatang Afrika mengongsi banyak tempat di bandar ini.  Kami dinasihatkan berhati-hati apabila berjalan-jalan di kota Paris.

Tengah hari itu, kami ke hotel dan perut dah mula lapar. Makan tengahari di Paris dimulakan dengan bekalan makanan yang dibawa.  Penuh beg kami sebenarnya akibat banyak bekalan makanan yang disumbat ke dalamnya.  Yang paling istimewa dan paling banyak ialah makanan produk Brahim.    Ada macam-macam nasi. Beriani ayam, kambing, nasi lemak, nasi goreng kampung.  Semua ada.  Siap buat kira-kira berapa banyak yang perlu dibawa.  Tak cukup dengan Brahim, Manggi juga turut serta.  Cerek letrik kecil dinasihatkan bawa sekali.  Takut jika pihak hotel tak sediakan cerek nak masak air.  Melilau cari cerek kenit dan dapat di IOI Mall.

Balik kepada cerita nak makan tengahari di Paris.  Menu kali ini nasi lemak.  Rendam paket Brahim di dalam air panas selama 10 minit dan kami dah boleh makan nasi lemak menyelerakan.  

Sebelah petang kami dibawa ke kawasan Notre Dame yang ada gereja lama dan sungai yang cantik pemandangannya.  Seterusnya kami kunjungi beberapa bangunan lama berbentuk istana dan akhirnya ke menara Eiffel.  Kunjungan ke menara ini sangat dinantikan sebab nilai sejarahnya.  Disebabkan cuaca agak berawan dan sangat sejuk (bawah 10C)  kadangkala separuh menara itu ditenggelami awan. Sebelah malam kami dibawa ronda-ronda Paris waktu malam.  Nampak menara Eiffel bercahaya keemasan.

Kami juga sempat melihat tempat kemalangan yang meragut nyawa Puteri Diana. Dalam hal ini,  Micheal memang hebat dalam mencari tempat menarik dan bersejarah.

Van yang membawa kami dari Paris ke Amsterdam melalui 13 negara dan 36 bandar utama Eropah
Kami menjelajahi Eropah selama 16 hari 15 malam dengan perjalanan sejauh lebih kurang 6500 km!! Purata sehari kami berada di dalam van ini sejauh 400 km.


Inilah Micheal, menguruskan penerokaan Eropah kami. Kadangkala kami panggil dia Pak Rashid.. Ada ceritanya..Dah masuk 51 tahun umurnya namun masih bertenaga memandu seorang diri sepanjang perjalanan.  Ini gambar semasa di Venice, Italy

Bersiap-siap nak naik tren di stesen London.  Pagi-pagi lepas subuh dah sedia nak ke Paris. Setelah 5 hari empat malam di kota London kami meneruskan perjalanan ke Paris untuk bertemu dengan Micheal yang telah menunggu di sana.
Di Stesen Eurostar London, kami antara yang terawal sampai teruja nak ke Paris.  Warna tema dan kegemaran nampaknya  merah.  Nampak ceria untuk memulakan perjalanan yang jauh.  Antara isi  beg tu bekalan makanan, takut tak makan nanti...

Rehat di dalam Eurostar.  Sepanjang perjalanan melihat suasa di luar yang hampir keseluruhannya berkabus.  Agak sempit bagi yang berbadan saiz besar..

Dah sampai di Gare Du Nord Eurostar Train Station, Paris setelah lebih dua jam perjalanan.  Micheal dah tunggu di stesen ini.  Kami ikut plan seperti yang dibincangkan dengannya sebelum bertolak dari Malaysia.  Tapi dia dah sedia tunggu di muka pintu stesen.  Alhamdulillah..

Menara Eifel, tak sempat nak pergi di kaki menara.  Dah petang sangat bila kami sampai di sini.  Nak maju hampir dengan menara pun makan masa juga.  Jadi ambil gambar dari jarak yang tak berapa jauh dari menara.  Kira ok lah juga. 

Membelakangi Menara Eifel, waktu malam yang amat sejuk.  Lihatlah cahaya keemasan menara besi yang dibina asalnya untuk tujuan komunikasi.  

Bergaya di jambatan sungai entah apa namanya di Notre Dame, Paris.  Canti cuaca harpetang ini.  Pemandangan pun cantik.

Menara Eiffel.  Empat pasangan yang becita-cita besar nak Eksplore Eropah.  Ni baru Paris bang.  Jauh lai nak poi. 

Dah sampai kat sini..Bergambar, nanti cucu nak tengok gambar atuk dan wan kat Paris..

Singah sebentar di masjid terbesar di Paris.  Alhamdulillah, ramai masyarakat Islam di sini terutama dari Afrika utara seperti Tunisia dan Aljeria.

FAKTA RINGKAS MENARA EIFFEL

Dibina untuk  Pameran Dunia dan perayaan Revolusi Perancis, menara dengan bendera berkibar di puncaknya dirasmikan pada 31 Mac 1889. Meskipun kecaman dan protes yang keras dari penduduk Paris dan kalangan intelektual semasa dibina, kerangka besi ini menjadi simbol kota Paris dan menarik lebih dari 6 juta pengunjung setiap tahun.

Ketua Projek : Gustave Eiffel dibantu oleh, antara lain, para jurutera Maurice Koechlin dan Emile Nouguier serta Stephen Sauvestre sebagai arkitek.

Perancangan projek dimulai tahun 1884. Meskipun semua halangan di atas, pembanguan menara dimulai pada tahun 1887 dan selesai 26 bulan kemudian pada tahun 1889. Telah dirancang menara ini akan dirobohkan setelah berlangsungnya Pameran Dunia 1900. Akan tetapi, percubaan berjaya dari transmisi radio yang dikendalikan oleh Angkatan Bersenjata Perancis sebelum hari dirobohkan akhirnya menyelamatkan menara Eiffel.

Bahan yang digunakan : Besi waja dikaitkan dalam bentuk persilangan dari 18.038 buah yang diperkuat dengan 2.500.000 paku. Kerangka dari karya Gustave Eiffel ini tahan angin dan walaupun bahannya dari besi, berat menara hanya 7.300 ton.

Tinggi : Dari tanah sampai tiang bendera, tingginya 312.27 meter pada tahun 1889, sekarang 324 meter dengan antenanya. Saat ini, berbagai perusahaan televisyen Perancis memasang antena mereka di puncak Menara Eiffel.

Dimiliki oleh Pemerintah Daerah Paris dan dikelola oleh perusahaan swasta, "Société Nouvelle de l'Exploitation de la Tour Eiffel", kerangka besi ini direnovasi setiap 7 tahun sekali dan dicat dengan 50 tan cat. Renovasinya dilakukan olah pekerja yang mahir dalam olah raga alpinik dan akrobatik.

Penerangan : "Gadis Besi" ini diterangi dengan 352 projektor 1.000 watts dan berkelip setiap sengah jam pada malam hari dengan 20.000 lampu dan 800 lampu disko.

Supaya membuat menara kelihatannya lebih hidup, 4 lampu laser xenon yang berkekuatan 6.000 watts berputar secara tetap di puncak menara.

Jumlah tangga : 1.665 tangga bagi pengunjung yang suka bersukan. Ada 2 buah lift yang naik ke tingkat dua ang ada pelbagai kedai cenderamata



Jumaat, 2 Januari 2015

SENARAI PENERBITAN BAGI TAHUN 2014 DARI iREPOSITORI UKM


Bil
Jenis Penerbitan
ID Penerbitan

Judul Karya dan Nama Jurnal/Buku yang Berkaitan
Tahun Terbit
Nama-nama Pengarang
Jurnal

https://smk.ukm.my/epenerbitan/Images/pdf_icon.jpg
TGG2014603

The Effects of Metacognitive Strategy in Reading Expository Text 
International Education Studies
2014
Yahya Othman, Zamri Mahamud & Noradinah Jaidi
Jurnal

https://smk.ukm.my/epenerbitan/Images/pdf_icon.jpg
TGG2014344

Keupayaan Menguasai Kemahiran Menulis Melalui Pembelajaran Berasaskan Projek dalam Penulisan Berbentuk Risalah di Sekolah Rendah 
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
2014
Yahya Othman, DK Suzana Pg Othman
Kertas Seminar/ Persidangan

https://smk.ukm.my/epenerbitan/Images/pdf_icon.jpg
TGG2014582

Sikap dan persepsi murid terhadap mata pelajaran bahasa melayu dengan kemahiran abad ke-21 
Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014 pada 25-26 September 2014 di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
2014
Zamri Mahamod, Masyuniza Yunos & Yahya Othman
Kertas Seminar/ Persidangan

https://smk.ukm.my/epenerbitan/Images/pdf_icon.jpg
TGG2014405

Sikap dan persepsi pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu dengan kemahiran abad ke-21 
Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014
2014
Zamri Mahamod, Masyuniza Yunos & Yahya Othman
Penulisan Popular Dalam Bidang

https://smk.ukm.my/epenerbitan/Images/pdf_icon.jpg
TGG2014342

Membaca bukan sekadar hobi 
Dewan Bahasa
2014
Yahya Othman
Penulisan Popular Dalam Bidang

https://smk.ukm.my/epenerbitan/Images/pdf_icon.jpg
TGG2014343

Bahasa Melayu merangsang kemahiran berfikir aras tinggi 
Dewan Bahasa
2014
Yahya Othman
Prosiding/ Pascasidang

https://smk.ukm.my/epenerbitan/Images/pdf_icon.jpg
TGG2014340

Kemahiran berfikir aras tinggi dalam Bahasa Melayu : peranan guru 
Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali ketiga 2014
2014
Yahya Othman
Prosiding/ Pascasidang

https://smk.ukm.my/epenerbitan/Images/pdf_icon.jpg
TGG2014264

Sikap pelajar dalam penyepaduan kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran Kesusasteraan Melayu 
International Seminar on Global Education II : Educational Transformation Towards a Developed Country / Fakulti Pendidikan UKM
2014
Zamri Mahamod, Nurul Ain Azmi & Yahya Othman
Prosiding/ Pascasidang

https://smk.ukm.my/epenerbitan/Images/pdf_icon.jpg
TGG2014341

Penggunaan peta pemikiran (I-Think) dalam penguasaan karangan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 
Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali ketiga 2014
2014
Nur Hidayu Mohd Rahim, Yahya Othman
Prosiding/ Pascasidang

https://smk.ukm.my/epenerbitan/Images/pdf_icon.jpg
TGG2014545

Tahap penguasaan membaca Jawi dalam kalangan murid di sekolah menengah rendah 
2014
Tuan Siti Nooryani Tuan Fauzi, Zamri Mahamod, Maimun Aqsha Lubis dan Yahya Othman
Prosiding/ Pascasidang

https://smk.ukm.my/epenerbitan/Images/pdf_icon.jpg
TGG2014179

Tahap penggunaan dan permasalahan aplikasi multimedia dalam pengajaran kemahiran membaca guru Pendidikan Khas: Satu tinjauan. 
Proceedings International Seminar of Postgraduate Special Education UKM-UPI-SEAMEO SEN 4th Series 2014 / Fakulti Pendidikan UKM
2014
Zamri Mahamod, Noor Sharidah Hamid, Yahya Othman & Jamaludin Badusah.
Prosiding/ Pascasidang

https://smk.ukm.my/epenerbitan/Images/pdf_icon.jpg
TGG2014202

Kesan penggunaan strategi pembelajaran Know-Want-Learn (KWL) terhadap pemahaman teks bacaan ekspositori 
International Seminar on Global Education II : Educational Transformation Towards a Developed Country / Fakulti Pendidikan UKM
2014
Leliyana Binti Haji Md. Salleh, Yahya Othman, Zamri Mahamod
Prosiding/ Pascasidang

https://smk.ukm.my/epenerbitan/Images/pdf_icon.jpg
TGG2014590

Keberkesanan peta pemikiran (i-Think) dalam meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu 
Prosiding Konvesyen Pendidikan (KONPEN 2014) IPG Kampus Bahasa Melayu, Penerbitan IPG Kampus Bahasa Melayu
2014
Zamri Mahamod, Nik Nur Farihah Nik Harmi & Yahya Othman

Isnin, 29 Disember 2014

Eksplorasi Eropah 1 - London oh London

Sesampai kami ke KLIA, dua orang anak beserta cucu telah sedia menunggu. Setelah semua urusan bagasi telah diseselaikan, saya terus mengerjakan solat Maghrib dan Isyak yang masih belum tertunai.  selepas solat saya terus lakukan sujud syukur kerana telah selamat samapi dari percutian ke Eropah selama 21 hari.  

Terasa seperti baru merancang program percutian ini dengan Sazli, Yazid dan Nik serta isteri masing-masing.  seawal bulan Mac 2014 kami telah mula berbincang bagi nejyakan hasrat tersebut.  kami juga sering adakan perbincangan tak rasmi di rumah Sazli bagi memastikan rancangan ini dapat dijayakan.

Walaupun untuk menjayakannya perlukan banyak wang yang perlu diperuntukkan, namun berkat usaha dan keinginginan untuk meluaskan pandangan dan penaglaman semua itu dapat disediakan. kami beranggapan usaha ini agak sukar juga sebab jangka waktu yang terlalu lama dan negara yang ingin dilawati juga agak banyak.  Selain itu, kami juga berbincang bersama untuk menyediakan bekalan makanan seperti paket beras/nasi Brahim dan ni Maggi.  di samping itu, yang penting untuk disediakan bagi yang mengidap penyakit ialah sediakan ubat yang cukup selama di sana nanti.  bagi memastikan kami dilindungi, maka Nazir telah menyediakan skim insuran khas untuk pengembara.  ke luar negara.

Bagi mendapatkan maklumat terkini sebelum berangkat kqami juga telah meminta Micheal Chang sebagai pengendali lawatan memberikan taklimat akhir dan menyerahkan dokumen dan buku program.

Maka setelah semuanya telah disediakan, tarikh yang dinantikan akhirnya  tiba juga iaitu 27 November hingga 16 Disember. Kami menaiki pesawat Emirate ke London. Destinasi pertama eksplorasi kami ialah London.  Di sini kami sempat menikmati pandangan di kota ini selama tiga malam.  Aktiviti tertumpu kepada program menekmati kotaraya London menaiki Big Bus hop on hop off.  Sempat juga bersiar-siar ke Trafalgar square dan menaiki Cruise menyusuru Sungai Thames dalam suasana suhu sejuk di bawah 10 darjah C.  Di samping sesi Big  Bus, tak lupa juga menemani mereka shopping di Oxford Street.. 


Sedang tunggu Big Bus

Berbincang mana nak pergi di London ni..

YM dan Normah bergaya atas River Cruise


Dalam Cruise


Gambar wajib di London

London Eye kat belakang tu


Dean Tower of London

Naik Big Bus London.  Seronok juga duduk atas atap bas sambil nikmati pemandangan kota London.  Walaupun  cuaca yang amat sejuk, peluang terhad ini sangat berharga.

Membelakangi jambatan di Sungai Thames.  Naiki Cruise yang ada dalam pakej Big Bus.  

Bangunan bersejarah di sekitar London

Gambar ni mesti ambil jika lawat London

Trafalgar Square London

Pondok Telefon ni pun penting untuk dirakam

Menunggu pasangan masing-masing sedang beli belah di Harrod.  Minum kopi nyaman masa cuasa sejuk

Naik Cruise Sg Thames

Masih dalam Cruise

Banjir oh banjir



Banjir di negeri terutama di pantai timur Malaysia sangat gawat kali ini.  Ramai yang menyatakan bahawa tahap air yang merempuh kawasan terbabit adalah tidak terduga. Walaupun bagi  mereka yang berada di Kelantan contohnya sudah biasa mengharung banjir, namun kali ini sifatnya agak luar biasa.  Maka pelbagai cerita dan berita yang dapat di baca dan di dengar berkaitan banjir besar kali ini.

Bagi yang tidak mengalaminya mungkin tidak dapat menyatakan secara terus kegetiran mereka berhadapan musibah ini.  Pelajar PhD saya dari Gua Musang menghantar mesej agar mendoakan keselamatan beliau sekeluarga menghadapi banjir. Begitu juga seorang pelajar sarjana yang baru balikm dari Gua Musang menceritakan dengan nafas lega yang ia dapat melepasi rintangan hingga dapat sampai ke UKM untuk hantar tugasan yang perlu dinilai.  Ia mengajar di JB. Sempat juga ia hadiahkan dua bungkus keropok  untuk digoreng masa musim hujan ini.

Malam Isnin yang lepas semasa tazkiran oleh Dato' Zaidi di surau Bangi Perdana, beliau juga memulakan kuliahnya dengan bercerita di sekitar pengalamannya baru balik dari meninjau keadaan banjir di Tanah Merah Kelantan.  Menurut beliau, masalah utama dalam menguruskan bantuan banjir di sana ialah kurangnya kemudahan untuk menghantar belakan kepada mangsa.  Bekalan makanan disifatkannya sangat banyak terlonggok di dalam kenderaan berat yang tersekat di gigi air. Malangnya tiada kemudahan untuk sampaikan bantuan tersebut kepada mangsa banjir.  Oleh itu beliau sarankan agar pihak surau Bangi Perdana beli bot yang boleh bantu selesaikan masalah penyebaran bantuan.

Dimaklumkan pada malam itu bahawa kutipan uang dibuat oleh surau Bangi Perdana mencecah RM 19k.  Mungkin idea Dato' Zaidi boleh dilaksanakan untuk tujuan operasi bantu mangsa sekarang dan kan datang. Tapi yang lebih menarik dalam kuliah beliau malam tadi ialah tazkirah bertajuk "Pologami" yang didengar dengan tekun oleh para makmum yang dahagakan ilmu. Dato' Zaidi adalah peguam syar'i yang banyak kendalikan kes rumah tangga di mahkamah syariah.

Sebelum pergi ke pejabat hari ini, saya sempat hantarkan dua kotak pakaian terpakai ke surau untuk dihantar ke Kelantan sebagai sumbangan kecil yang dapat diberikan untuk mangsa banjir.  Saya lihat himpunan bekalan makanan kering dan pakaian telah sedia untuk dihantar ke sana..Semoga usaha murni pihak surau dirahmati Allah..Amin

Selasa, 28 Oktober 2014

Memperkatakan tentang Melayu kini

Saban hari berita tentang orang  Melayu, sama ada dari perspektif ekonomi mahupun politik kerap termuat dalam pelbagai media. Semua orang boleh baca.  Banyak ulasan dan krikan yang dibuat. Semua kaum juga faham akan kedudukan masing-masing di negara ini.  Namun artikel yang ditulis oleh Kadir Jasin di dalam blognya dan ulasan bersahaja Subki Latif tentang siapa yang datang dulu ke Tanah Melayu dalam usaha mematahkan pandangan Lee Kuan Yew  tentang Melayu boleh baca di sini. 

Kata Subki Latif,

Kehebatan tok nenek saya bukan sekadar menjadikan tuan di negara ini dan berjaya semua menjadikan negara  asing menerima ia sebagai negara milik Melayu.
      
Mengapa tok nenek LKY benar dan diamkan saja tok nenek saya masa itu menjadikan wilayah ini kepunyaan nereka?  Ini tanda tok nenek saya lebih pintar dan lebih cerdik daripada  tok nenek saya.
     
Kerana kebodohan tok neneknya telah menyebabkan cucu cicit tok nenek mereka telah dilihat sebagai orang datang terkemudian. 
     
LKY tidak boleh salahkan cucu cicit tok nenek saya apabila mereka dikira orang  yang menjadi raja-raja dan ketuanan atas wilayah ini masa masa itu. LKY mesti sesali tok neneknya kerana  membiarkan tok nenek saya jadi raja dan pembesar di wilayah ini.
     
Soalnya ialah setujukah LKY dan Tan jika dikatakan tok nenek mereka  tidak sepintar datuk nenek saya.  Kalau LKY tidak setuju tok neneknya lebih bodoh daripada tok nenek saya, maka LKY fikir kena semula benarkah tok neneknya tiba sama masa dengan tok nenek saya?
    
Jika masing-masing sama-sama tiba, tetapi tok nenek saya yang berjaya menjadi raja dan mendakwa bumi ini miliknya, maka ia bukti tok neneknya bodoh dibandingkan desngan tok nenek saya.
     
Jika tok neneknya cerdik, tidaklah tok nenek saya dapat hak jadi raja dan hak ketuanan bagi negeri ini.
     
Jika LKY betul, bererti tok neneknya tidak sepintar tok nenek saya. Cuma sekarang saya tidak pasti adakah cucu cicit tok nenek saya lebih pintar dari cucu cicit tok nenek LKY dan Tan, ahli Gerakan yang kena tindakan disiplin itu..


Fikirkan..

KESAN DOSA

  Kesan dosa sangat besar, meliputi kerosakan hati (gelisah, hilang cahaya, sukar ilmu masuk), jauh dari Allah, hilang keberkatan rezeki, t...