Rabu, 31 Ogos 2022

MERDEKA MALAYSIA


Definisi : (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain. Itulah maksud Merdeka  dalam Kamus Dewan. Dalam konteks menyambut Hari Merdeka, maksud bebas daripada penjajahan. Namun, Malaysia sudah merdeka sejak 65 tahun yang lalu. Cukup lama. Umum juga sudah lupa sejarah penjajahan. Oleh itu, inti pati sambutan Merdeka lebih merujuk kepada Merdeka dari bergantung kepada orang lain. 


Saya lahir tahun Malaysia merdeka. Bulan November. Tapi saya rasa bangga kerana lahir pada hari Merdeka. Dapat hidup dengan bebas di persekutuan. 


Kebebasan yang dinikmati patut disyukuri. Umum bebas menyatakan pandangan dan perasaan. Namun, undang-undang masih melingkari kebebasan yang diberi. Jika kita langgar lingkaran kebebasan itu akan timbulkan keresahan dan boleh dipersoalkan. Maka tidak hairan jika dakwaan akan dibuat jika undang-undang dilanggar. 


Merdeka bukan setakat sambutan kibar bendera dan berarak di Dataran Merdeka. Merdeka melangkaui bebas dari lingkaran syaitan kerana bebas dari syaitan menjadikan hidup lebih terpuji.


Maka kehidupan yang aman dinegara kita perlu dijaga dan tidak dipertikaikan kewujudannya. 


MERDEKA MALAYSIA

Khamis, 25 Ogos 2022

MAJLIS PERJUMPAAN (REUNION) MANTAN ALPF








Gambar majlis perjumpaan mantan ALPF di Seri Menanti Resort






Gambar majlis perjumpaan pelajar MM 74 dan guru STAR Gemas di Sayang Resort Melaka

Dalam tahun ini sudah dua kali majlis perjumpaan atau reunion bersama rakan lama diadakan.  Pertama bersama rakan-rakan bekas Ahli Lembaga Penapis Filem, Kementerian Dalam Negeri dn kedua bersama bekas pelajar semasa di sekolah menengah.  

Semasa penganjuran majlis, perkataan 'reunion' sering diginakan bebanding 'majlis perjumpaan'.  Walaupun penggunaan istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu ada padanannya, perkataan dalam bahasa Inggeris kelihatan lebih digemari.  

Baru-Baru ini saya berkesempatan hadiri dua majlis perjumpaan dengan rakan-rakan semasa di sekolah menengah (  tingkatan empat dan lima). Satu lagi majlis bersama rakan-rakan di Lembaga Penapis Filem Putrajaya. Kedua-dua majlis mempunyai pengisian sendiri. Ada yang masukkan aspek agama. Ada solat jemaah, kuliah maghrib dan subuh. Diadakan juga sukaneka. Menarik dan sesuai. Manakala satu kumpulan lagi ada majlis makan malam. Ada karaoke. Ramai yang suka menyanyi. Sebelah siang ada lawatan. Semuanya menarik dan santai. 

Yang lebih menarik ialah bulan September ini satu lagi majlis perjumpaan akan diadakan. Kali ini bersama rakan-rakan semasa belajar di universiti. 

Maknanya selepas tamat pendemik,  keinginan nak bertemu rakan-rakan menjadi-jadi. 











Selasa, 19 Julai 2022

STATUS HADIS TAHUN KELAPARAN KETIKA MUNCULNYA DAJJAL

Hadis berkenaan ketiadaan makanan ketika munculnya Dajjal diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah dalam Sunannya daripada Abu Umamah:

 وَإِنَّ قَبْلَ خُرُوجِ الدَّجَّالِ ثَلَاثَ سَنَوَاتٍ شِدَادٍ يُصِيبُ النَّاسَ فِيهَا جُوعٌ شَدِيدٌ يَأْمُرُ اللَّهُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الْأُولَى أَنْ تَحْبِسَ ثُلُثَ مَطَرِهَا وَيَأْمُرُ الْأَرْضَ فَتَحْبِسُ ثُلُثَ نَبَاتِهَا ثُمَّ يَأْمُرُ السَّمَاءَ فِي الثَّانِيَةِ فَتَحْبِسُ ثُلُثَيْ مَطَرِهَا وَيَأْمُرُ الْأَرْضَ فَتَحْبِسُ ثُلُثَيْ نَبَاتِهَا ثُمَّ يَأْمُرُ اللَّهُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الثَّالِثَةِ فَتَحْبِسُ مَطَرَهَا كُلَّهُ فَلَا تُقْطِرُ قَطْرَةً وَيَأْمُرُ الْأَرْضَ فَتَحْبِسُ نَبَاتَهَا كُلَّهُ فَلَا تُنْبِتُ خَضْرَاءَ فَلَا تَبْقَى ذَاتُ ظِلْفٍ إِلَّا هَلَكَتْ إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ قِيلَ فَمَا يُعِيشُ النَّاسُ فِي ذَلِكَ الزَّمَانِ قَالَ التَّهْلِيلُ وَالتَّكْبِيرُ وَالتَّسْبِيحُ وَالتَّحْمِيدُ وَيُجْرَى ذَلِكَ عَلَيْهِمْ مُجْرَى الطَّعَامِ 

Maksudnya: “Sesungguhnya sebelum keluarnya Dajal terdapat 3 tahun yang sukar. Manusia akan ditimpa dengan kelaparan yang dahsyat. Allah memerintahkan langit pada tahun yang pertama untuk menahan 1/3 dari hujan dan Allah memerintahkan bumi untuk menahan 1/3 dari tumbuh-tumbuhan lalu Allah memerintahkan langit pada tahun yang kedua untuk menahan 2/3 dari air hujan dan menyuruh bumi untuk menahan 2/3 dari tumbuhan.  Kemudian Allah memerintahkan langit pada tahun yang ketiga untuk menahan kesemua air hujan sehingga tiada setitis air hujan dan menyuruh bumi untuk menahan keseluruhan tumbuhan maka tidak ada tumbuhan hijau yang tumbuh. Tidak adalah sesuatu yang memiliki kuku melainkan binasa kecuali mereka yang diinginkan oleh Allah. Lalu ditanya: “Bagaimanakah manusia akan hidup pada waktu itu?” Nabi bersabda: “Dengan tahlil, tasbih, tahmid dan kesemua itu akan menjadi seperti makanan buat mereka.” 

(Riwayat Ibn Majah)

Hadis berkenaan ketiadaan makanan ketika munculnya Dajjal diriwayatkan oleh  Ibn Majah dalam Sunannya daripada Abu Umamah. Riwayat Ibn Majah ini berstatus daif namun ia memiliki riwayat lain yang menjadi penguat sehingga hadis berkenaan suasana kelaparan yang berlaku ketika munculnya Dajjal ini berstatus hasan li ghairihi. Namun harus diingatkan bahawa hadis ini dengan jelas menyebut berkaitan makanan orang beriman ketika itu adalah zikir. Tidak ada seorang pun yang mengetahui bilakah berlakunya kiamat dan tanda-tanda kiamat. 

Umat Islam dianjurkan sentiasa membuat persiapan untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan dalam hidup. Antara anjuran Nabi SAW untuk berhadapan dengan Dajjal ialah dengan membanyakkan membaca dan menghayati 10 ayat awal dan 10 ayat akhir dari surah al-Kahfi. 

Baca keseluruhan artikel di sini

Sumber: Laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE 564: STATUS HADIS TAHUN KELAPARAN KETIKA MUNCULNYA DAJJAL

Isnin, 18 Julai 2022

EKSATOLOGI COVID-19

 APABILA bercakap mengenai COVID-19, ramai yang mengaitkan dengan zaman dan kiamat. Segala macam ayat al-Quran dan Hadis dikaitkan bagi membenarkan teori-teori yang dibina.

Tanpa menafikan sebahagian daripada teori-teori tersebut. Perlulah difahami bahawa ilmu akhir zaman ataqupun dikenali sebagai eskatologi ini mempunyai disiplin tersendiri yang perlu dipatuhi. Akhir zaman juga ada fiqhnya. Jika tidak, teori-teori yang dibina boleh lari daripada landasan ilmu Islam yang sebenar.

Fiqhnya tersangat luas. Namun saya terpanggil untuk berkongsi satu perkara. Daripada buku Ahadith Ashrat As Saah Wa Fiqhuha (Hadis-hadis Tanda Kiamat dan Kefahamannya) karya Dr Muhammad bin Ghaith menggariskan 21 kaedah syarak dalam memahami nas tanda kiamat dan memadankannya dengan realiti semasa. Saya kongsikan kaedah ke-17 yang banyak dilanggar oleh orang ramai pada hari ini.

Kaedah tersebut berbunyi:

“Mengambil kira kronologi tanda-tanda kiamat sebagaimana yang digariskan oleh nas.”

Kaedah ini turut dipetik daripada kitab Maalim wa Manarat fi Tanzili Ahadith al-Fitan wa al-Malahim wa Asyrat As-Saah Ala Al-Waqai’ wa Al-Hawadith oleh Syeikh Abdullah Soleh al-Ujairi.

Menurut penulis, Nabi S.A.W sangat menekankan soal kronologi ini. Banyak Hadis-hadis yang menyebutkan perkara yang akan berlaku sebelum dan selepas. Bahkan Baginda turut menegaskan sesuatu tanda tidak akan berlaku sebelum datangnya tanda yang lain.

Dalilnya;

“Ketika para Sahabat sedang berbual, Nabi menegur apakah yang sedang mereka bualkan itu. Sahabat menjawab mengenai hari kiamat. Lalu Nabi bersabda kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu lihat 10 tanda lalu disebut satu persatu (yang dikategorikan ulamak sebagai tanda besar kiamat).”

[Hadis Riwayat Muslim]

Maka sabda Nabi bahawa kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah perkara tersebut menjadi penekanan bahawa perlunya mengambil kira tertib.

Juga kisah;

“Ketika Kufah dilanda angin merah, seorang lelaki berkata kepada Abdullah bin Mas’ud bahawa kiamat telah tiba. Maka Abdullah menjawab bahawa kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah beberapa tanda berlaku lalu dihitungnya satu persatu.”

[Hadis Riwayat Muslim]

“Abu Tufail juga meriwayatkan bahawa terdapat seseorang berkata Dajal telah muncul ketika beliau di Kufah. Lalu dibawa berjumpa Huzaifah bin Usaid. Ringkasnya, Huzaifah menjawab bahawa jika Dajal keluar pada zaman kamu, nescaya kanak-kanak akan melastiknya. Namun Dajal keluar pada zaman manusia penuh kebencian, lemah agama dan hubungan kekeluargaan rosak.”

[Hadis Riwayat Hakim]

Kemudian penulis mendatangkan beberapa contoh hadis-hadis kronologi tanda akhir zaman. Antaranya mengenai tertib lokasi peperangan dan tertib pembukaan (futuh).

Dalam isu COVID-19, ramai memetik beberapa Hadis mengenai penyakit, namun tanpa mengambil kira Hadis-hadis lain, terus mereka lompat kepada kesimpulan bahawa dunia akan kiamat. Sedangkan masih banyak lagi tanda-tanda lain yang perlu berlaku sebelumnya dan ia memakan masa lebih 50 tahun untuk semuanya berlaku.

Itu tidak lagi masuk bab golongan yang meriwayatkan Hadis-hadis palsu dan membina teori yang bercanggah dengan al-Quran dan Hadis. Semua ini adalah perkara yang tidak boleh dibiarkan.

Mungkin golongan yang berkongsikan ini punya niat yang baik untuk memberi peringatan. Namun perlulah untuk mereka meraikan disiplin ilmu dengan betul. Jika tidak, dibimbangi masyarakat akan terikut dengan membuat penafsiran sesedap hati mengenai nas agama berdasarkan logik akal masing-masing.

Kesimpulannya, penulis memperingatkan bahawa mengambil kira kronologi yang digariskan oleh nas adalah perkara yang dituntut. Sekiranya ada tanda-tanda yang tidak digariskan kronologinya, maka janganlah meyakini secara qat’iy pula kronologi yang dibina sendiri. Ini semua boleh dikira sebagai takalluf fi tafsir (menokok tambah dalam penafsiran) dan berkata-kata tanpa ilmu.

Semoga perkongsian ini membantu kalian memahami ilmu akhir zaman secara lebih berdisiplin.

Sumber:  https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/29/eskatologi-covid-19/

SOLAT DHUHA

Fadilat solat duha: 


*Pertama*

orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. *“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”* (HR. Turmudzi)


*Kedua*

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Alah. *“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”* (HR. Hakim).


*Ketiga*

Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah. *“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah. Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu. Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat. Dan barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di syurga untuknya.”* (HR. At-Thabrani).


*Keempat*

Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha kelak ia akan masuk syurga pada pintu khusus, pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah. *“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, ‘Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”* (HR. At-Thabrani).


*Kelima*

Allah menyukupkan rezekinya. *“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan menyukupimu di akhir harimu.”* (HR. Abu Darda`).


*Keenam*

Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. *“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.”* (HR Muslim).



Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita kerjakan sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat dzuhur.

Alhamdulillah ...siapa pun yg menyampaikan ilmu ini akan mendapat ganjaran dari Allah swt.  InshaAllah



*_SEMANGAT SOLAT DHUHA_*



🍃 Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: *"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."* (HR. Al-Bukhari).



Semoga bermanfaat. Aaminn.


Sumber: Kumpulan WA 

Rabu, 25 Mei 2022

TADABBUR AL-QURAN

Semasa bulan Ramadan, antara amalan soleh yang dituntut ialah membaca al-Quran.  Al-Quran yang diturunkan dalam bulan Ramadan.  Membaca al-Quran suatu ibadah yang mulia dan mempunyai banyak kelebihan.  Namun sekadar membaca tanpa memahami isi dan penghayatan makna belum mencapai matlamat dan tujuan utama al-Quran diturunkan. Membaca al-Quran dituntut untuk ditadabbur dan memahami isinya. Ini adalah tujuan utama Allah menurunkan al-Quran.  Allah berfirman yang maksudnya: "Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang betul dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.  (al-Isra’ 17;9)

Tadabbur bermaksud melihat akibat atau kesan daripada sesuatu perkara atau perbuatan yang dilakukan. Tadabbur adalah pemerhatian, penelitian, renungan serta pengkajian yang dilakukan terhadap makna al-Quran. Proses ini berlaku melalui penelitian, renungan dan berfikir terhadap hakikat sesuatu atau sebahagiannya memerhatikan perkara disebaliknya

Menurut al-Qardhawi, tadabbur adalah memikirkan di sebalik sesuatu perkara yakni akibatnya. Tadabbur hampir dengan makna tafakkur. Namun makna tafakkur adalah menggerakkan hati atau memikirkan dalil. Manakala tadabbur menggerakkan fikiran tentang akibatnya. Selain itu, makna tadabbur menurut al-Zuhaili adalah merenungkan makna-maknanya dan meneliti kandungannya.  

"Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayat-Nya, dan untuk orang- orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar."  (Saad 38:29)

Al-Quran mampu membentuk jati diri yang teguh, menjadikan manusia terdidik dengan akhlak dan budi pekerti tinggi, rajin berusaha dan berilmu tinggi. Kefahaman terhadap al-Quran merupakan suatu anugerah daripada Allah swt. Ia dianugerahkan kepada mereka yang sungguh-sungguh mempelajari isi kandungan al-Quran. Namun pengamalan membaca al-Quran beserta tadabbur amat kurang dititikberatkan pada masyarakat kini. 

Kelemahan umat Islam ialah tidak memahami isi kandungan al-Quran.  Mereka membaca secara tartil dan bertajwid, namun kandungannya tidak diberikan perhatian.  Di dalam al-Quran mengandungi pelbagai khazanah kehidupan yang diturunkan oleh Allah ke pada Nabi Muhammmad s.a.w.  Oleh itu membaca tanpa tadabur bererti membaca tanpa matlamat khusus ke arah memahami kandungannya.

ANCAMAN KELAPARAN GLOBAL

Masalah kelaparan semakin kritikal kini.  Isu dunia akan alami situasi kebuluran sesuatu yang sukar dielakkan.  Ada beberapa sebab isu ini muncul di tengah kegawatan duna dengan pelbagai bencana.  

3 'C' sebab utama mengakibatkan krisis ini. 'Crisis Ukraine Rusia'. Rusia adalah pengeluar utama makanan gandum, baja dan produk pertanaian utama.  'Climate Change' yang melanda dunia.  Kepanansa gobal mengganggu perkembangan pengeluaran hasil pertanian.  'Covid 19' juga penyebab mulanya krisis makanan global.  Rantaian pembekalan makanan terganggu.    

Akibat perang Rusia Unraine, banyak masalah kehidupan semakin muncul secara global.  Perang bukan hanya menuntut kehilangan nyawa di medan parang.  Kesan global kini merangkumi kelaparan.  Pertanian yang tidak dapat dilakukan menjadikan produk makanan tidak dapat disediakan.  Ukraine antara pengeluar utama gandum dunia terjejas teruk. India yang juga pengeluar gandum utama telah menghentikan eksport gandum.  Hal ini menambahkan lagi kekusutan dalam industri gandum.  

Kini Malaysia mengalami tempias akibat kukurangan bahan makanan.  Produk tepung semakin sukar diperoleh.  Harga produk pertanian dan penternakan.   

Amaran dari Ketua Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata, semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bersetuju dunia akan menghadapi krisis kelaparan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.  Ancaman ini akan menjadi malapetaka yang tak terjangkau oleh akal selama ini.

Allah sering memberi amaran akan bencana yang boleh berlaku akibat kecuaian manusia mengurus kehidupan.  Rakus dalam menguasai kuasa di dunia tanpa mengenal belas kasihan.  Balasan yang Allah tunjukkan kini akan menjadikan kehidupan semakin sukar.  Manusia semakin tidak menghiraukan balasan yang bakal diterima.  Yang penting ialah kekal berkuasa dan menambah kuasa yang ada.


KESAN DOSA

  Kesan dosa sangat besar, meliputi kerosakan hati (gelisah, hilang cahaya, sukar ilmu masuk), jauh dari Allah, hilang keberkatan rezeki, t...