Sabtu, 23 Mac 2024

SAKSI ATAS DIRI SENDIRI

 


  1. Dalam bukunya, 59 Kaedah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan, Dr. Umar Abdullah al-Muqbil (2012)  menghuraikan kaedah keempat.  Beliau menyatakan ayat  ini merupakan salah satu kaedah utama cara  berinteraksi dengan jiwa.  Sementara itu, ayat ini juga merupakan cara yang baik agar jiwa selalu bersih dari pengaruh dosa.   
  2. Dalam  ayat lain dengan nada yang sama, Allah telah bersumpah sebanyak sebelas kali dalam surah Asy-Syams, "Sungguh beruntung orang yang membersihkan jiwanya." (Asy-Syams: 9)
  3. Walaupun manusia berupaya mengingkari perbuatan serta ucapannya yang salah serta mengemukakan beragam alasan untuk membenarkannya maka sebenarnya dirinyalah yang paling mengetahui apa sebenarnya sedang terjadi. Tidak ada yang paling mengetahui kecuali dirinya sendiri, walaupun ia berupaya sekuat tenaga menyembunyikan dari pandangan dan pendengaran manusia.
  4. Bidang-bidang yang memungkinkan kaidah Al-Qur'an ini diterapkan, antara lain, saat berinteraksi dengan diri sendiri.  Sebagian orang ada yang memiliki hobi mencari-cari kesalahan, cela, dan aib orang lain, dan dalam waktu bersamaan ia lalai memerhatikan kesalahan dan aibnya sendirt. Imam Qatadah i berkata ketika menafsirkan ayat ini, "Ada orang yang sibuk melihat cela dan kekurangan orang lain, tapi la lalai menghitung dosa-dosanya." 
  5. Tentu, tak disangsikan lagi bahwa hal ini merupakan indikasi kehinaan dan kebodohan, seperti yang diungkapkan oleh Bakar bin Abdullah Al-Muzani, bahwa jika Anda melihat seseorang sibuk memerhatikan kekurangan dan cela orang lain, dan lupa dengan kekurangannya, maka ketahuilah ia telah tertipu dan terperdaya.
  6. Imam Asy-Syafi'i berkata, "Sebuah berita sampai kepadaku bahwa Abdul Malik bin Marwan pernah berkata kepada Hajjaj bin Yusuf, Setiap orang pasti mengetahui kekurangan dan aibnya sendiri, karena itu celalah dirimu sendiri, jangan sembunyikan sedikit pun darinya.'* 
  7. Salah seorang ulama salaf juga berkata, "Sikap jujur yang indah adalah Anda mengakui kesalahan-kesalahan diri Anda sendiri di hadapan Allah."

MENDAPAT SYAFAAT DARIPADA PUASA & AL-QURAN

Daripada Abdullah bin Amru RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Puasa dan al-Quran akan memberikan syafaat kepada hamba (orang yang berpuasa dan yang sentiasa membaca al-Quran) di hari kiamat nanti.  Puasa akan berkata: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku telah menahan hamba-Mu ini daripada makan, minum dan perkara syahwat pada waktu siang, maka terimalah syafaatku kepadanya."Manakala al-Quran pula akan berkata: "Wahai Tuhan Sesungguhnya aku telah menahan hamba-Mu ini daripada tidur di malam hari, maka terimalah syafaatku kepadanya." Baginda bersabda: "Maka Allah pun menerima kedua-dua syafaat tersebut."

(Riwayat Ahmad, Musnad al-Mukaththirin Mina ash-Shohabah,  'Abdullah bin 'Amru bin al-'Ash RA, no. 6337, berkata Ahmad Syakir: Isnadnya Sahih, dinaqalkan Ibn Kathir dalam Fadhail al-Quran (m/s: 93) berkenaan status ini dalam Jam'u al-Zawaid (3/181), no. 18543, dengan mengatakan: "Diriwayatkan Ahmad, at-Tabrani dalam al-Kabir, perawi at-Tabrani adalah sahih, diriwayatkan al-Hakim dalam al-Mustadrak (1/554), no. 2080, daripada jalan Ibn Wahab daripada Yahya bin 'Abdullah dengan sanad ini, dengan katanya: Sahih mengikut syarat Muslim dan tidak dikeluarkan oleh as-Syaikhain dan dipersetujui oleh az-Zahabi)

RAMADAN BULAN KETAATAN

Daripada Abu Hurairah RA, beliau

berkata, Rasulullah bersabda:


"Apabila tiba malam pertama bulan Ramadan, syaitan-syaitan dan jin-jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintunya yang terbuka. Pintu-pintu syurga dibuka, tidak ada satupun pintunya yang tertutup. Lalu seorang penyeru menyeru:


"Wahai yang mengharapkan kebaikan, bersegeralah (kepada ketaatan). Wahai yang mengharapkan keburukan, berhentilah (daripada melakukan keburukan). Allah SWT akan membebaskan hamba-hamba-Nya daripada api neraka dan perkara tersebut berlaku pada setiap malam (di bulan Ramadan)."


(Riwayat Ibnu Majah, Kitab ash-Shiyam, Bab Ma JaĆ” Fi Fadhli Syahru Ramadhana, no. 1642, berkata al-Arnaut: Hadith sahih dan sanadnya hasan)

Ahad, 17 Disember 2023

TIDAK MELUPAKAN KEBAIKAN


KAEDAH KETIGA:

  1. Menekankan muamalah dalam kehidupan.  Interaksi dengan orang lain.  Kita diajar tidak melupakan kebaikan orang.
  2. Keseluruhan ayat itu menerangkan perihal suami isteri yang bercerai. Kebiasaannya, suami isteri bercerai seakan tidak ada kebaikan antara mereka.
  3. Ayat ini juga berkaitan tentang hukum talak.  Jika lelaki mentalak isterinya sebelum menyentuhnya,  
  4. Jangan lupakan kebaikan mereka selama ini.  Hendaklah memaafkan bila melihat kebaikan pasangan. Jika sesudah bercerai, jangan membuka aib pasangan.
  5. Setiap perjalanan rumah tangga tentu ada sudut kebaikannnya.
  6. Kaedah mengingati kebaikan masa lalu ini boleh diterapkan dalam kehidupan . Nabi Musa diingatkan kebaikan saudara perempuan Musa semasa dialirkan ke dalam sungai.
  7. Nabi diusir ke Taif untuk berdakwah. Bila balik ke Mekah perlu ada jaminan. Tiba di Mekah, Mutaim bin Adi seorang musyrik arahkan anaknya menjamin Nabi. Dengan itu Quraish lain tidak berani mengganggu Nabi. Mutaim meninggal dalam musyrik.
  8. Bertahun kemudian, dalam perang Badar ada tawanan perang. Sabda Nabi jika ada Mutaim dan  minta tawanan dibebaskan pasti Nabi akan bebaskannya.  Nabi ingat kebaikan Mutaim semasa di Mekah.
  9. Rasulullah berbuat baik dengan dengan beri daging kepada sahabat Khadijah walaupun ia telah meninggal dunia.
  10. Mendoakan  kepada orang lain juga merupakan kebaikan.
  11. Orang yang buat kebaikan doakan, Jazakallahu khairan. Ertinya, Semoga Allah membalas dengan  kebaikan. Maksud hadis, ucapan itu; Sungguh ia telah sampaikan pujian yang baik.. Jawablah, wajaza kallahu khairan.
  12. Doa Rasullullah, Allahumma fakihu fiddin. Semoga Allah berikan fakih dalam agama. Rasulullah mendoakan Ibn Abbas apabila tahu ia menyediakan air bersih  untuk Rasulullah wuduk. 
  13. Antara orang yang perlu kita balas kebaikannya ialah;
    • Rasulullah,  yang banyak kebaikannya kepada umat. Petunjuk Nabi perlu dibalas dengan selawat ke atas Nabi. Berdoa kepada Allah angkat darjatnya, tinggikan namanya. 
    • Para sahabat dan mereka yang mengikutinya. Mereka sentiasa berjuang dalam dakwah Islam. Catat hadis Nabi, angkat sunnah Nabi. Antaranya, Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan para sahabat utama yang lain yang berjuang untuk Islam zaman awal Islam. 
    • Ibu bapa. Berbakti kepada keduanya. Sering berhubung kepadanya. Dosa besar jika derhaka kepada mereka. 
    • Suami isteri. Rasulullah kata besarnya hak suami hingga minta isteri sujud kepada suami. Kebaikan isteri juga diambil kira.
    • Guru.  Yang mengajarkan kita solat dan ilmu agama hingga kukuh amal ibadat kita. 


Rumusan: Perlu berbuat baik kepada mereka yang telah berbuat baik kepada kita.


Rujukan


Umar Bin Abdullah Al-Muqbil (2015) "50 Kaidah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan", Jakarta: Pustaka Al-Kautsar

Ahad, 10 Disember 2023

BENCI TAPI BAIK, SUKA TAPI BURUK BAGI KAMU


KAEDAH KEDUA

 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)
  1. Ayat  ini merupakan salah satu kaedah Al-Qur'an yang berpengaruh mendalam dalam kehidupan.   
  2. Bagi yang memahami dan mencermati kandungan ayat ini, menjadikannya sebagai bimbingan dan petunjuk. 
  3. Kaedah ini juga berkaitan  iman kepada takdir.
  4. Pada awal ayat itu berbicara tentang konteks kewajiban perang di jalan Allah.
  5. Kaedah  ini disebutkan dalam bentuk umum, lalu firman Allah  dalam surat An-Nisaa' ayat 19 menafsirkannya tentang  suami yang menceraikan isterinya. 
  6. Allah berfirman "Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka maka bersabarlah kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (An-Nisaa: 19)
  7. Maksud "Padanya kebaikan yang banyak" merupakan tafsir dan penjelasan dari lafaz kebaikan yang disebutkan sebelumnya dalam surah Al-Baqarah ayat 216 iaitu ayat pertama yang telah disebutkan di bahagian depan pembahasan ini. 
  8. Kadang-kadang  manusia perlu menjalani ketentuan atau ketetapan yang  pada pandangan mata terlihat pedih dan menyakitkan, jiwanya ikut membenci, mengaduh, sedih dan kacau. 
  9. Yang dialaminya merupakan takdir buruk dari Allah kepada dirinya dan kehidupannya. 
  10. Namun tanpa diketahuinya, takdir mungkin  dikemudian hari menjadi kebaikan yang banyak bahkan berlipat kali ganda.
  11. Semua  itu terjadi secara alamiah tanpa disedari dan diketahui.

Sumber:

Umar Bin Abdullah Al-Muqbil (2015) "50 Kaidah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan", Jakarta: Pustaka Al-Kautsar

Sabtu, 18 November 2023

DERITA PALESTIN

 Sejak tragedi serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Ogos, setiap hari kita disajikan dengan berita dan maklumat yang mengerikan. Ngeri dan simpati mendalam atas kekejaman rejim Israel terhadap orang awam Palestin. Gambar dengan berita kematian bayi dan orang awam yang tak berdosa.

Masyarakat dunia sepakat mengutuk dasar pembunuhan beramai-ramai penduduk Gaza. Namun tindakan tidak bertamadun ini disokong oleh Amerika Syarikat serta negara Eropah lain yang sokong Israel.

Hingga hari ini, Amerika Syarikat masih tidak menyokong usaha gencatan senjata. Mereka masih tidak ada perasaan belas terhadap kematian manusia tidak berdosa. Sokongan kepada Israel seakan menyokong dasar pembunuhan tanpa belas kasihan.

Desakan seluruh dunia tidak dipedulikan. Bom terus meledak di Gaza. Kematian terus meningkat. Bantuan kemahusiaan dikawal dan disekat. Hospital dan doktor syahid ketika bertugas. 

Doa qunut nazilah terus diaminkan. Semoga Allah berikan ketabahan kepada penduduk Palestin dalam menghadapi kezaliman Israel.

KESAN DOSA

  Kesan dosa sangat besar, meliputi kerosakan hati (gelisah, hilang cahaya, sukar ilmu masuk), jauh dari Allah, hilang keberkatan rezeki, t...