Selesai towar - لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ
- Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.
- Sesampai di Makkah, kami berehat sebentar menunggu jam 11 malam. Dalam kumpulan mutawif bawa kami tawaf keliling Kaabah. Walaupun telah tiga kali tunaikan umrah, namun bila memandang Kaabah, hati merasa sayu melihat kebesaran Allah dapat menyatukan umat Islam menghalakan.
Bersedia untuk tawaf Apabila selesai tawaf dan mengerjakan solat sunat tawaf serta diikuti dengan doan menghadap multazam. Doa yang dibaca serta difahamo maknanya mampu meruntun perasaan dan dengan tidak disedari airmata penyesalan terhadap dosa yang telah dilakukan. Semua manusia lakukan dosa. Maka dengan memohon ampunan Allah di hadapan Kaabah ammpiu beri kesan yang mendalam.setelah bercukur Bila tidak terdaya nak berjalan, boleh sewa skuter semasa bersai.
Virus Cover-19 di Makkah. kami dikejutkan dengan berita penutupan kota Makkah dan Madinah untuk jemaah umrah. Tersebar berita jemaah dari Malaysia dan beberapa negara lain tidak dibenarkan masuk ke kota suci tersebut. Ada yang diminta berpatah balik ke Malaysia.
Ziarah Jabal Thur Makkah
Digerbang masjid Abdullah bi Abbas di Taif
Pasar buah di Taif Pasar buah Taif Nak rasa jagung bakar Taif Hidangan nasi Arab Taif
Kilang minyak wangi ros Mohon doa di masjid Abdullah Abbas Taif
Gerbag masuk masjid Abdullah bin Abbas di Taif
Selasa, 17 Mac 2020
TALBIAH, MASJIDIL HARAM DAN COVID-19
27.2.2019 kami mula bertolak ke Makkah untuk tunaikan umrah. Jadi sejak awal pagi kami sudah sedia dengan pakaian ihram. Lepas ni nak bermiqat di Masjid Bir Ali. Perjanlanan dengan bas dari Madinah sekitar 20 minit. Selepas berniat ihram dalam bas maka kami pun mula bertalbiah.
MASJID NABAWI DAN SUCIKAN JIWA
Pada 22.2.2019 yang lalu selama 10 hari 12 malam saya dan isteri melakukan umrah melalui Andalusia. Bersama saya ialah kakak, adik lelaki, serta tiga anak buah. Alhamdulillah penerbangan sewa khas terus Airbus 380 Amal MAS ke Madinah lancar. Pada awalnya saya beranggapan tidak ramai yang tunai umrah jika bukan musim cuti sekolah. Anggapan saya salah apabila penerbangan sewa khas 487 tempat duduk penuh dengan jemaah umrah yang dengan semangat untuk menjejaki tanah haram Madinah. Tidak sabar untuk ziarah makam Rasullullah di Masjid Nabawi.
Sampai di Lapamngan terbang Madinah, saya terpaku apabila melihat ramai petugas kaunter terdiri dari pekerja perempuan. Walaupun mereka berjilbab namun keanehan wujud sebab selama ini pekerja perempuan memang tidak ada di sini. Inilah perubahan yang dilakukan Putera Salman dalam rangka pembeharuannyanya.
Ketenangan di Masjid Nabawi |
Mutawif membawa kumpulan jemaah lelaki berziarah ke masjid Nabi. Mulanya singgah di seberang jalan Saqifah bani Saadah. Di sinilah tempat para sahabat bermesyuarat untuk memilih pangganti Rasullullah yang baru wafat. Dengan kesepakatan sahabat, pelantikan Abu Bakar untumenggantikan Rasullullah di Saqifah di buat dalam masa yang singkat. Para sahabat dari Ansar dan Muhajirin memberikan baiah.
Namun satu perkara yang menyedihkan ialah kami tidak berpeluang untuk memasuki kawasan Saqifah disebabkan projek pembesaran kawasan masajid Nabawi sedang berjalan. Saqifah Bani Saadah hanya tinggal kawasan yang kecil akibat pembangunan tersebut. Hati makin sayu apabila peninggalan sejarah yang lain seperti pasar Nabi juga telah tinggal sejarah akibat perubahan tersebut.
Usaha memasuki Raudah. Hampir sejam penuh sabar |
Terlalu hampi untuk masuki Raudah. |
Ziarah makam Rasullullah s.a.w , Abu Bakar dan Umar r.a |
“Sejahtera atasmu wahai Rasulullah. Sejahtera atasmu wahai Nabi Allah. Sejahtera atasmu wahai insan pilihan Allah. Sejahtera atasmu wahai insan pilihan Tuhan seluruh alam. Semoga Allah memberi balasan kepadamu bagi pihak kami wahai Rasulullah, sebaik-baik balasan yang Allah berikan kepada Nabi dan Rasul bagi pihak umatnya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa engkau adalah hamba-Nya dan Rasul dari kalangan makhluk-Nya. Aku bersaksi juga bahawa engkau telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, menasihati ummah dan berjihad untuk Allah sebenar-benar jihad.”
Ziarah Uhud |
Masjid Quba |
Masjid Khandak |
Jumaat, 13 Mac 2020
OSLO, NORWAY
Hari ke-11. Oslo adalah destinasi akhir dalam eksplorasi Scandinavia kami. Selepas meninggalkan Lofoten dengan kenangan menarik muka bumi dan persekitaran lain, kami menaiki pesawat ringan ATR dari Leknes ke Bodo untuk transit selama lebih 2 jam. Kemudian kami menaiki pesawat lain ke Oslo untuk pernerbangan selama 2 jam. Dalam rangka awal, kami sepatutnya menaiki feri dari Lofoten ke Bodo. Tapi disebabkan pengurusan feri mengubah jadual pelayaran maka hasrat itu di ketepikan.
Sampai di Oslo kami menaiki kereta api ke Oslo Central Station. Hotel penginapan kami lebih kurang 200 meter dari stesen. Semalaman kami menginap diHotel Comfort Express. Pada sebelah malam adalah pesta menyambut tahun baru 2010 di Oslo. Hanya terdengan bunyi dentuman buna api. Akibat keletihan, kami tidak mampu untuk keluar dari hotel untuk melihat warna warni warga Oslo sambut tahun baru.
Awal pagi kami terus melawat sekitar bandaraya Oslo. Antaranya kami sempat melewati tasek indah dengan latar belakang bandaraya Oslo. Terlihat Opera House, kawasan art street, kem tentera yang lama, dewan bandaraya, istana negara, dan parlimen Norway. Yang menarik di sini ialah mereka begitu menghargai warisan negara apabila melihat bangunan parlimen yang bersifat klasik tetapi mash digunakan. Begitu juga bangunan lain yang dijaga dan menjadi daya tarikan pelancong.
Setelah melawat kami telah bersedia untuk ke lapangan terbang Oslo. Untuk itu kami perlu menaiki tren selama 45 minit. Pesawat Qatar Airway membawa kami meninggalkan Oslo menandakan tamatnya eksplorasi Scandinavia 2019/2020. Pengalaman diperoleh dengan mengagumi kebesaran Allah yang menjadikan semua yang terbentang di alam ini. ALHAMDULLAH
Dari Bodo ke Oslo |
Stickman |
Parllimen Norway yang klasik |
Kawasan artistik |
Sekitar bandar Oslo |
Gambar dengan gaya |
Di perkarangan hotel di Oslo |
Bersiar-siar |
Zaharah di depan Zara |
jaket Norway |
Norway dengan kapal layar pelaut |
Skulptur kehidupan |
Depan istana negara. Norway masih ada raja |
Bunga hiasan bandar |
Oslo Central Station yang sentiasa sibuk |
LT Oslo nak ke Doha-KLIA |
Remang senja Oslo menerusi jendela Qatar Airways |
Langgan:
Catatan (Atom)
Khusyuk dalam Solat: Keutamaan dalam Ibadah Seorang Mukmin
Khusyuk dalam solat merupakan elemen terpenting yanmenentukan kualiti ibadah seorang Muslim. Khusyuk membawa makna tumpuan sepenuhnya kepada...
-
Murid-murid sedang menjawab soalan peperiksaan. Dalam benak mereka ialah menjawab untuk lulus peperiksaan. Ada yang matlamatnya ialah ...
-
(Artikel untuk penerbitan Kompilasi Buku Kementerian Dalam Negeri 2018) ANALISIS DIALOG DALAM FILEM MELAYU Yahya Othman [1...
-
Dr Yahya Othman Pengenalan Mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif teru...