Khamis, 20 Januari 2022

USIA TUA YANG MERUGIKAN

Bila usia bertambah, selalunya kita akan memikirkan rancangan masa depan.  Tapi ada juga yang membiarkan pertambahan umur berlalu begitu saja.  Umur yang bertambah dengan rahmat Allah dianggap berlaku secara semula jadi.  maksudnya, 'memang setiap tahun umur akan akan bertambah.'

Inilah situasi yang menunjukkan manusia sering lalai dengan nikmat Allah. Nikmat umur yang dianugerahkan tidak diberikan haknya.  Semakin meningkat umurnya semakin lupa dengan nikmat Allah. Oleh itu, manusia sering diberi peringatan oleh Allah melalui ayat al-Quran bahawa setelah dilahirkan manusia akan melalui fasa kehidupan yang semakin tua.  Apabila tua tubuh akan menjadi lemah.  Rambut menjadi putih.  Akhirnya manusia akan dicabut nyawanya.  Matilahlah ia dan masuk ke alam barzah dan akhirat. 

Al-Quran sendiri menyatakan dengan jelas seperti firman Allah SWT yang bermaksud;  "Kemudian kamu dilahirkan sebagai bayi, kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa, kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga menjadi dewasa kemudian tua, (dalam pada itu) ada antara kamu yang dimatikan sebelum itu. " (Ghafir: 67)

Umur tua pasti tiba.  Namun ramai yang tidak bersedia dengan kehadiran umur tersebut.  Jadilah situasi tidak dapat menggunakan masa tua dengan baik.  

Apabila umur meningkat 40 tahun, banyak perkara yang boleh diperhatikan. Al-Quran jelas menyebutkan peringkat umur ini: "Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai." (Al-Ahqaf: 15). 

Nabi SAW bersabda "Seorang hamba Muslim apabila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya)." (HR Ahmad).  

Masalahnya ialah jahil ilmu agama ketika tua. Keadaan ini amat merugikan. Berusahalah mendekatkan diri dengan agama walaupun dalam kekalutan menguruskan keluarga, mengumpul harta dan membesarkan anak ketika muda.

Selasa, 4 Januari 2022

IKHLAS DALAM IBADAT

Ikhlas dituntut dalam beribadat. Tanpa ikhlas semua amal akan sia-sia. Kata ikhlas Dalam kuliah subuh hujung minggu lalu, Ustaz Ibrahim seorang ustaz yang buta, menyampaikan tazkirahnya tentang ikhlas. Walaupun dia buta, saya suka ikuti tazkirahnya. Yang hebatnya, pendengar semuanya boleh mendengar. Agak tercabar bila bila mendengar nasihat dari orang yang ada kekurangan dari yang mendengar.

Kupasan ustaz Ibrahim banyak merujuk ilmu tasawuf. Dia juga merujuk kitab Imam Ghazali.

Di samping itu, saya catatkan ringkasan tentang ciri ikhlas oleh Ustaz Khald basalamah. Apakah ciri orang beribadat untuk Allah? 

1. Kenali dengan membaca fadilat ikhlas. Allah tidak akan menerima amalan yang tidak ikhlas kepada Allah.

2.  Rahsiakan ibadah kecuali ibadat khusus seperti solat malam, sedekah, haji umrah kecuali solat Jumaat, solat jemaah di masjid.   Hadis imam Muslim maksudnya , Allah sangat cinta hamba yang sangat takwa, orang kaya yang suka bersedekah, dan suka merahsiakan ibadahnya. 

3.  Merendah diri, tawaduk dengan  anggap diri kurang dari orang lain.  

4.  Kawal lisan.  Jangan cerita tentang ibadah kepada orang lain walaupun kepada anak-anak kerana boleh wujud riyak. 

Rujuk: Ustaz Khalid Basalamah; Kiat-kiat ikhlas dalam beribadat.  https://www.youtube.com/watch?v=ieF2Tl7Zv1w

TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...