Ahad, 17 Disember 2023

TIDAK MELUPAKAN KEBAIKAN


KAEDAH KETIGA:

  1. Menekankan muamalah dalam kehidupan.  Interaksi dengan orang lain.  Kita diajar tidak melupakan kebaikan orang.
  2. Keseluruhan ayat itu menerangkan perihal suami isteri yang bercerai. Kebiasaannya, suami isteri bercerai seakan tidak ada kebaikan antara mereka.
  3. Ayat ini juga berkaitan tentang hukum talak.  Jika lelaki mentalak isterinya sebelum menyentuhnya,  
  4. Jangan lupakan kebaikan mereka selama ini.  Hendaklah memaafkan bila melihat kebaikan pasangan. Jika sesudah bercerai, jangan membuka aib pasangan.
  5. Setiap perjalanan rumah tangga tentu ada sudut kebaikannnya.
  6. Kaedah mengingati kebaikan masa lalu ini boleh diterapkan dalam kehidupan . Nabi Musa diingatkan kebaikan saudara perempuan Musa semasa dialirkan ke dalam sungai.
  7. Nabi diusir ke Taif untuk berdakwah. Bila balik ke Mekah perlu ada jaminan. Tiba di Mekah, Mutaim bin Adi seorang musyrik arahkan anaknya menjamin Nabi. Dengan itu Quraish lain tidak berani mengganggu Nabi. Mutaim meninggal dalam musyrik.
  8. Bertahun kemudian, dalam perang Badar ada tawanan perang. Sabda Nabi jika ada Mutaim dan  minta tawanan dibebaskan pasti Nabi akan bebaskannya.  Nabi ingat kebaikan Mutaim semasa di Mekah.
  9. Rasulullah berbuat baik dengan dengan beri daging kepada sahabat Khadijah walaupun ia telah meninggal dunia.
  10. Mendoakan  kepada orang lain juga merupakan kebaikan.
  11. Orang yang buat kebaikan doakan, Jazakallahu khairan. Ertinya, Semoga Allah membalas dengan  kebaikan. Maksud hadis, ucapan itu; Sungguh ia telah sampaikan pujian yang baik.. Jawablah, wajaza kallahu khairan.
  12. Doa Rasullullah, Allahumma fakihu fiddin. Semoga Allah berikan fakih dalam agama. Rasulullah mendoakan Ibn Abbas apabila tahu ia menyediakan air bersih  untuk Rasulullah wuduk. 
  13. Antara orang yang perlu kita balas kebaikannya ialah;
    • Rasulullah,  yang banyak kebaikannya kepada umat. Petunjuk Nabi perlu dibalas dengan selawat ke atas Nabi. Berdoa kepada Allah angkat darjatnya, tinggikan namanya. 
    • Para sahabat dan mereka yang mengikutinya. Mereka sentiasa berjuang dalam dakwah Islam. Catat hadis Nabi, angkat sunnah Nabi. Antaranya, Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan para sahabat utama yang lain yang berjuang untuk Islam zaman awal Islam. 
    • Ibu bapa. Berbakti kepada keduanya. Sering berhubung kepadanya. Dosa besar jika derhaka kepada mereka. 
    • Suami isteri. Rasulullah kata besarnya hak suami hingga minta isteri sujud kepada suami. Kebaikan isteri juga diambil kira.
    • Guru.  Yang mengajarkan kita solat dan ilmu agama hingga kukuh amal ibadat kita. 


Rumusan: Perlu berbuat baik kepada mereka yang telah berbuat baik kepada kita.


Rujukan


Umar Bin Abdullah Al-Muqbil (2015) "50 Kaidah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan", Jakarta: Pustaka Al-Kautsar

Ahad, 10 Disember 2023

BENCI TAPI BAIK, SUKA TAPI BURUK BAGI KAMU


KAEDAH KEDUA

 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)
  1. Ayat  ini merupakan salah satu kaedah Al-Qur'an yang berpengaruh mendalam dalam kehidupan.   
  2. Bagi yang memahami dan mencermati kandungan ayat ini, menjadikannya sebagai bimbingan dan petunjuk. 
  3. Kaedah ini juga berkaitan  iman kepada takdir.
  4. Pada awal ayat itu berbicara tentang konteks kewajiban perang di jalan Allah.
  5. Kaedah  ini disebutkan dalam bentuk umum, lalu firman Allah  dalam surat An-Nisaa' ayat 19 menafsirkannya tentang  suami yang menceraikan isterinya. 
  6. Allah berfirman "Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka maka bersabarlah kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (An-Nisaa: 19)
  7. Maksud "Padanya kebaikan yang banyak" merupakan tafsir dan penjelasan dari lafaz kebaikan yang disebutkan sebelumnya dalam surah Al-Baqarah ayat 216 iaitu ayat pertama yang telah disebutkan di bahagian depan pembahasan ini. 
  8. Kadang-kadang  manusia perlu menjalani ketentuan atau ketetapan yang  pada pandangan mata terlihat pedih dan menyakitkan, jiwanya ikut membenci, mengaduh, sedih dan kacau. 
  9. Yang dialaminya merupakan takdir buruk dari Allah kepada dirinya dan kehidupannya. 
  10. Namun tanpa diketahuinya, takdir mungkin  dikemudian hari menjadi kebaikan yang banyak bahkan berlipat kali ganda.
  11. Semua  itu terjadi secara alamiah tanpa disedari dan diketahui.

Sumber:

Umar Bin Abdullah Al-Muqbil (2015) "50 Kaidah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan", Jakarta: Pustaka Al-Kautsar

TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...