Thursday, July 18, 2019

TAUBAT YANG DITERIMA ALLAH

Perintah Allah SWT kepada kita supaya bertaubat:
وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnyadan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Surah al-Nur (31)
Ibn Kathir berkata: Lakukanlah apa yang aku perintahkan kamu dengannya, dan semua sifat-sifat yang mulia dan akhlak yang terpuji. Pada saat yang sama, tinggalkanlah perangai ahli jahiliyyah dan sifat buruk mereka. Ini kerana kejayaan dan kemenangan yang sebenar dengan melaksanakan perintah Allah dan Rasul serta meninggalkan larangan-Nya. (Lihat Tafsir al-Quran al-'Azim, 6/50)
 Abu al-Laith al-Samarqandi dalam kitabnya Tanbih al-Ghafilin menyatakan bahawa sebahagian hukama’ menyebut: Taubat seseorang dapat diketahui pada empat perkara:
  • Jika dia sudah dapat mengawal lidahnya daripada berkata dusta, ghibah dan kata-kata yang tidak penting baginya.
  • Jika sudah tidak ada rasa hasad, dengki, iri hati terhadap semua manusia.
  • Jika telah menjauhi rakan taulan yang jahat.
  • Sentiasa bersiap sedia menghadapi mati dan selalu beristighfar menyesali dosa-dosanya yang lalu serta bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah kepada Tuhannya. (Lihat Tanbih al-Ghafilin bi Ahadith Sayyid al-Anbiya' wa al-Mursalin, hlm. 109)
Sebahagian ahli hikmah telah ditanya: “Adakah ada tanda bahawa taubat seseorang itu telah diterima?” Mereka menjawab: “Ya, empat tanda taubatnya diterima, iaitu:
  • Memutuskan hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik dan bergaul dengan orang-orang yang soleh.
  • Menghentikan semua jenis maksiat dan rajin melakukan ibadat.
  • Hilang rasa bersenang-senangan dengan dunia daripada hatinya, dan selalu mengingati kesusahan hari akhirat.
  • Percaya dan yakin dengan jaminan Allah SWT dalam soal rezeki, lalu dia menyibukkan dirinya dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT. (Lihat Tanbih al-Ghafilin110)
Justeru, mereka menyebut apabila terdapat semua sifat tersebut, maka termasuklah dia dari kalangan mereka yang disebut oleh Allah SWT:
إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Maksudnya“SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”
Surah al-Baqarah (222)
Atha', Muqatil bin Sulaiman dan al-Kalbi mentafsirkan ayat ini bahawa Allah suka kepada mereka yang sentiasa bertaubat dari dosa dan suka mensucikan diri dengan air daripada sebarang hadas dan najis. (Lihat Ma'alim al-Tanzil, 1/259)
Sebagai kesimpulan, bukanlah bermakna seseorang yang telah mempunyai tanda-tanda taubatnya diterima Allah itu supaya berhenti memohon taubat. Malah sejelas-jelas tanda seseorang itu insaf akan dirinya adalah dia sentiasa istiqamah dan berterusan dalam memohon taubat kepada Allah SWT sepanjang hayatnya sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi SAW sendiri yang diriwayatkan beristighfar dalam sehari sebanyak 100 kali.
Ini sebagaimana yang disebutkan oleh Baginda SAW dalam hadith yang diriwayatkan daripada al-Aghar al-Muzani:
إِنَّهُ لَيُغَانُ عَلَى قَلْبِى وَإِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ فِى الْيَوْمِ مِائَةَ مَرَّةٍ
MaksudnyaSesungguhnya dilitupi pada hatiku (dengan kelalaian daripada berzikir) dan aku memohon ampun kepada Allah SWT, sehari seratus kali.
Riwayat Muslim (7033) dan Abu Daud (1517)
Sumber: 

TANDA ALLAH SWT MENERIMA TAUBAT SESEORANG, http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/3269-al-afkar-52-tanda-allah-swt-menerima-taubat-seseorang


Tuesday, July 16, 2019

HASAD DENGKI

Menurut Kamus al-Mu'jam al-'Arabi al-Asasi  hasad bermaksud ditAkrifkan sebagai satu sifat dalaman seseorang yang mengharapkan supaya nikmat yang ada pada seseorang berpindah kepadanya atau terhapus daripada orang itu.  Syeikh Abdul Samad al_Falembani menerangkan hasad sebagAi salah satu maksiat batin yang mampu membinasakan seseorang.

Dalam konteks masyarakat Melayu, perkataan hasad DAN dengki sering digandingkan.  Dalam Kamus Dewan hasad bermaksud perasaan iri hati kerana orang lain kaya, berpangkat, dll; cemburu; dengki


Sejarah hasad bermula sejak Allah mencipta Adam a.s..  Allah perintahkan para malaikat dan iblis sujud kepada Nabi Adam a.s., para malaikat patuh perintah Allah SWT manakala iblis mengingkarinya kerana dia berasa iri hati terhadap Nabi Adam.  Dia berasa lebih baik daripada Nabi Adam a.s., Akibat kesombongan itu, iblis diisytiharkan sebagai penghuni neraka. 

Kisah konflik dua putera Nabi Adam a.s iaitu Qabil dan Habil juga dikaitkan dengan sifat hasad. Mereka diminta oleh Allah mempersembahkan korban.  Habil memilih binatang yang berkualiti manakala Qabil dengan binatang paling buruk.  Qabil tidak puas hati dengan keadaan itu dan berdendam dengan Habil.  Akhirnya dia membunuh Habil akibat hasad yang tidak tertahan. 

Sifat hasad dengki tertanam dalam diri manusia sehingga hari ini.  Sifat ini juga menyebabkan manusia hilang pertimbangan dan menyebabkan kecelakaan dunia dan akhirat. 

PUNCA HASAD

Dalam kitab Inya' 'Ulumuddin diterangkan sebab menimbulkan perasaan hasad dengki; Antaranya;
  • Perasaan permusuhan dan kebencian
  • Berasa diri mulia
  • Takabbur
  • Ujub
  • Takut terlepas sesuatu tujuan dan habuan.
  • Ghairah menjadi ketua fan menjadi polular
  • Busuk hati
PENYELESAIAN

Menurut Muhamad Jmaludin al-Qasimi dalam kitabnya Maw'izah al-Mu'minin dan Abdul Qadir al-Mandili dalam kitabnya Penawar Bagi Hati, dengki merupakan penyakit hati.  Justeru ubat bagi penyakit ini ialah ilmu dan amal.

RUJUKAN;

Mohd Sukki Othman, 2017. Analogi Nabawi dalam Kehidupan Insani. KualaLumpur: Rimbunan Islamik Media Sdn Bhd.


Antara COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan dan kedegilan masyarakat

APA yang boleh kita pelajari selepas 14 hari mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha untuk memutuskan rantaian COVID-1...