Sabtu, 18 November 2023

DERITA PALESTIN

 Sejak tragedi serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Ogos, setiap hari kita disajikan dengan berita dan maklumat yang mengerikan. Ngeri dan simpati mendalam atas kekejaman rejim Israel terhadap orang awam Palestin. Gambar dengan berita kematian bayi dan orang awam yang tak berdosa.

Masyarakat dunia sepakat mengutuk dasar pembunuhan beramai-ramai penduduk Gaza. Namun tindakan tidak bertamadun ini disokong oleh Amerika Syarikat serta negara Eropah lain yang sokong Israel.

Hingga hari ini, Amerika Syarikat masih tidak menyokong usaha gencatan senjata. Mereka masih tidak ada perasaan belas terhadap kematian manusia tidak berdosa. Sokongan kepada Israel seakan menyokong dasar pembunuhan tanpa belas kasihan.

Desakan seluruh dunia tidak dipedulikan. Bom terus meledak di Gaza. Kematian terus meningkat. Bantuan kemahusiaan dikawal dan disekat. Hospital dan doktor syahid ketika bertugas. 

Doa qunut nazilah terus diaminkan. Semoga Allah berikan ketabahan kepada penduduk Palestin dalam menghadapi kezaliman Israel.

TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...