Selasa, 28 Julai 2015

Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Kemboja 4: Siem Reap - KLIA

9 Jun 2015:  Solat Subuh di masjid. Pagi selepas solat subuh ustaz Dr Basit kuliah tentang amalan lepas Subuh.  Diikuti kuliah oleh Ustaz Zamerey berkaitan riba.   Akhirnya majlis penutup dengan ucapan oleh Ustaz Sulaiman, Cikgu Rizan dan Ustaz zamerey serta rumusan misi kali ini


Menarik, penting dan sangat bermakna rehlah yang dianjurkan dengan pengisian ke arah memantapkan imam. Dengan menyedari akan kekurangan yang dimiliki oleh Muslim Kemboja, maka inisiatif yang diteroka oleh Maahad Imam Syafie dengan tenaga penggeraknya yang begitu yakin dengan pertolongan Allah terhadap amal jariah yang dilakukan. Dengan sokongan masyarakat, usaha meningkatkan mutu kehidupan derta pendidikan Muslim Kemboja dapat diberikan pembelaan.

Berkat usaha dan kesabaran para pendukung utama MIS maka kejayaan semakin kelihatan. Dengan kemudahan fizikal yang semakin nyata wujudnya.  Bangunan kelas, telah digunakan.
Tahniah kepada Hj Hassan yang berfungsi sebagai tenaga penggerak bagi menjayakan misi kemanusiaan dan pendidikan kali ini. Misi seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang.

Selepas kuliah subuh dan sarapan acara hari ini diteruskan dengan aktuviti lawatan ke Angkor Wat. Kami meniki van dan menyewa tut-tut untuk sampai ke Angkor Wat. Setelah membeli tiket masuk kami sempat memasuki kawasan Angkor untuk melihat seni binanya . Sebagai tempat tumpuan pelancong terutamanya dari negara China, Angkor Wat dipenuhi kuil. Rasanya lawatan singkat ke sini sudah memadai walaupun tiket masuknya USD20 untuk sehari. Selepas penat buat satu pusingan melihat-lihat sekitar kawaswan luar Angkor Wat, kami balik semula ke hotel manaiki tut-tut.

Sebelum berangkat ke lapangan Terbang Siem Reap, kami makan tengahari di restoran Muslim berdekatan.

Penerbangan balik ke KLIA dari Lapangan Terbang Seam Reap pada jam 11 pagi.

Tazkiran subuh oleh Ustaz Dr Basit
Bergambar di depan masjid
Gambar kenangan di depan hotel
Angkor Watt



Gajah di Angkor Watt


Angkor Watt

Lapangan terbang Seam Reap.  Nak balik dah

Orang kuat Surau Bangi Perdana,  Hj Hassan dan TG Dr Basit










Isnin, 27 Julai 2015

Eksplorasi Eropah 8: Gondola di Venice

8 Dis 2014:  Penerokaan Eropah kami seterusnya disambung semula selepas sarapan di hotel.  Destinasinya ialah kota Venice.  Pernah juga tengok Venice dalam filem.  Sekarang nak tengok  sendiri keunikan dan kehebatannya.  Berdasarkan peta, Venice adalah sebuah bandar tua yang kedudukannya bersambung dengan tanah besar Itali melalui sebuah tambak.


Republik ini kehilangan kemerdekaannya apabila ditawan Napoleon Bonaparte pada 12 Mei 1797. Venice kemudian menjadi sebahagian dari Austria dan seterusnya Itali.  Venice terdiri dari 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Penduduk menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil dan banyak. Mereka boleh juga berada menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui terusan-terusan ini.
Bangunan-bangunan di Venice adalah sangat tua dan menarik.  Pelancong datang dari seluruh dunia untuk melihat senibina ini dan juga terusan-terusan. Bandar raya ini adalah dianggap oleh ramai orang sebagai satu bandar yang paling cantik di dunia. Tarikan pelancongan yang paling terkenal adalah Rialto-Bridge, Basilica Jalan Mark dan Doge's Palace. (Sumber Wikipedia)

Perjalanan dari hotel ke Venice tidak jauh.  Sekitar 15 minit memandu.  Kami melalui jalan yang ditambak seperti tambak Johor.  Selepas parkir van, kami terus ke kaunter tiket untuk menaiki vaporetto (water bus).  Di kota terapong Venice tak ada jalan raya.  Gelarannya pun kota terapong (city of water).  Pengangkutan utama di sini ialah water taxi, water bus, godola dan  bot laju.
Pemandangan Venice dari atas tempat parkir
Kenderaan utama, water taxi
Pemandangan menarik kota terapong, tenang
Ada banyak jambatan melalui terusan di Venice 
Antara terusan yang ada di sini.  Di sebelah kanan adalah bangunan penjara lama tempat menyeksa banduan.  Penamatnya ialah mati
Micheal menikmati keindahan Venice
Antara jambatan  di Venice yang menghubuingkan antara bangunan
Dengan menaiki water bus kami dapat menikmati panorama terusan dan bangunan lama hampir 900 tahun yang mash mampu tegak di dalam air.   Bayangkan kukuhnya kota ini di atas air.  Walaupun bangunannya agak lama dan sesetengahnya agak condong, namun masih jadi tarikan pelancong.  Water bus melintasi banyak jambatan.

Naik bot laju
Bas air.  Pengangkutan utama
Kota terapong.  Menarik pemandangannya
Air semakin naik di dataran.  Akhirnya akan tenggelam?
Mengikut maklumat yang diperoleh, kota Venice yang terapong ini sedikit demi sedikit mengalami pemendapan.  Oleh itu, paras air akan melimpahi dataran.  Mengapa paras air laut semakin naik di kota Venice dan melimpahi banyak kawasan?  Para pengkaji mengandaikan fenomena air laut semakin naik akibat pemanasan global.  Ada yang menjangkakan sekitar 50 tahun akan datang Kota Venice akan ditenggelami air.  Kini banyak bangunan yang semakin condong.  


Kota venice semakin ditenggelami air.  Mungkin dah mendap sikit  kota tua ini

Ini cerita gondola di Venice.  Gondola adalah tarikan utama pelancong.  Sebagai alat perhubungan utama yang menghubungkan terusan, gondola sering diabadikan dengan kisah cinta.  Cerita dulu kala.  

Venice yang terkenal dengan gondola ini.  Gondola memiliki banyak kisah legenda dan sejarah seperti  bridge of sighs yang juga terkenal sebagai jambatan rintihan.  Menurut sejarah, dulu jambatan ini menghubungkan istana dan penjara tahanan. Para tahanan yang akan dihukum atau di bawa ke sel untuk disiasat akan  melalui jambatan ini. Ketika melalui jambatan inilah para tahanan merintih untuk terakhir kalinya, hingga sekarang dikenal sebagai jambatan rintihan.

Orang muda yang sedang cinta sering menganggap jambatan ini sebagai jambatan sakral untuk mengabadikan cinta sejati. Konon pasangan yang ingin cintanya kekal abadi akan berciuman di gondola terutama di bawah jambatan ketika matahari akan terbenam. Memang sangat menarik kota kelahiran Marcopollo ini, kota tua yang menyimpan sejuta kecantikan.

Deretan gondola
Naik gondola. Nak rasa romantik, kata Sazali
Deretan gondola tunggu kedatangan penumpang
Naiki gondola.  Kata Sazali, naik sekali seumur hidup.  Betul jugak..akhirnya naik juga

Eksplorasi Eropah 7: REPUBLIC OF SAN MARINO

7 Disember 2014 (Ahad):   Selepas sarapan kami memulakan perjalanan untuk meneroka ke sebuah negara berdaulat yang kecil yang dijumpai pada kurun ke lapan.  Bandar San Marino sesuai untuk dijelajahi secara berjalan kaki. Perjalanan sejauh 450 km dari Rome dengan sekurang-kurangnya dua kali

Untuk sampai ke bandar tanah tinggi ini, Micheal banyak gunakan panduan GPS.  Sesekali dia seakan-akan meragui jalan yang digariskan dalam peta.  Jalan yang dilalui agak kecil dan tak banyak kenderaan yang ditemui.  Sesekali kami rasa cuak bila melalui jalan sempit tanah tinggi. Cuaca di luar berkabus tebal.  Pemandangan tanah tinggi yang cantik melekakan kami.

Walau jalan agak berliku dan curam dan boleh memeningkan namun mata  sukar dilelapkan.  Tapi bagi kawan-kawan yang duduk di sebelah saya, kafang-kadang sempat juga memecah kesunyian dengan alunan muzik percuma yang tak sempat diedit.  Lucu juga.  Dalam Micheal memandu dengan penuh hati-hati, muzik insaniyah bergema sekali sekala.  Boleh hilang rasa penat.  Walau bagaimanapun perjalanan perlu diteruskan.

Tempat yang paling dinanti-nantikan ialah toilet stop berikutnya.  Ditambah dengan cuaca bawah 0 darjah, jalan kecil berliku pula, maka nikmat tak terkata bila berhenti di stesen petrol yang ada toilet.

Micheal cekap dan yakin dengan perjalaan yang disediakan oleh GPS.  Kami agak cemas juga bila GPS bawa kami mengelilingi tanah tinggi curam dengan jalan sempit.  Jumpa castle lama terletak di lereng tanah tinggi.  Kami fikir ini bukan jalannya.  Micheal menerusksan pemanduannya.  Akhirnya kami sampai juga ke bandar San Marino pada lewat petang.  Cuaca semakin berkabus di sebabkan letaknya bandar ini di tanah tinggi.  Kesejukan di bawah paras suhu 0 darjah Celcius.  Sejuk, hujan renyai dan berkabus.  Hari mulai gelap dan kami hanya sempat berjalan kaki untuk melihat.

Minum kopi lagi. Sempat meneguk secawan kopi panas dan roti dalam suasan terlalu sejuk.  Di samping itu kami beratur guna tandas untuk melepaskan hajat dalam kafe yang sempit dan ramai pelanggan. Sebenarnya perjalanan mengajar kami erti kesabaran.  Kesejukan, tandas, kopi dan meneruskan perjalanan.

Perjalanan waktu malam diteruskan untuk ke Venice.  Malam ini kami menginap di Smart Hotel Holiday.  Berehat semalaman untuk meneruskan penerokaan esok ke Venice.


Pemandangan sepanjang perjalanan ke San Marino

Toilet stop

Rehat pertengahn jalan ke San Marino.  Tanah tinggi. Cuaca semakin sejuk


Cuaca semakin gelap.  Sejuk, renyai dan berkabus di san Marino.  

Bergambar dalam kabus San Marino


Sempat senyum walaupun kesejukan

Pemandangan dari puncak San Marino ketika cuaca terang

Castle tua di puncak San Marino

Isnin, 13 Julai 2015

Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Kemboja 3- Seam Reap

8 Jun 2015:  Disebabkan terlalu letih mengharungi  perjalanan sepanjang malam dari Phnom Penh yang agak mencabar maka program tazkirah yang sepatutnya diadakan di masjid berhampiran ditangguhkan. Keletihan ditambah lagi dengan masa tidur yang singkat. Hanya kira-kira 2 jam setengah sempat lelapkan mata. Itupun tidur tak berapa lena.

Setelah solat subuh, kami bersarapan pagi di Restoran Muslim berhampiran hotel.  Dapat juga merehatkan diri sebelum meneruskan misi ke kampug sekitar Seam Reap. Lebih kurang jam 10 pagi, kami bersiap ke kampung berhampiran Tasik Tonle Sap.  Kami sempat singgah di kampung berhampiran.  Kami lihat mereka kehidupan mereka sangat miskin dan perlukan perhatian.  Mereka perlukan tempat tinggal yang sesuai sebab kebanyakan rumah mereka sangat daif.  Ada rumah yang sesuai dipanggil reban.  

Kami ditunjukkan beberapa buah rumah bentuk kluster yang disumbangkan oleh hartawan Qatar.  

Kami sempat singgah ke sebuah madrasah yang disumbangkan oleh hartawan Malaysia. Sumbagan pakaian dan kurma disumbangkan kepada masyarakat setempat.  

Acara seterusnya ialah menjelajah ke perkampungan terapung Tasik Tonle Sap.  Terdapat petempatan orang Islam di Tasik ini.  Tasik ini sangat luas seakan kami berada dilautan. Hasil utama tasik ini ialah ikan air tawar.  

Selepas makan tengahari kami sempat berehat sebelum menyambung jelajah Siem Reap waktu malam.  Siem Reap terkenal dengan night market.

Bergambar dengan TG Dr Abdul basit
Gambaran kemiskinan
Di hadapan madrasah Dar Rafeeah, Tonle Sap
Bersama Ustaz mengajar di madrasah
Nak naik bot ke Tonle Sap
Air Sungai yang semakin kurang

Sempat urut badan..budak ni buruh kanak-kanak yang biasa terdapat di jeti

Kawasan Tonle Sap
Di tasik terapung
Makan tengahari
Malam di Seam Reap
Banyak dijual di sini
Pasar malam

Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Kemboja 2: Kampot - Phnom Penh - Seam Reap

7 Jun 2015:   Aktiviti hari ini dimulai dengan kuliah subuh di surau MIS Kg Keh. Kuliah Subuh oleh TG Dr Basit .  TG Dr Basit menyampaikan tazkirah bertajuk "bacaan selepas solat". Dengan merujuk risalah kecil panduan wirid pagi dan petang Dr Basit menghuraikan bacaan yang sangat baik untuk dibaca, difahami, diamalkan bacaannya.  

Selepas kuliah subuh, kami bersarapan dengan menu laksa Kemboja.  Sedap walau pun sekali pandang nampak tak menarik. Persembahan makanan sangat sederhana. Seperti kehidupan di kampung satu ketika dulu. Namun semua itu adalah rezeki Allah yang perlu disyukuri.

Sementara itu, majlis menyampaikan bantuan sadaqah kepada fakir miskin dijalankan selepas semua penerima bersedia.  Nampak wajah penuh mengajar menanti  mereka. Tersentuh hati bila melihat wajah lelaki wanita tua yang menunggu mendapatkan bantuan. Kesusahan hidup terjelma melalui riak wajah mereka. Namun masih ada yang sudi membantu walaupun tinggal jau dari sini. Allah Maha Kaya. Walaupun bantuan tidak seberapa nilainya, tapi sekurang-kurangnya dapat membantu keperitan hidup mereka.  

Kami juga dibawa ke rumah fakir miskin yang tidak hadir dalam majlis tadi.  Rumah mereka telah dibaiki sebelum ini. Berdindingkan zink hijau mereka kelihatan puas dengan bantuan yang dihulurkan.  Tidak dapat dibayangkan wanita fakir ini dapat hidup di dalam rumah kecil ini ketika cuaca panas. Tapi itulah hakikat kehidupan yang perlu mereka dilalui.

Tamat sesi menghantar bantuan ke rumah fakir miskin kami menuju ke rumah tumpangan untuk check out.  Acara seterusnya ialah makan tengahari di restoran Ustaz Sulaiman.  Kami dijamu dengan juadah yang enak.  Ikan panggang dan sup ikan. 

TG Dr Basit sampaikan tazkirah
Krew TV Hijrah sedang buat latihan
Penduduk kampung
Sarapan pagi,  Laksa kemboja
Sarapan serba sederhana tapi menyelerakan
Bantuan sedekah
Penerima bantuan
Sampaikan bantun
Pelajar perubatan yang ditaja oleh AIS
TG sampaikan bantuan fakir 
Sampaikan bantuan
Setelah makan tengahari kami tunaikan solat jamak zuhur dengan asar di masjid hadapan restoran.  Masjid yang kecil dan kami berjemaah dengan penduduk tempatan.
Selesai solat kami terus ke Phnom Penh. Perjalanan selama 3 jam.  Cuaca baik dan cerah. Sydah lama tidak hujan di Phnom Penh. Sawah padi kering tak berair. Dimaklumkan bahawa musim kering tahun ini agak lama. Ini menjejaskan mata pencarian penduduk yang banyak bergantung kepada hasil tani.  

Sampai di Phnom Penh, kami terus ke Masjid Negara Kemboja.  Masjid ini di bina dengan dana yang disumbangkan oleh individu dari Dubai.  USD 3 juta nilainya. Subhanallah. Masji indah dan menarik reka bentuknya. saya bayangkan begitu pemurahnya penyumbang dana tersebut. Diberitahu bahawa masjid lama itu juga di sumbangkan oleh orang yang sama.

Acara seterusnya kami dibawa ke pasar besar Phnom Penh.  Pasar yang besar dan ramai pengunjung.  Ramai juga pengunjung yang datang dari Malaysia.Tak banyak barang yang nak dibeli di sini. Saya sempat juga beli beberapa helai baju T bertulis Phnom Pehn untuk kenangan menunjukkan saya dah sampai di sini..


Bersama-sama penduduk tempatan setelah selesai solat di Kampot
Masjid negara Kemboja yang baharu
Menarik
Keindahan di dalam masjid di negara bukan Islam
Untuk ke Seam Reap, kami terpaksa menaiki bas yang lebih besar dan selesa
minum air kelapa di pasar Phnom Penh
Sekitar Phnom Penh
Perjalanan diteruskan ke Siem Rep.  Jauhnya lebih 300 km dan memakan masa lebih 6 jam. Dijangka sampai jam 12 tengah malam. Menurut Ustaz Sulaiman kami akan lalu 3 wilayah. Semoga perjalanan selamat dan diredai Allah.

Perjalanan ke Siem Rep dari Phnom Penh melalui jalan tanah merah.  Ada ketikanya keadaan jalan sangat tidak selesa.  Beralun. Menurut Ustaz Sulaiman, perjalanan ini akan memakan masa.  Kami singgah makan malam di sebuah Restoran Tropeang Chuck. Menyelerakan.  Solat isyak jamak qasar di surau berhampiran restoran.

Kami sampi ke bandar Seam Reap pada jam 2 pagi selepas melalui perjalanan yang sangat mencabar. Kami menginap di Rumah Tumpangan Hj Syakirin, Seam Reap. Rumah tumpangan ini baru 2 bulan siap diduduki. Sangat baru. Pemilik adalah Hj Syakirin, seorang Muslim Kemboja yang dikira berjaya dalam perniagaannya. Tempat tinggal yang disediakan sangat bersih dan sesuai.






















TIDAK MELUPAKAN KEBAIKAN

KAEDAH KETIGA: Menekankan muamalah dalam kehidupan.  Interaksi dengan orang lain.  Kita diajar tidak melupakan kebaikan orang. Keseluruhan...