Khamis, 5 Disember 2019

BAGAIMANA MENJADI PEMBACA AKTIF

Sering kita membaca tanpa tujuan khusus.  Contohnya membaca bahan bacaan ringan.  Namun ketika membaca teks yang lebih mencabar, pembaca perlu memikirkan strategi membaca yang sesuai.  Tujuannya agar aktivit membaca yang dilalui memberi makna kepada pembaca dari segi pemahaman.

Membaca aktif adalah sebahagian daripada strategi pemahaman bacaan.  Pembacaan  juga merupakan proses yang melibatkan  aktiviti sebelum, semasa dan selepas membaca.

Membaca secara aktif bermakna pembaca melibatkan diri secara aktif semasa membaca.  Membaca aktif boleh dilakukan dengan strategi seperti berikut;

1. Membaca dengan tumpuan khusus

  • Perlu diketahui maklumat yang dicari semasa membaca
  • Cari dua atau tiga perkara yang mungkin adijadikan tugasan utama.
  • Idea utama  daripada butiran sokongan, fakta dan pendapat

2. Memecahkan teks kepada beberapa bahagian

  • Jangan rasa perlu membaca keseluruhan teks dalam satu persatu
  • Tetapkan masa dan berhenti selepas 20-25 minit dan berehat selama 5 minit
  • Sebelum mula membaca lagi, fikirkan, memproses apa yang dibaca
  • Langkau ke dalam teks untuk mencari hubungan antara idea-idea di dalamnya

3. Menyoal teks yang dibaca

  • Adakah pendapat pengarang semuanya betul?
  • Adakah maklumat yang diharapkan diperoleh?
  • Adakah sebarang maklumat yang mengejutkan ?
  • Apa yang ingin diketahui lebih lanjut?
  • Tulis soalan di bahagian margin.

4. Mencatat nota semasa membaca

  • Semasa membaca bab, tulis simbol/tanda di sebelah ayat yang difikir penting.
  • Membina kod sendiri untuk perkara yang disetujui / tidak bersetuju dengan, patut diberi perhatian, mengelirukan, dan sebagainya.
  • Tuliskan perkara penting dan fakta yang mahu ingat
  • Menyediakan  "kuiz" sehari selepas membaca untuk memeriksa secara aktif pemahaman 

5. Jika hadapi masalah dalam membaca aktif disarankan gukan langkah berikut;

  • Gunakan petunjuk , carta, jadual, dan gambar untuk membantu memahami maklumat
  • Apabila mencari makna perbendaharaan kata yang tidak diketahui, cuba meneka perkataan berasaskan kandungan teks
  • Jangan buat penelitian terlalu lama pada sesuatu perkataan sukar kerana hal ini boleh menyebabkan kehilangan momentum dalam membaca.
  • Minta bantuan orang lain apabila memerlukannya!
Kesimpulannya ialah proses membaca aktif memerlukan tumpuan dan strategi yang melibatkan pemikiran.  Cara berfikir kritis diperlukan apabila berhadapan dengan teks yang agak sukar difahami.  Pembaca aktif akan mendapati bacaannya berjaya apabila dia dapat memahami teks yang dibaca.


Rabu, 4 Disember 2019

DEMI MASA

Image:  Google

Pendahuluan
Dalam surah al-Asr. ALLAH SWT berfirman:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-Asr 103:1-3).

Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

(Surah al-Ra’d: 11)

Inilah kebanyakan manusia yang dilalaikan oleh kehidupan dengan sedikit kemewahan yang dikurniakan kepadanya. Akhirnya mereka lemas dalam lautan kelalaian dan ghaflah yang merugikan kehidupan mereka sendiri.

Terdapat satu kaedah yang masyhur:

الوَاجِبَات أَكْثَر مِن الاوْقَات

Maksudnya: “Kewajipan-kewajipan kita jauh lebih banyak daripada masa yang kita miliki.”

Inilah kenyataan yang menunjukkan bahawa masa yang kita miliki adalah amat sedikit. Justeru, gunakanlah perkara yang memberi manfaat dan faedah dalam kehidupan ini.

Sesungguhnya, masa perlu kita gunakan dengan sebaiknya untuk memilih strategi, menyusun masa dan menjadikan masa berkualiti. Sudah pasti menjadikan hidup kita lebih bermakna. Bak kata Hamka: “Hidup hanya sekali, justeru biarlah bererti.”Khalifah Umar bin Abdul Aziz memerintah dan menjawat jawatan sebagai khalifah hanya dalam tempoh dua tahun sahaja. Tetapi beliau berjaya menghasilkan kejayaan yang amat luar biasa. Dia memanfaatkan masa yang ada dan yang dimilikinya tanpa lalai.

Rasulullah SAW dan Masa
Berdasarkan kepada banyak nas, hadis dan juga tingkah laku Rasulullah SAW sendiri jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW adalah contoh utama dalam mempraktikkan pemeliharaan masa. Suka saya nyatakan di sini betapa hebatnya Rasulullah SAW dalam serba serbi tindakannya tetapi penggunaan masanya adalah amat sedikit. Menakjubkan lagi, kejayaannya luar biasa. Hasil dan natijahnya tak mungkin digugat di sepanjang zaman. Kami misalkan di sini sebahagian daripada contohnya untuk kita tekuni dan amatinya. Antaranya:

Dakwahnya yang pendek.
Hanya 23 tahun sahaja Baginda dapat mengasaskan sebuah negara yang menuju kecemerlangan dengan luar biasa. Islam dapat menumbangkan dua gergasi dunia ketika itu; empayar Rom dan empayar Parsi yang sudah bertapak ribuan tahun lamanya serta mempunyai ratusan ribu atau jutaan balatentera.

Mempersiapkan pembinaan tamadun
Inilah terbezanya asas tamadun Islam yang dibina oleh Rasulullah berbanding dengan tamadun dunia yang lain yang muncul seperti Mesir, China, Rom, India, Parsi, Greek, Habsyah dan lain-lain. Mereka hanya membina bangunan yang besar lagi tinggi tetapi mengorbankan ribuan rakyatnya yang menjadi hamba paksa, bermandikan darah dan air mata. Sedangkan Rasulullah SAW membina dan mentarbiyah rijal di kalangansahabatnya terutamanya dari aspek keimanan, akhlak, tingkah laku serta misi dan visi sehingga menuju ke hari akhirat bagi mencapai kebahagiaan hakiki.

Akal yang Besar dan Membina Pemikiran
Walaupun dilahirkan dalam masyarakat Jahiliyyah, kita dapati Baginda SAW dapat membentuk pola pemikiran sahabat dalam pelbagai aspek samaada sudut pandang, misi, visi, matlamat, halatuju dan juga bagaimana menyelesaikan kemelut dan permasalahan yang dihadapi dengan tuntas, bernas serta tepat. Inilah kelebihan yang tidak wujud pada orang lain. Kesan daripada itu, kita dapati para Sahabat yang menjadi anak didik Rasulullah SAW adalah mereka yang hebat walaupun bermula sebagai insan yang tidak punya apa-apa kelebihan.  

Kesimpulan
Nukilkan daripada kitab Qimatu al-Zaman 'Inda al-Ulama' antara lain menyebut: “Aku melihat ramai orang telah membazirkan masa dalam bentuk yang amat ajaib. Jika malam panjang, mereka bercakap yang tidak memberi manfaat atau membaca kitab yang lagha. 
Jika siang hari pula panjang, mereka penuhi dengan tidur. 

Ibnul Jauzi hidup di Kota Baghdad dan membandingkan mereka yang banyak bercakap di atas perahu sedangkan mereka tiada apa-apa. Aku lihat amat sedikit mereka yang faham tentang kewujudan mereka. Justeru, mereka sediakan sebanyak-banyak bekalan untuk musafir. Maka bertakwalah kepada Allah dengan kurniaan usia kepadamu dan bersegeralah sebelum luputnya serta berlumbalah dengan masa yang ada.

TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...