Ahad, 23 Mei 2021

PALESTIN LAWAN ISRAEL 2021



Roket Hamas

Tentera Israel


kehancuran Gaza, kekejaman Israel



Dunia dikejutkan dengan serangan ganas dan zalim Israel terhadap penduduk Gaza selama 11 hari pada akhir Ramadan hingga awal Eidul Fitri 2021.  Walaupuun gencatan senjata dipersetujui, lebih 250 terbunuh termasuk 22 kanak-kanak Palestin mati akibat serangan tersebut. Serangan roket Hamas membunuh lebih 12 mangsa. Serangan Israel  seakan kegilaan tanpa rasa belas golongan serba lemah dan ditekan sekian lama menjadikan dunia bangkit menentang peristiwa ini.  

Melalui liputan TV Al-Jazeerah menggambarkan segala-galanya. Pada awal konflik diberitakan masyarakat Yahudi ingin merayakan hari keagamaannya yang sama dengan sambutan malam al-Qadar.  Mereka ingin menggunakan Masjid al Aqsa  tapi ditentang keras oleh umat Islam.  Tekanan dan provokasi oleh tentera Israel pada malam 27 Ramadan memulakan kemarahan umar Islam.  Serangan dan kemusnahan dalam masjid al-Aqsa ketika umat Islam sedang beribadah pada malam lailatul qadar mengundang resksi keras tentera Brigade al-Qasam.  Serangan roket dilakukan ke wilayah Israel.  Setelah itu bermula konflik persenjataan yang lebih keras.  

Disebalik peristiwa serangan itu, tunjuk perasaan solidariti yang menyokong Palestin diadakan dibeberapa negara dunia.  Hal ini menunjukkan dunia menyokong perjuangan Palestin yang telah sekian lama dinafikan haknya di atas tanah airnya sendiri.  Kekejaman Israel merampas tanah penduduk Palestin melanggar  undang-undang antarabangsa.  Semoga palestin dan al-Aqsa terus dalam peliharaan Allah.

Fakta sejarah

Palestin pada awalnya adalah sebahagian daripada Daulah Islamiyah di bawah Turki Uthmani. Tetapi dengan wilayah ini dikendalikan oleh British (1917), seterusnya dilampirkan sebahagian besarnya (48%) oleh orang Yahudi, Palestin yang merupakan majoriti pendudukOrang Islam tidak bebas. Makalah ini bertujuan untuk menyatakan penentangan Muslim-Palestin menentang Yahudi-Israel. Untuk tujuan ini digunakanpendekatan dan analisis sejarah dengan penyelidikan perpustakaan dalam pengumpulan data. Dari kajian ini didapati bahawa Zionis Israel menguasai Palestin kerana mendapatnyasokongan dari sekutu utamanya, iaitu Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. SemasaPalestin berperang sendiri, kerana negara-negara Islam di sekitarnya telahmahu membantu pada tahun 1968, tetapi kalah dalam pertempuran enam hari. Akibatnya, Mesir, Syria, Jordan dan Palestin berpisah di wilayah mereka. Akhirnya, Palestin semakin teruk, dan jika diluluskan Rang Undang-Undang Yahudi yang dicadangkan oleh Benyamin Netanyahu ke Parlimen Israel, Palestin dan Islam Arab akan semakin meningkatditekan. 

Rujukan: Misri A. Muchsin, 2015, PALESTINA DAN ISRAEL: Sejarah, Konflik dan Masa Depan,  MIQOT Vol. XXXIX No. 2 Julai-Desember 


Ahad, 16 Mei 2021

PENERUSAN TADARUS AL-QURAN



Bulan Ramadan al-Quran diturunkan.  

Maksudnya : “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”  (Surah al-Baqarah : 185)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca setiap huruf daripada Al Quran baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan sepuluh kali ganda. Aku tidak cakap (Alim Lam Mim) satu huruf tetapi Alif satu huruf Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (At Tarmizi-Sunan)

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w bersabda maksudnya: “Bacalah kamu Al Quran sesungguhnya Al Quran pada hari kiamat akan datang memberi syafaat kepada pembacanya.” (Muslim, sahih)

Daripada Usman bin Affan Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al Quran dan yang mengajar Al Quran kepada orang lain.” (Al Bukhari – sahih)

Dan banyak lagi hadis-hadis Nabi yang menjelaskan tentang kelebihan membaca Al Quran lebih-lebih lagi jika dibaca pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Pada bulan yang mulia ini juga, Malaikat Jibril telah diutus kepada Nabi SAW bagi mengulangi bacaan al-Quran bersamanya. Hal ini adalah berdasarkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma bahawa :

Maksudnya : “Rasulullah SAW adalah manusia yang paling pemurah terutama pada bulan Ramadan ketika malaikat Jibril A.S menemuinya, dan Jibril A.S mendatanginya setiap malam di bulan Ramadan, lalu saling bertadarus al-Quran. Sungguh Rasulullah SAW orang yang paling pemurah dengan kebaikan (kepada orang yang memerlukan) lebih laju daripada tiupan angin.” Riwayat al-Bukhari (3220)

Hadis ini menunjukkan bahawa baginda SAW akan bertadarus  al-Quran bersama Jibril A.S sepanjang bulan Ramadhan. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Jibril akan menemui baginda dan bertadarus bersamanya sekali dalam setahun, tetapi pada tahun wafatnya baginda , Jibril A.S telah menemuinya dan bertadarus bersamanya sebanyak dua kali. Riwayat al-Bukhari (4998)

Semasa bulan Ramadan amalan bertadarus al-Quran sering dilakukan.  maksud tadarus ialah saling mempelajari al-Quran iaitu seorang membaca dan yang lain mendengar dan memerhati bacaannya. Setelah ia selesai membaca, di sambung pula oleh orang lain. Majlis tersebut juga sering dilakukan di masjid atau surau.  Ada juga yang bertadarus bersama keluarga di rumah.  

Walau bagaimanapun amalan bertadarus jarang diamalkan selepas Ramadan.  Sebaik-baiknya, amalan membaca al-Quran perlu diteruskan selepas Ramadan. Penerusan amalan ini sebagai hasil tarbiah yang diiperoleh semasa Ramadan.  Istiqamah dalam membaca al-Quran adalah dituntut. 

Ramadan akan berlalu apabila sudah sampai tempohnya, sedangkan Allah SWT tetap kekal dan tidak sekali-kali akan lenyap. Fasa selepas Ramadan adalah pembuktian sama ada matlamat tarbiah atau pendidikan sepanjang bulan itu, tercapai atau sebaliknya.


Rujukan:  

1. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/4480-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-166-hukum-membahagikan-bacaan-ayat-al-quran-di-dalam-solat-terawih-supaya-dapat-mengkhatamkannya-di-akhir-ramadan

2. Ramadan bulan al-Quran. https://harakahdaily.net/index.php/2021/04/18/ramadan-bulan-al-quran-2/


TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...