Jumaat, 21 Disember 2012

Aktiviti menulis

Pada 17/12 yang lalu diadakan majlis menandatangani MoA antara penulis Brunei dengan pihak DBP Brunei.  Saya adalah salah seorang daripada 14 penulis yang terlibat. Buku tersebut akan diterbitkan dan dilancarkan semasa pesta buku Brunei 2013. Tajuk buku saya ialah Koleksi Penyelidikan dalam Pendidikan Bahasa Melayu.  Di dalamnya terkandung himpunan tulisan artikel yang menyentuh penyelidikan pendidkkan BM yang diharapkan amat berguna sebagai rujukan kepada guru serta penyelidik bidang tersebut.

Pada saya, buku tersebut sangat tinggi nilainyabkepada saya kerana pada 19/12 saya akan menamatkan kontrak perkhidmatan dengan Universiti Brunei Darussalam.  Setelah berkhidmat selama 4 tahun, sumbangan saya dalam meningkatkan khazanah ilmu pendidikan bahasa Melayu di Brunei akhirnya tercapai.

Berita tentang majlis tersebut tersiar di dalam tiga akhbar utama di Brunei. Baca berita dan tengok gambar saya di sini, di sini juga.

Khamis, 13 Disember 2012

PERPISAHAN DI BRUNEI

Bersama-sama dgn pensyarah Pendidikan BM
kek boleh makan sempena perpisahan

Gambar sekitar majlis perpisahan saya dengan pelajar MEd (Pendidikan BM) UBD dan pensyarah-pensyarah Kumpulan Akademik Pendidikan Bahasa dan Literasi.  Setelah 4 tahun di UBD, maka pada 19/12/12 saya menamatkan khidmat di sana.  Alhamdulillah dan terima kasih BRUNEI DARUSSALAM
Dgn Raini dan Suzanne
Yusri, Hidayah dan Hasibah
Suzanne, Raini, dan Hjh Rashidaj
liliyana dan Masmuliyani
Noradidah, pensyarah LLE dgn isteri saya
gaya-gaya
Faizah dan Sutinah
macam-macam gaya
hadian kepada Sutinah
Pg Hjh Rohaniah sampaikan hadian, jamuan LLE AG 
selepas jamuan
semua pelajar MEd, 16 orang

bergambar di depan perpustakaan



KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KARANGAN ARGUMENTATIF DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH ARAB DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Yahya Othman, PhD
Azmey Othman

Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan peta minda terhadap pencapaian penulisan karangan argumentatif para murid di salah sebuah sekolah menengah Arab Negara Brunei Darussalam. Kajian kuasi eksperimen ini dilakukan ke atas murid menengah Tahun 10.Seramai 22 orang murid dijadikan sampel kajian bagi kumpulan eksperimen dan 21 orang murid lagi dijadikan sampel bagi kumpulan kawalan. Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dalam kumpulan eksperimen diberikan rawatan menggunakan peta minda. Data diperoleh daripada pra dan pasca ujian serta temu bual murid. Data dianalisis menggunakan ujian-t dan analisis Kovarians (ANCOVA). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penulisan karangan argumentatif bagi sampel kumpulan eksperimen dalam pra dan pasca ujian dengan nilai t = -11.346, p < 0.05.Di samping itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penguasaan ketiga-tiga sub kemahiran penulisan karangan dalam pasca ujian antara sampel kumpulan eksperimen dan sampel kumpulan kawalan. Tiga sub kemahiran tersebut ialah penguasaan aspek isi (nilai t = -8.100, p < 0.05), bahasa (nilai t = -7.512, p < 0.05) dan juga teknik (nilai-t = -3.858, P < 0.005) penulisan karangan. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan strategi peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran berjaya meningkatkan pencapaian penulisan karangan argumentatif murid.
Kata kunci: Karangan argumentatif, peta minda, kemahiran menulis, kajian kuasi

Selasa, 13 November 2012

BUDAYA MENGGUNAKAN INTERNET DALAM PEMBELAJARAN


Yahya bin Othman, PhD

*Artikel pernah tersiar di dalam majalah Dewan Budaya (2004) , Bil 26(7), ms 27-42 

Adakah penggunaan internet telah membudaya dalam masyarakat? Membudayakan penggunaan internet dalam pembelajaran  bermaksud menjadikan internet satu norma yang boleh diterima pakai dan membantu pelajar dalam pembelajarannya. Apakah pula kaitannya internet dengan proses pembelajaran? Dalam konteks penataran ilmu, internet diperlukan  untuk menjana lebih banyak bahan yang boleh membantu pembelajaran.  Ini disebabkan pembelajaran memerlukan alat bantu bagi memudahkan proses penerimaan maklumat dan ilmu. 

Jika suatu ketika dulu penggunaan buku teks dianggap penting dalam proses pembelajaran, kini pelajar dapat belajar dengan lebih seronok setelah wujudnya internet yang dapat membantu mereka belajar dengan lebih bermaklumat dan sentiasa bersedia menambah maklumat tersebut apabila diperlukan.  Internet menyediakan peluang kepada pelajar meningkatkan keupayaan memiliki lebih banyak maklumat dan pengetahuan bagi tujuan pembelajaran bahasa.

Isnin, 5 November 2012

GAYA BELAJAR PELAJAR UNIVERSITI DARI PERSPEKTIF KOGNITIF

Dr. Yahya Othman
Pengenalan
Bagi pelajar universiti, persoalan gaya belajar dianggap penting bagi memastikan kejayaan dalam bidang atau program pengajian yang diikuti (Chikering, 2006).  Belajar di universiti adalah berbeza dengan belajar di peringkat sekolah menengah.  Perbezaan ini wujud disebabkan keperluan pembelajaran dan situasi belajar yang dialami oleh pelajar semasa di universiti. Tidak dapat disamakan antara matlamat belajar di universiti dengan peringkat pembelajaran yang lain. Walaupun mereka telah mendapat tempat belajar di universiti, namun tidak semestinya mereka menguasai dan mampu mempraktikkan sesuatu gaya belajar yang bersesuaian dengan keperluan mereka (Baharin Abu et al, 2007).

Gaya belajar meliputi ciri kognitif, afektif, dan psikologi tingkah laku yang berperanan sebagai petunjuk cara pelajar menerima, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran (Keefe, 1979). Bagi pelajar universiti pula, mereka memiliki gaya belajar yang berbeza-beza kerana sesetengah pelajar selesa dengan pendekatan belajar yang serasi dengan kebolehan dan sikapnya terhadap kursus yang diikuti (Felder dan Brent, 2005).  Perbezaan ini juga disebabkan oleh ciri-ciri jenis maklumat yang diterima dan kecenderungan untuk mengaplikasikan maklumat tersebut dalam pelbagai cara.

Khamis, 13 September 2012

This is what true learning means

by Dzulkifli Abdul Razak, VC AIU
EDUCATION is always about change. Foremost, it is at the level of thought, to better understand and effect the change. The more effective the change, the more pervasive the influence.

The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation's Report of the International Commission on Education for the 21st century aptly introduces "the four pillars of learning", the fundamental principles for reshaping education.
They are:
LEARNING to know is about learning as both a means and an end of human existence.
People have to learn to understand their world and its complexities, and to provide an appropriate and adequate foundation for future learning.
LEARNING to do is about transforming certified skills into personal competence to enable individuals to effectively participate in the local and global setting and society.
It is backed by a mixed set of skills/competencies and talents, social behaviour, initiatives and willingness to adapt in a variety of work-live environment.
People must learn to act appropriately in any kind of situation and become involved in shaping the future.
LEARNING to live together should help in inculcating a spirit of empathy in students so that it can have a positive effect on their social behaviour throughout their lives.
It is to expose individuals to the values and intercultural understanding, respect and trust at all levels of society to enhance human dignity based on the relationships of peace and harmony.
Resolving conflicts through dialogue and discussion is considered the essential tools of present day education.
LEARNING to be aimed at the complete fulfilment of the human person in a holistic way as an individual, member of a family and community and as a responsible citizen. This is to enable individuals to develop to their fullest potential for an all-round complete person, based on universally shared values while appreciating diversity.
All these will be in many ways spelled out in the National Education Blueprint 2013-2025 which serves as a good starting point to contemplate the transformational journey.
What is new would be the mindscape, a mental blueprint that would allow the national education philosophy to be translated into reality for the 21st century.
But only if we first watch our thoughts so that the final destiny could be realised with ease.


Read more: This is what true learning means - Columnist - New Straits Times http://www.nst.com.my/opinion/columnist/this-is-what-true-learning-means-1.141898##ixzz26JcabtuB

Sabtu, 1 September 2012

The Employment of Metacognitive Strategies to Comprehend Texts Among Pre-University Students in Brunei Darussalam



American International Journal of Contemporary Research Vol. 2 No. 8; August 2012


Dr Yahya Othman
Noradinah Hj Jaidi

Language and Literacy Education Academic Group
Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education
Universiti Brunei Darussalam


Abstract

When reading, students often face problems in understanding a particular text that they have read. The harder the text, the harder it will be for them to understand the text. They would often use various strategies that match with what they think the needs of the text that they have read would be. Therefore, this descriptive study is intended to identify the use of metacognitive strategies in pre-university students’ reading. A questionnaire based on the Reading Comprehension Inventory Strategy was used to collect the data. In order to obtain the research data, a total of 53 pre-university students in Brunei Darussalam were selected as the research sample. The research findings showed that the respondents often would often use reading strategies such as making marks, checking, seeking help, and writing a summary. The practice of using metacognitive strategies among the research sample when they came across the problem of understanding a text, showed that they would be more focussed on strategies that involve the use of thinking skills. The findings also showed the employment of different strategy preferences in understanding texts. Key words: metacognitive strategies, reading comprehension, pre-university student


Perjuangan Memperkasakan Pendidikan Di Malaysia

Perjuangan Memperkasakan Pendidikan Di Malaysia

Boleh baca artikel saya di dalam buku ini.  Isu Pemodenan Pendidikan Bahasa Melayu 

Diterbitkan pada tahun 2008. 

Perjuangan Memperkasakan Pendidikan Di Malaysia

Judul :Perjuangan Memperkasakan Pendidikan Di Malaysia
Harga :
RM39.00
Nombor siri :2342228
Status Stok:Stok masih ada


Buku ini membincangkan beberapa aspek yang berkaitan dengan perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia berdasarkan pengalaman 50 tahun merdeka. la terbahagi kepada 10 bahagian. Dalam Bahagian 1, artikel pertama membincangkan cabaran dan harapan yang menyeluruh dalam pembangunan pendidikan di Malaysia, manakala artikel kedua pula membincangkan secara mendalam satu unsur penting bagi penyelidikan dalam bidang pendidikan. Bahagian 2 pula bertumpu kepada pendidikan matematik dan mengandungi tiga artikel. Ketiga-tiga artikel tersebut membincangkan kajian tertentu dalam bidang pendidikan matematik. Seterusnya, Bahagian 3 bertumpu kepada pendidikan sains dan pendidikan jasmani, dan mengandungi tiga artikel. Artikel tersebut membincangkan penggunaan teknologi dalam pendidikan, realiti pendidikan sains, dan penilaian dalam program pendidikan jasmani.


Bahagian 4 bertumpu kepada pendidikan nilai, moral, pintar cerdas, seks, dan keluarga, dan mengandungi lima artikel. Artikel tersebut membincangkan amalan pendidikan nilai dan moral, pendidikan seks,pendidikan pintar cerdas, realiti pendidikan moral, dan pencegahan jenayah syariah melalui pembangunan keluarga bahagia. Bahagian 5 pula bertumpu kepada kurikulurn pendidikan dan mengandungi dua artikel. Artikel tersebut membincangkan perubahan kurikulum sekolah dan sejarah perkembangan kurikulum sejarah. Seterusnya, Bahagian 6 bertumpu kepada amalan kaunseling dan mengandungi dua artikel.Artikel tersebut membincangkan khidmat kaunseling di Malaysia dan cabaran pendidikan kaunseling. Bahagian 7 pula bertumpu kepada pendidikan bahasa dan kesusasteraan dan mengandungi dua artikel. Artikel tersebut membincangkan pemodenan pendidikan bahasa Melayu dan pendidikan kesusasteraan.


Bahagian 8 bertumpu kepada ICT dan pendemokrasian pendidikan dan mengandungi dua artikel. Artikel tersebut membincangkan persediaan graduan ICT dan biasiswa sebagai penjana pendemokrasian pendidikan. Bahagian 9 pula bertumpu kepada pengurusan dan pentadbiran pendidikan, dan mengandungi dua artikel. Artikel tersebut membincangkan latihan profesional bagi bakal pentadbir sekolah, dasar dan perancangan pendidikan. Akhir sekali, Bahagian 10 bertumpu kepada pendidikan matrikulasi dan swasta, dan mengandungi dua artikel. Artikel tersebut membincangkan sumbangan Pusat Asasi Sains dan sumbangan pendidikan tinggi swasta.






Kandungan

Prakata

Bahagian 1: Penyelidikan dan Pembangunan  

Bab 1     Pembangunan Pendidikan di Malaysia:    Cabaran dan Harapan
Nik Azis Nik Pa

Bab 2    Analisis Kritis tentang Penggunaan Definisi Operasi dalam Penyelidikan
Nik Azis Nik Pa, Noor Aini Khalifah


Bahagian 2: Pendidikan Matematik

Bab 3    Pemerkasaan Pembelajaran Geometri Pepejal bagi Murid Tingkatan 1
Chew Cheng Meng, Noraini Idris

Bab 4    Penyelesaian Masalah Kebarangkalian oleh Murid Tingkatan 4
Rugayyah Abdullah, Nik Azis Nik Pa

Bab 5    Penggunaan Model Solo untuk Menilai Kebolehan Penyelesaian Masalah Matematik Murid Sekolah Menengah
Lim Hooi Lian, Noraini Idris


Bahagian 3: Pendidikan Sains dan Jasmani  

Bab 6     Penggunaan Teknologi dalam Memperkasakan Pendidikan Sains di Malaysia
Mahanom Mat Sam, Rohaida Mohd. Saat

Bab 7     Pendidikan Sains di Malaysia: Sejarah dan Perjuangan 
Selva Ranee Subramaniam

Bab 8     Keperluan Pelaksanaan Penilaian dalam    Program Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah
Syed Kamaruzaman Syed All


Bahagian 4: Pendidikan Nilai, Moral, Pintar Cerdas, Seks, dan Keluarga

Bab 9     Penelitian Terhadap Konsep dan Amalan Pendidikan Nilai dan Moral
Nik Azis Nik Pa

Bab 10   Pendidikan Seks untuk Remaja Berkeperluan Khas    (Terencat Akal): Satu Analisis Keperluan
Khadijah Rohani Mohd. Yunus

Bab 11   Perkembangan dalam Pendidikan dan Kajian Kanak-kanak Pintar dan Berbakat
Ananda Kumar Palaniappan

Bab 12   Realiti Pendidikan Moral di Malaysia
Vishalache Balakrishnan

Bab 13   Pencegahan Jenayah Syariah Melalui Pembentukan Keluarga Bahagia
Nik Azis Nik Pa


Bahagian 5: Kurikulum Pendidikan  

Bab 14   Memperkasa Kesediaan Guru Melaksanakan Perubahan Kurikulum di Sekolah: Satu Perbincangan
Habib Mat Som

Bab 15   Sejarah Perkembangan Kurikulum Sejarah di Malaysia
Aini Hassan, Siti Hawa Abdullah


Bahagian 6: Amalan Kaunseling  

Bab 16   Program dan Khidmat Kaunseling di Malaysia  
Noor Aishah Rosli

Bab 17   Pendidikan Kaunselor di Malaysia: Cabaran dan Harapan
Rafidah Aga Mohd Jaladin


Bahagian 7: Pendidikan Bahasa dan Kesusasteraan

Bab 18   Isu Pemodenan Pendidikan Bahasa Melayu  
Yahya Othman


Bab 19   Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia: Isu dan Cabaran
Chew Fong Peng


Bahagian 8: ICT dan Pendemokrasian Pendidikan  

Bab 20   Perspektif Persediaan Graduan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Malaysia
Rodina Ahmad, Mazliza Othman

Bab 21   Biasiswa sebagai Penjana Pendemokrasian Pendidikan  
Aziah Ismail, Abdul Ghani Abdullah


Bahagian 9: Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan  

Bab 22    Mengurus dan Memimpin Sekolah: Keperluan Latihan Profesional Sebelum Memegang Jawatan Pengetua/Guru Besar
Ishak Sin, Abdul Malek Abdul Karim

Bab 23   Dasar dan Perancangan bagi Memperkasakan Pendidikan
Shahril @ Charil Marzuki


Bahagian 10: Pendidikan Matrikulasi dan Swasta

Bab 24   Sumbangan dan Cabaran Pusat Asasi Sains dalam Memperluaskan Peluang Pendidikan Bumiputera
Azilah Abdul Rabman, Yong Zulina Zubairi, Nor Sabirin Mobamed

Bab 25   Kepentingan dan Sumbangan Pendidikan Tinggi Swasta   
Norhayati Soin, Marizan Mubin

Selasa, 14 Ogos 2012

Lailatul Qadar

Sepuluh malam terakhir Ramadan memang ditunggu-tunggu oleh ahli ibadat dan mereka yang suka mengikhlaskan diri menghadap Allah swt. Banyak kitab-kitab yang menghuraikan amalan sepuluh hari terakhir Ramadan.  Kebanyakan kita tahu hal ini dan pernah mendengarnya. Namun  sejauhmana kita beriman dan mengamalkan tuntutan agar diperkuatkan beribadat pada malam-malam tersebut?

Sungguh luar biasa kemuliaan yang dianugerahkan Allah SWT pada malam al Qadar. Tidak hairan jika  Rasulullah SAW bersama para sahabat dan para imam dan orang-orang saleh tak pernah menyia-nyiakan keutamaan dan keagungan Lailatul Qadar yang dikaruniakan Allah SWT. Mereka beribadah dengan giat dan semangat.


Disebabkan kecuaian manusia, kecenderungan untuk beribadat pada malam al qadar kadang-kadang dibuat ala kadar saja. Allah menawarkan kehebatan beribadat pada malam tersebut seperti maksud firman Allah,
 "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2)

Di samping itu, hadis bermaksud," Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, Bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.Contohnya,  hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.

Semasa beribadat, antara doa yang dibaca pada malam tersebut seperti yang diingini Allah s.w.t :-وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِErtinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )

Rujukan:

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/608-berkenaan-lailatul-qadar-jangan-lepaskannya.htmlhttp://ramadhan.republika.co.id/berita/ramadhan/shaum-ala-rasulullah-saw/12/08/14/m8pqsv-beginilah-itikaf-orangorang-salehx

Selasa, 7 Ogos 2012

PENGARUH PROFESIONALISME GURU BAHASA MELAYU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Oleh: Yahya Othman, PhD.

Abstrak

Guru Bahasa Melayu yang profesional perlu mampu mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.  Tugas guru bukan hanya menyampaikan kandungan pelajaran dengan baik malahan perlu memiliki ciri profesional yang lain bagi memastikan  mutu penguasaan Bahasa Melayu dapat dipertingkatkan.  Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk  meneliti pengaruh profesionalisme guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran.  Kajian secara tinjauan ini dilakukan terhadap 90 guru Bahasa Melayu dengan tumpuan kepada aspek profesionalisme guru yang melibatkan ciri umum profesionalisme berasaskan komitmen, pelaksanaan pengajaran dan latihan. Soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data.  Dapatan menunjukkan bahawa kebanyakan responden kajian memiliki ciri profesionalisme guru mengikut kerangka yang ditetapkan.  Mereka juga masih memerlukan latihan lanjutan untuk memperkukuhkan kemahiran pedagogi terutama yang melibatkan ICT dan kaedah pengajaran yang sesuai dan berkesan.

PENGENALAN

Apakah yang tergambar dalam pemikiran kita dengan istilah profesionalisme guru? Adakah disebabkan komitmen yang mendalam terhadap profesion, kehebatannya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, atau ilmu dan kemahiran yang dimilikinya? Persoalan tersebut sering diberikan perhatian apabila membincangkan profesionalisme guru.

Rabu, 1 Ogos 2012

Kemahuan "bestseller"


Semasa bercuti di KK baru-baru ini, kami menginap di sebuah apartmen di One Borneo. Lokasinya bagus dan menarik pemandangannya. Harga sewanya pun boleh tahan juga. Menginap di sana memudahkan kami untuk membeli belah. Di tingkat bawah ada banyak tempat yang boleh disinggahi untuk urusan membeli. Nak beli apa?

Tumpuan utama saya ialah kedai buku.  Ada kedai buku HARRIS di situ. Banyak buku yang boleh dibelek dan dibeli.  Beli buku adalah kegemaran saya.  Belum tentu lagi buku yang dibeli sebelum ini habis dibaca, namun  bila nampak buku baru kemahuan untuk beli tetap ada. Saya suka membelek buku-buku agama dan tren semasa, sama ada politik atau pendidikan.  Sebuah buku berjudul Tip Menjadi Penulis Bestseller karya Zamri Mohamad menari perhatian saya.  Bukannya saya mahu menjadi penulis yang bestseller yang akhirnya boleh dapat banyak duit. Saya suka pada gaya penulisannya.  Mudah dan tidak meleret-leret. Setiap bab ditulis ringkas tapi banyak informasi. Seronok membacanya.

Ada juga kemahuan dalam hati nak tulis buku-buku macam itu. Bestseller. Namun masih banyak kekangannya. Walaupun kini masih lagi menumpu pada bidang pendidikan bahasa namun kemahuan untuk menulis buku bestseller juga terniat dalam hati. Mungkin kemahuan itu dapat dinyatkan pada masa yang sesuai. Sekarang  tulis jurnal dan buku akademik saja.  Tapi bila? Bila dah betul-betul bersara mengajar dan duduk di rumah.  Agaknya. Tapi semua itu ada dalam kemahuan saya.  Mungkin akan dijelmakan impian itu, insyaallah.

Rabu, 25 Julai 2012

Tazkirah ramadan



Ramadan adalah bulan yang sangat mulia. Bulan tempat menyucikan diri. Tempat mendekatkan diri dengan Allah. Bulan ini juga Allah membukakan pintu syurga, syaitan dirantai, serta pahala amal digandakan. 

Ramadan adalah kurniaan Allah swt yang sangat besar.  Rahmat, kasih sayang dan keampunan Allah melimpah di dalamnya. Puasa juga terkandung di dalamnya pelbagai hikmah serta pengajaran hidup bagi mereka yang inginkannya. Beruntunglah kepada mereka yang dapat memanfaatkan kemuliaan yang ada di dalam bulan Ramadan.

Perbincangan berkaitan nikmat Ramadan tidak habis diperkatakan. Para ulama secara berterusan akan memperkatakan bab Ramadan. Sebagai ingatan dan panduan bagi umat Islam, bacaan berkaitan Ramadan perlu diteruskan dan dihayati. Dengan membaca, pengetahuan dan pemahaman berkaitan amalan yang dilakukan akan bertambah kualitinya. 

Antara buku yang sedang saya baca ialah Nasihat Ramadan Daripada Orang Soleh oleh Sultan Hadi, terbitan Kemilau Publika dengan kata pengantar oleh TG Dato' Nik Abdul Azik Nik Mat.  Sangat baik dibaca di samping amalan membaca al-Quran yang turunnya dalam bulan Ramadan.

Di samping itu, bagi membantu mengelakkan pembaziran dan kegelojohan di bulan Ramadan, baca artikel ini oleh SM Idris, Presiden CAP berkaitan amalan negatif umat Islam yang perlu dijadikan sempadan.  Baca juga artikel ini oleh Datuk Dr Mohd  Asri yang mengupas berkaitan puasa dan hubungan antara agama.

Hayati juga kata-kata Ibnu Qayyim berkaitan kehidupan;

"Sebelum usia kita berakhir, sebelum segalanya menjadi terlambat, agar kita tidak menuai umur dengan buah yang pahit pada hari pembalasan, maka tanamlah dilandang-ladang waktu kita dengan pohon-pohon yang aik.  belajarlah menggunakan waktu yang dipraktikkan oleh para salaf, generasi awal Islam.  Kerana mereka telah membuktikan bahawa tiada waktu yang dilalui dengan sia-sia.  Waktu mereka diisi dengan ketaatan, kebaikan dan produktiviti."

Malangnya waktu selalu datang dan pergi dengan cepat.  Sebulan tidak lama.  Dalam menunggu-nunggu, Ramadan dah tiba. Jangan sis-siakan Ramadan ini kerana belum tentu Allah akan menemukan kita dengan Ramadan akan datang..

SELAMAT BERPUASA dan ingat, "dua nikmat yang banyak manusia tertipu dan rugi iaitu  kesihatan dan waktu lapang." HR Bukhari

Isnin, 25 Jun 2012

Kursus pengajaran menulis karangan

Tarikh : 19-25/6/2012 dan 27-28/8/2012
Tempat :  Bilik SHBIE 2.28
Universiti Brunei Darussalam
Peserta: Guru-guru BM sekolah rendah Brunei Darussalam




(Gambar: Peserta kursus sedang menulis karangan!)

Peserta kursus boleh membuat rujukan di sini
emel : yahyaoth@gmail.com atau yahya.othman@ubd.edu.bn

Jumaat, 15 Jun 2012

Allahyarham Ustaz Yahya Othman

Saya mengenali nama ustaz Yahya Othman sejak lama dulu dan kebetulan namanya sama nama dengan saya. Saya sering membaca mengenai diri beliau yang aktif dalam perjuangan parti PAS. Beliau telah kembali kerahmatullah semalam, 14/7/12 dan semoga rohnya dirahmati Allah..Alfatihah

Peristiwa ini semakin memberi ingatan akan kematian...

Baca artikel oleh Datuk Saifudin Nasution di bawah ini bagi mengenali diri allahyarham

Ustaz Yahya: Pejuang, murabbi, guru dan sahabat
Oleh Saifudin Nasution
Penulis ialah Ahli Parlimen Machang dan Setiausaha Agung PKR.

Saya mula mengenali Ustaz Yahya Osman ketika menjadi mahasiswa di UPM tahun 1980an. Ustaz Yahya seringkali hadir sebagai pembentang kertas kerja dalam program-program tamrin kampus. Wataknya yang lemah lembut, penyampaian dan kupasan yang padat dan sarat dengan mesej perjuangan, keupayaan mengaitkan dengan perkembangan dan realiti politik semasa, menjadikan sesi beliau sentiasa dinantikan. Pesannya prinsip perjuangan biar teguh dan kekal namun pendekatannya boleh sahaja berubah. Impak dan kesannya kepada mahasiswa yang diasuh dan dibimbingnya amat luar biasa.

TIDAK MELUPAKAN KEBAIKAN

KAEDAH KETIGA: Menekankan muamalah dalam kehidupan.  Interaksi dengan orang lain.  Kita diajar tidak melupakan kebaikan orang. Keseluruhan...