Rabu, 25 Mei 2022

TADABBUR AL-QURAN

Semasa bulan Ramadan, antara amalan soleh yang dituntut ialah membaca al-Quran.  Al-Quran yang diturunkan dalam bulan Ramadan.  Membaca al-Quran suatu ibadah yang mulia dan mempunyai banyak kelebihan.  Namun sekadar membaca tanpa memahami isi dan penghayatan makna belum mencapai matlamat dan tujuan utama al-Quran diturunkan. Membaca al-Quran dituntut untuk ditadabbur dan memahami isinya. Ini adalah tujuan utama Allah menurunkan al-Quran.  Allah berfirman yang maksudnya: "Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang betul dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.  (al-Isra’ 17;9)

Tadabbur bermaksud melihat akibat atau kesan daripada sesuatu perkara atau perbuatan yang dilakukan. Tadabbur adalah pemerhatian, penelitian, renungan serta pengkajian yang dilakukan terhadap makna al-Quran. Proses ini berlaku melalui penelitian, renungan dan berfikir terhadap hakikat sesuatu atau sebahagiannya memerhatikan perkara disebaliknya

Menurut al-Qardhawi, tadabbur adalah memikirkan di sebalik sesuatu perkara yakni akibatnya. Tadabbur hampir dengan makna tafakkur. Namun makna tafakkur adalah menggerakkan hati atau memikirkan dalil. Manakala tadabbur menggerakkan fikiran tentang akibatnya. Selain itu, makna tadabbur menurut al-Zuhaili adalah merenungkan makna-maknanya dan meneliti kandungannya.  

"Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayat-Nya, dan untuk orang- orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar."  (Saad 38:29)

Al-Quran mampu membentuk jati diri yang teguh, menjadikan manusia terdidik dengan akhlak dan budi pekerti tinggi, rajin berusaha dan berilmu tinggi. Kefahaman terhadap al-Quran merupakan suatu anugerah daripada Allah swt. Ia dianugerahkan kepada mereka yang sungguh-sungguh mempelajari isi kandungan al-Quran. Namun pengamalan membaca al-Quran beserta tadabbur amat kurang dititikberatkan pada masyarakat kini. 

Kelemahan umat Islam ialah tidak memahami isi kandungan al-Quran.  Mereka membaca secara tartil dan bertajwid, namun kandungannya tidak diberikan perhatian.  Di dalam al-Quran mengandungi pelbagai khazanah kehidupan yang diturunkan oleh Allah ke pada Nabi Muhammmad s.a.w.  Oleh itu membaca tanpa tadabur bererti membaca tanpa matlamat khusus ke arah memahami kandungannya.

ANCAMAN KELAPARAN GLOBAL

Masalah kelaparan semakin kritikal kini.  Isu dunia akan alami situasi kebuluran sesuatu yang sukar dielakkan.  Ada beberapa sebab isu ini muncul di tengah kegawatan duna dengan pelbagai bencana.  

3 'C' sebab utama mengakibatkan krisis ini. 'Crisis Ukraine Rusia'. Rusia adalah pengeluar utama makanan gandum, baja dan produk pertanaian utama.  'Climate Change' yang melanda dunia.  Kepanansa gobal mengganggu perkembangan pengeluaran hasil pertanian.  'Covid 19' juga penyebab mulanya krisis makanan global.  Rantaian pembekalan makanan terganggu.    

Akibat perang Rusia Unraine, banyak masalah kehidupan semakin muncul secara global.  Perang bukan hanya menuntut kehilangan nyawa di medan parang.  Kesan global kini merangkumi kelaparan.  Pertanian yang tidak dapat dilakukan menjadikan produk makanan tidak dapat disediakan.  Ukraine antara pengeluar utama gandum dunia terjejas teruk. India yang juga pengeluar gandum utama telah menghentikan eksport gandum.  Hal ini menambahkan lagi kekusutan dalam industri gandum.  

Kini Malaysia mengalami tempias akibat kukurangan bahan makanan.  Produk tepung semakin sukar diperoleh.  Harga produk pertanian dan penternakan.   

Amaran dari Ketua Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata, semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bersetuju dunia akan menghadapi krisis kelaparan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.  Ancaman ini akan menjadi malapetaka yang tak terjangkau oleh akal selama ini.

Allah sering memberi amaran akan bencana yang boleh berlaku akibat kecuaian manusia mengurus kehidupan.  Rakus dalam menguasai kuasa di dunia tanpa mengenal belas kasihan.  Balasan yang Allah tunjukkan kini akan menjadikan kehidupan semakin sukar.  Manusia semakin tidak menghiraukan balasan yang bakal diterima.  Yang penting ialah kekal berkuasa dan menambah kuasa yang ada.


TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...