Isnin, 1 Mei 2023

MUHASABAH JIWA



Kehidupan akhirat adalah kehidupan yang sesungguhnya. Manusia perlu buat persediaan untuk ke sana. Para pelaku maksiat menyesal sebab di dunia kurang amal soleh. bakhil, kurang baca al-Quran,  tinggalkan solat, dan kurang delay kan diri dengan Allah. Maksud hadis; Orang yang cerdas ialah  orang yang paling banyak ingat mati. Selalulah menghisab diri. Renungkan yang kita lakukan. Kitalah yang tahu tentang diri kita.  Perlu audit diri sendiri. 


Menurut Ibn Qayyim, makna muhasabah diri ialah tahu klasisifasikan amal baik dan buruk.  Kita tidak akan kembali ke dunia untuk baiki diri selepas mati. Semua perlu lakukan hisab diri.  Orang yang tak pernah muhasabah diri akan jatuh kebinasaan. Ada empat waktu yang perlu disediakan untuk ; dekatkan diri dengan Allah,  hisab diri, berkawan untuk baiki diri sendiri dengan nasihat, dan bersenang untuk yang halal. 


Mawardi berkata muhasabah ialah ingat apa yang dilakukan di siang hari dan nilai pada waktu malam. Ia berusaha untuk baiki keburukan diri . 


Bagaimana cara muhasabah? Ada dua model. Audit sebelum buat sesuatu.  Adakah perlu bila lakukan sesuatu.  Bagi muhasabylaiukan amalan. Pertama hisab jiwa tentang ketaatan. Hak Allah 6 perkara dalam ibadat iaitu ikhlas, ibadah dengan sebaik -baiknya,  sesuai dengan contoh Nabi, ihsan dalam ibadat,  hadirkan anugerah Allah berikan, dan renungkan ibadah yang dilakukan. 

TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...