Jumaat, 30 Julai 2021

TALBIS IBLIS TERHADAP AHLI IBADAH


Apakah maksud talbis iblis? 

Talbis dalam bahasa Arab,  dan ertinya perangkap atau tipu daya.

Talbis iblis maksudnya tipu daya serta perangkap yang dibuat oleh iblis untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah Ta’ala.

Disebutkan oleh Allah dalam Al-Qur’an bahawa iblis meminta penangguhan waktu, untuk menyesatkan manusia.  Allah Ta’ala berfirman :

قَالَ أَنظِرْنِىٓ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ ﴿الأعراف١٤﴾

Iblis menjawab: “Beri tangguhlah sampai waktu mereka dibangkitkan”.

قَالَ إِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ ﴿الأعراف:١٥﴾

Allah berfirman: “Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh”.

Pintu terlebar untuk iblis menggoda manusia ialah kebodohan.  Dengan mudah iblis memasuki pintu tersebut untuk menggoda orang bodot.  Bagi orang berilmu, iblis tidak bolec menggoda orang berilmu kecuali dengan mencuri kesempatan.  Iblis menebar talbisnya kepada ahli ibadat yang sedikit ilmunya.  Hal ini disebabkan mereka sibuk beramal tanpa ilmu yang mencukupi.

Talbis pertama yang dilakukan iblis ialah menjadikan mereka  lebih menutamakan ibadah dariada ilmu.  Perkara utama yang perlu dilakukan ialah ilmu.  Iblis memperlihatkan kepada mereka bahawa tujuan ilmu hanyalah amal.  Mereka akan memahami bahawa amal itu hanyalah amalan anggota badan.  Mereka tidak mengetehui bahawa amalan itu adalah amala hati lebih utama dariamalan anggota tubuh.

Tatkala talbis iblis sudah tartanam, mereka lebih mengutamakan praktik ibadah fizikal daripada ilmu.  

Talbis iblis dalam bersuci dan hadas.

Iblis menyuruh berlama-lama di dalam bilik mandi.  Iblis juga suka jika air banyak digunakan dalam bersuci.  

Talbis iblis dalam wuduk.

Iblis talbis ketika berniat wuduk.  Melihat suci tidaknya air untuk wuduk dan menggunakan air yang banyak ketika berwuduk.  Iblis juga talbis dengan mengatakan ibadah yang dilakukan tidak sah dan tidak sah solatnya.  

Talbis iblis dalam azan.

Salah satu talbis iblis galah melagukan azan.  Imam Malik bin Anas dan ulama lainnya memakruhkan sebab hal itu mengeluarkan kedudukan azan sebagai pengagungan Allah menjadi serupa dengan lagu.  Talbis lain ialah mencampurkan azan subuh dengan zikir, tashih dan nasihat.  

bersambung....Talbis iblis dalam solat.

Rabu, 28 Julai 2021

SYAITAN DALAM ALIRAN DARAH MANUSIA

Fitnah syaitan begitu banyak, sulit bagi manusia untuk selamat dari fitnahnya. Syaitan ada bersama dengan setiap orang. Bahkan syaitan mengalir dalam tubuh manusia seperti aliran darah.

Dikutip dari buku Talbis Iblis karya Ibnul Jauzi dengan pentahqiq Syaikh Ali Hasan al-Halabi, dari isteri Nabi Muhammad ﷺ, dia berkata,

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُعْتَكِفًا فَأَتَيْتُهُ أَزُورُهُ لَيْلًا فَحَدَّثْتُهُ ثُمَّ قُمْتُ لِأَنْقَلِبَ فَقَامَ مَعِيَ لِيَقْلِبَنِي وَكَانَ مَسْكَنُهَا فِي دَارِ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ فَمَرَّ رَجُلَانِ مِنْ الْأَنْصَارِ فَلَمَّا رَأَيَا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَسْرَعَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى رِسْلِكُمَا إِنَّهَا صَفِيَّةُ بِنْتُ حُيَيٍّ فَقَالَا سُبْحَانَ اللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ الْإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّمِ وَإِنِّي خَشِيتُ أَنْ يَقْذِفَ فِي قُلُوبِكُمَا شَرًّا

"Rasulullah ﷺ  sedang beri'tikaf. Suatu malam, aku datang menjenguk beliau. Aku berbincang-bincang dengan beliau, kemudian bangkit untuk kembali ke rumah. Beliau ikut bangkit untuk mengantarku pulang.-Rumah Shafiyah ini berada di komplek Usamah bin Zaid-. Kemudian, ada dua laki-laki Anshar melintas (di dekat situ). Pada saat keduanya melihat Rasulullah ﷺ, mereka pun mempercepat langkah. 

Nabi ﷺ lalu bersabda: 'Perlahan-perlahanlah kalian, sesungguhnya wanita ini adalah Shafiyah binti Huyay'. Maka keduanya pun berkata: 'Subhanallah, wahai Rasulullah'. Beliau bersabda: 'Sesungguhnya syaitan mengalir pada anak Adam seperti aliran darah, dan aku khuatir ia menyusupkan prasangka buruk ke dalam hati kalian berdua'".

Al-Khathabi menjelaskan: "Dalam hadis ini terdapat anjuran agar seseorang berhati-hati dari setiap perkara negatif yang dapat memicu terlintasnya prasangka buruk dalam hati. Dan, hendaknya seseorang berusaha mencari keselamatan dari prasangka buruk orang lain tadi dengan menampakkan pembebasan diri dari persangkaan buruk yang dialamatkan kepadanya".

Berkenaan hal ini, diriwayatkan satu atsar dari asy-Syafi'i rahimahullah, dia berkata: "Nabi khuatir ada prasangka buruk yang menghinggapi dua Sahabat Anshar tersebut, hingga menyebabkan keduanya kufur. Nabi mengatakan perkataan tersebut kerana kasihan kepada mereka berdua, bukan kerana kasihan terhadap diri beliau sendiri".

Selasa, 27 Julai 2021

KISAH POHON YANG DISEMBAH MANUSIA

Al-Hasan berkata, ada sebatang pohon yang dijadikan sembahan selain Allah.  Seorang lelaki datang ke pohon itu dan berkata, " sungguh aku akan menebvang pohon ini."  Dalam keadaan marah dia berniat untuk tebang pohon itu.  Iblis datang menahan lelaki itu dalam wajah manusia.  

Iblis bertanya, "Apa yang kamu inginkan?" Lelaki itu menjawab yang dia hendak tebang pohon itu yang dijadikan sembahan selain Allah.  Iblis membantah , "Jika kamu tidak menyembahnya, lalu apa mudaratnya kepada kamu berbanding orang yang menyembahnya." Lelaki itu bertkeras untuk menruskan niatnya untuk menebang pohon itu.  Syaitan menegahnya dengan menawarkan kepada lelaki itu dua dinar setiap pagi. Syaitan akan diletakkan di bawah bantalnya dua dinar apabila dia bangun tidur.  

Lelaki itu setuju dengan tawaran dinar dari syaitan.  Apabila bangun dari tidur lelaki itu  dapati ada wang dua dinar di bawah bantalnya.  Namun pada hari berikutnya wang dinar itu tidak ada di bawah bantalnya.  Lelaki itu marah dan mahu menebang pohon itu kerana ditipu syaitan.  Kata lelaki itu," Aku akan menebang pohon yang dijadikan sembahan manusia itu." 

Syaitan membantah lelaki itu, "Kamu bohong, kamu tak boleh tebang pohon itu."  Lelaki itu bangkit untuk menebang pohon itu.  Iblis melawan hingga lelaki itu terjatuh.  Iblis mencekiknya  dan nyaris membunuhnya.  Iblis berkata," Tahukan kamu siapa aku. Aku adalah syaitan. Pertama kali dulu kamu datang dengan marah kerana Allah dan aku tidak meampu melawan kamu.  Apabila kamu diperdaya dengan dua dinar, kamu tidak menebangnya.  Tetapi sekarang kamu datang membela dua dinar, maka aku berhasil mengalahkan kamu."

Sumber:

Ibnul Jauzi (tahqiq Aiman Shalihin Sya'ban). 2012. Perangkap Iblis.  Pustakan Arafah: Solo.


Khamis, 22 Julai 2021

AHLI SYURGA MAKAN DAN MINUM?

Firman Allah Ta'ala:  "Sesungguhnya orang-orang bertakwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan mata air yang mengalir. Serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini.  Pada ketika itu dikatakan kepada mereka); Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan." (Al-Mursalat: 41-43)

PELBAGAI nikmat dan ganjaran yang menanti buat orang yang beriman di dalam Syurga. Bertemu bersama dengan insan-insan kesayangan yang sudah terpisah di bumi, disatukan kembali oleh Allah SWT ketika di dalam syurga. 

Antara nikmat Allah SWT ketika di syurga termasuklah tentang makan yang dikisahkan menerusi ayat al-Quran, Surah al-Thur, ayat 19 yang bermaksud: (Dan dikatakan kepada mereka): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan”.

Telah diperihalkan mengenai kisah makan istimewa yang dijanjikan oleh Allah SWT ketika berada di dalam syurga. Allah SWT apabila menceritakan tentang makan di dalam Al-Quran tidak hanya bercerita ringkas tetapi dengan penuh lengkap. Menerusi surah yang sama, huraian mengenai apa jenis makanan dan bagaimana bentuk makanan diceritakan dengan lengkap sehingga akhir surah ini. 

Jamuan makan bersama keluarga ini diceritakan oleh Allah SWT dan diperincikan melalui ayat-ayat lain di dalam al-Quran dan kesudahan yang indah buat penghuni-penghuni syurga yang akan berkumpul dan bertemu semula dengan insan-insan kesayangan mereka.


Sumber

Sheikh Soleh Mator. 2016. 33 Kunci Syurga (Terjemahan Safinah Hasan); Tiada  nama penerbit.

Jamuan Makan Sekeluarga di Syurga
://ikimfm.my/jamuan-makan-sekeluarga-di-syurga/

Rabu, 21 Julai 2021

ILMU DAN SYURGA

Beriman dengan adanya syurga  termasuk dalam perkara ghaib.  Untuk menggapai syurga perlu beramal untuk memperolehnya. Allah SWT berfirman bermaksud: "Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, disediakan bagi orang bertakwa." (Surah Ali-Imran, ayat 133)

Tanda-tanda yang menunjukkan manusia itu dalam kalangan mereka yang bertakwa dan bakal menghuni syurga ialah mereka rajin bertaubat kepada Allah SWT. 

Malas bertaubat membuktikan manusia malas untuk masuk syurga kerana sesungguhnya agama menggalakkan manusia meraih ganjaran dengan apa cara sekalipun. Antara usaha itu ialah bertaubat kerana manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Dalam buku 33 Kunci Syurga, antara tajuk yang dibincangkan galah syurga mempunyai tingkatan dan kediaman yang banyak.

Antara perkara yang wajib kita pegang ialah beriman bahawa syurga terlah tersedia untuk sesiapa yang bakal menghuninya. Firman AllahbTaala;  "...yang telah disediakan baai orang-orang yang bertakwa." (Ali Imran: 133)

Sesuatu yang telah tersedia bermaksud telah ada dan telah dicipta.  Syurga mempunyai beberapa tingkat dan mediaman yang berbagai-bagai superti al-Jannah, 'Adn,  Naim, Dar As-Salam, Dar Al-Maqamah.  Ma'wa,  Firdaus, dan semda itu antara syurga-syurga yang bakal didiami.

Firman Allah Taa'ala tentang Al-Jannah;

"Dan orang-orang yang Bergman serta beramal soles, Kami akan memasukkan mereka ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.  Mereka beroleh dalam syurga itu paangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersie,  serta Kami masukkan Smereka ke temuta yang sentiasa dianungi," (An-Nisa')

Firman Allah Ta'ala tentang Syurga 'Adı;

"Allah menjanjikan orang-orang beriman, lelaki dan perempuan (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dal;amnya dan beroleh tempt-tempat yang back di dalam syurga -syurga 'Adn..." (At-Taubah:72)

Untuk mendapatkan ilmu yang berkaitan boleh baca buku tersebut.

Rujukan:

Sheikh Soleh Mator, 2016. 33 Kunci Syurga (Terjemahan Safinah Hasan). Tiada nama penerbit.



Khamis, 15 Julai 2021

MANUSIA PALING DICINTAI ALLAH

Jadilah Manusia Paling Dicintai Allah

عَنِ ابْنِ عُمَرَ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ , وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ , أَوْ تَكَشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً , أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا , أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا , وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ شَهْرًا

Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi SAW  bersabda, “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, meringankan kesusahan orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu keperluan, maka hal itu lebih aku cintai daripada iktikaf sebulan di masjid ini iaitu masjid Nabawi di Madinah selama sebulan penuh (HR. Tobarani dalam Al Mu’jam Al Kabir no. 13280, 12: 453). Status: hadis hasan.

Pengajaran:

1.  Muslim yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain. 

2.  Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah apabila seseorang itu membuat orang lain bahagia. Antara cara yang boleh dilakukan untuk membahagiakan orang lain adalah dengan cara meringankan kesusahan seseorang seseorang,  membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. 

3.  Seorang Muslim yang pergi untuk membantu bagi memenuhi keperluan seseorang, lebih dicintai Allah daripada dia beriktikaf sebulan di masjid Nabawi. 

4.  Dalam situasi kita berhadapan dengan pandemik Covid-19 serta impak ekonomi yang telah mula terasa, ada yang dipotong gaji, tidak kurang juga yang telah di buang kerja. Bagi yang tidak terkesan, marilah kita membantu orang yang sedang ditimpa kesusahan dan musibah.

5.  Semoga dengan bantuan yang dihulurkan walaupun kecil, sekurang-kurangnya ia boleh meringankan kesusahan orang lain.

Jadilah Muslim yang bermanfaat pada orang lain dan dicintai Allah.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera


#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian

#MalaysiaMenujuNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor



Selasa, 13 Julai 2021

MELANCONG KE ANGKASA

Masa pandemik ini, sektor pelancongan dikira tenat.  Semua kena tutup.  Hotel tutup,  kapal terbang tak boleh terbang, bas ekspres dihentikan, industri makanan sakit, pengusaha inap desa kunci pintu, dan pelbagai kesukaran dialami.  Jika ada niat nak melancong keluar negara lupakan saja.  

Penggemar melancong tegar mungkin terseksa sebab sekatan kini.  Dia perlu fikirkan cara untuk menenangkan khayalannya ketika melancong. Namun semalam jutawan Branson telah melancong ke angkasa.  Ketika kita terperuk akibat pendemik, dia berbangga dengan kejayaannya meneroka angkasa untuk melancong.  Kita perlu buka minda untuk terima kenyataan ini.  Kita boleh gabungkan kejayaan Branson ini merangkumi usaha, fikiran  kreatif, berfikiran luar kotak, ambil peluang, dan faktor utama lain ialah dia ada wang.  Masa pendemik dia masih ada banyak wang untuk merealisasikan cita-citanya.  

Oleh itu kejayaan tidak dipengaruhi atas faktor wang saja.  Dalam situasi terhimpit pun kejayaan boleh dicipta.  Maka gunakanlah fikiran untuk memenangkan impian. 

Berita kejayaan Branson melancong ke angkasa boleh dibaca di sini.



Sabtu, 10 Julai 2021

10 HARI AWAL ZULHIJJAH

 


Untuk memahami kelebihan, fadhilat dan keistimewaanya, kami nukilkan daripada kitab Lata'if Al-Maarif oleh Ibnu Rajab al-Hanbali.

Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

Maksudnya : "Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini- baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya? "Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali."

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)

Perbahasan tentang kelebihan 10 hari terawal Zulhijjah terdapat dalam 2 fasal : Kelebihan beramal dalam waktu itu dengan hadis ini menjadi dalilnya, dan kelebihannya yang tersendiri.

FASAL PERTAMA : Kelebihan beramal soleh pada 10 hari tersebut.

Hadis menjadi dalil kepada beramal pada 10 hari ini lebih disukai oleh Allah berbanding amalan-amalan pada hari yang lain tanpa sebarang pengecualian.Apabila ia adalah perkara yang paling disukai oleh Allah, maka ia adalah sesuatu yang afdal disisi-Nya.

Hadis ini juga turut diriwayatkan dengan lafaz,

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ أفضل من أيام العَشْر

Maksudnya : "Tiada hari-hari amalan yang dilakukan padanya menjadi afdal berbanding 10 hari awal Zulhijjah."

Hadis ini juga diriwayatkan dengan terdapat keraguan disisi perawi pada lafaz: Paling disukai atau afdal. Apabila sesuatu amalan dalam 10 hari ini dan lebih disukai oleh Allah berbanding amalan yang dilakukan pada hari-hari yang lain dalam setahun, maka jadilah amalan yang kurang utama yang dikerjakan dalam 10 hari ini afdal daripada amalan yang lebih utama yang dikerjakan pada selainnya.Sebab itulah, para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah,walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya ?", Baginda bersabda, "Walaupun jihad, ia tidak menandinginya."Kemudian, Baginda mengecualikan satu jenis jihad yang merupakan sebaik-baik jihad kerana baginda juga pernah ditanya, "Manakah jihad yang afdal?",Baginda menjawab, "Jihad seseorang yang kudanya ditikam mati dan dia pun mati syahid. "Orang demikian mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah.

Nabi SAW telah mendengar seorang lelaki berdoa,

اللَّهُمَّ اعْطِني أَفْضَلُ ما تُعطِيْ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya : "Ya Allah, Berikanlah kepadaku sebaik-baik pemberian yang engkau berikan kepada hamba-Mu yang soleh."

Lalu baginda bersabda kepadanya,

إِذَنْ يُعْقَرُ جَوَادُكَ ، وَتَسْتَشْهِدُ

Maksudnya : "Oleh itu, pastikan (Kamu berjihad sehingga) kudamu mati ditikam dan kamu mati syahid."

Riwayat Ibnu Hibban (4639), al-Hakim (2/74) di dalam al-Mustadrak

Secara khususnya, Jihad sebegini lebih baik daripada amalan yang dilakukan pada 10 hari terawal Zulhijjah.

Manakala jihad yang lain, amalan dalam 10 hari terawal Zulhijjah menjadi afdal dan lebih disukai oleh Allah SWT daripadanya, malah termasuk semua amalan yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa amalan yang kurang utama, yang dikerjakan dalam tempoh yang terbaik akan diberi kelebihan yang seperti amalnya yang lebih utama yang dikerjakan dalam tempoh selainnya, bahkan amalan yang pertama tadi mengatasinya disebabkan ganjaran yang dilipat ganda. Penambahan ini disebutkan dalam hadis riwayat Ibnu Abbas R.A, iaitu :

وَالْعَمَلَ فِيهِنَّ يُضَاعَفُ سَبْعمِائَةِ ضِعْفٍ

Maksudnya : " Dan amalan yang dikerjakan dalam tempoh ini akan digandakan pahalanya sehingga 700 kali”

Namun, sanadnya terdapat kelemahan.

Selain itu, kadar gandaan pahala dinyatakan dalam banyak riwayat yang berbeza. Al-Tirmizi dan Ibnu Majah meriwayatkan hadis daripada Al-Nahhas Bin Qahm, daripada Qatadah, daripada Ibnu Al-Musayyab , daripada Abu Hurairah, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda,

مَا مِن أَيَّامٍ من أيام الدٌّنْياَ أَحَبُّ إِلىَ اللهِ أَنْ يُتَعَبّدَ له فيها من أيام العَشْرِ، يَعْدِلُ صِيامُ كُلُّ يَوْمٍ مِنْهَا بِصِيَامِ سَنَةٍ وَقِيَامِ كُلُّ لَيلةٍ مِنْهَا بقيام ليلة القَدْرِ

Maksudnya : "Tiada hari-hari yang paling disukai oleh Allah untuk seseorang melakukkan ibdah kepada-Nya selain 10 hari dalam Zulhijjah. Puasa setiap harinya menyamai puasa setahun, dan qiamullail setiap malamnya menyamai qiamullail pada malam Al-Qadr."

Riwayat al-Tirmizi (758), Ibnu Majah (1728)

Namun, ulama  hadis melemahkan Al-Nahhas Bin Qahm.Al-Tirmizi menyebutkan daripada Al-Bukhari bahawa hadis tersebut diriwayatkan daripada Al-Qatadah daripada Sa'id, secara mursal. Thuwair Bin Fakhitah - seorang perawi yang lemah – turut meriwayatkannya daripada mujahid, daripada Ibnu Umar R.A, Katanya :

ليس يوم أعظم عند الله من يوم الجمعة ليس العشر فإن العمل فيها يعدل عمل سنة

Maksudnya : "Tiada suatu hari yang paling agung di sisi Allah selain hari Jumaat bukannya 10 hari (Terawal Zulhijjah) kerana suatu amalan yang dikerjakan pada hari itu menyamai amalan selama setahun."

Abu Amru al-Naisaburi meriwayatkan dalam kitab Al-Hikayat dengan sanadnya, daripada Humaid, beliau berkata,"Aku mendengar ibnu Sirin dan Qatadah berkata, Puasa setiap hari daripada 10 hari Zulhijjah menyamai puasa setahun."Sebenarnya, banyak lagi hadis yang diriwayatkan dengan gandaan ganjaran pahala, antaranya: Harun Bin Musa Al-Nahwi meriwayatkan dengan berkata, " Aku mendengar Al-Hassan menceritakan daripada Anas bin Malik, Katanya, pernah disebutkan tentang 10 hari tersebut : Setiap harinya menyamai seribu hari, dan hari Arafah menyamai 10 000 hari."

Baca keseluruhan artikel di sini.



Jumaat, 9 Julai 2021

REBUT KUASA


Memiliki kuasa sering menjadi idaman manusia.  Kepada yang telah berkuasa, hilang kuasa beri impak mendalam kepadanya.  Dia akan merasakan serba kurang.  Jika sebelum ini kuasa memberikan keistimewaan kepadanya, namun bila kuasa yang dimiliki sudah hilang dia jadi hilang punca.  Dia akan cuba dapatkan semula kuasa yang hilang. 

Kereta yang hilang kuasa disifatkan tidak mampu bergerak.  Alatan elektrik yang hilang kuasa menjadikan  fungsinya tidak dapat dipenuhi.  Begitu juga dengan kuasa memerintah.  Hilangnya kuasa mentadbir sesuatu institusi bermakna cengkaman dan arahannya tidak bermakna.  Pengikut akan lari.  Orang bawahan tidak akan mempedulikannya.  Lebih ekstrim lagi ialah ia akan dipinggirkan.  Kuasa yang manusia miliki tidak kekal.  Kuasa  itu akan hilang dan orang lain akan berebut untuk mengisi kekosongan kuasa itu.  

Dalam konteks Malaysia kini, ahli politik berebut untuk mendapatkan kuasa memerintah.  Mereka menggunakan pelbagai strategi bagi menjatuhkan kuasa pihak lawan.  Kita disajikan dengan pertelagahan yang tak berkesudahan.  Dulu kawan kini lawan seteru yang perlu dijatuhkan.  Walaupun massa menghadapi kesukaran hidup, dijangkiti penyakit bahaya, serta segala macam kepayahan, namun perebutan untuk berkuasa masih berlaku. Mereka merebutkan kuasa memerintah yang dianggap boleh memberinya kebahagiaan. Matlamat utama untuk mendapatkan kuasa memerintah dianggap keistimewaan.  Tapi mereka lupa amanah yang Allah beri sering disalah guna.  Kuasa pada mereka perlu dipertahankan selama-lamanya. 

Namun kuasa yang manusia miliki tidak setanding dengan kuasa Allah.  Kuasa mutlak milik Allah.  Allah berkuasa menaikan dan menjatuhkan kuasa yang dimiliki manusia.  Allah berkuasa menghukum azab manusia yang tidak mengikut petunjukNya.  

Seluruh bumi dan isinya adalah bukti kekuasaan dan kehebatan Allah SWT.  Maka tidak ada makhluk yang mampu mendakwa memiliki kuasa sehebat kuasa Allah. Firman Allah SWT lagi dalam al-Quran bermaksud: "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi golongan yang berakal." (Surah Ali 'Imran, ayat 190)

Khamis, 8 Julai 2021

BAHAGIA


TANDA BAHAGIA

Semua orang mengharapkan kebahagiaan. Bahagia yang didambakan bukan hanya di dunia malah yang lebih penting adalah kebahagiaan di hari akhirat.

Terdapat pelbagai tanda kebahagiaan, antaranya:

a. Jika diberi kenikmatan maka ia bersyukur

b. Jika diuji dengan ditimpa musibah ia bersabar

c. Jika melakukan dosa ia segera beristighfar (bertaubat).

1. Bersyukur Dengan Nikmat

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Dhuha:

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

“Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya”. (Ad-Dhuha: 11)

Imam Al-Qurtubi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: “Sebarkanlah apa yang Allah SWT kurniakan kepada kamu dengan perasaan syukur dan pujian kepada Allah. Menyebut-nyebut pelbagai nikmat Allah dan mengiktiraf nikmat tersebut adalah satu bentuk kesyukuran.” (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 20/102)

2. Bersabar Dengan Ujian dan Musibah

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

 “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah : 155)

Syeikh Abu Bakar al-Jazairi menyebut, Allah SWT pasti menguji hamba-hamba-Nya agar terlihat jelas siapa yang jujur hatinya dan siapa yang dusta, siapa yang sabar dan siapa yang berkeluh-kesah. Ia merupakan sunnatullah yang berlaku pada hamba-hamba-Nya (Aisar al-Tafasir, 1/65)

3. Bertaubat Daripada Dosa

Firman Allah S.W.T:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ 

“Dan mereka itu (golongan bertakwa) apabila melakukan perbuatan keji atau telah menzalimi diri mereka sendiri, mereka terus mengingati Allah dan beristighfar terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang dapat mengampunkan dosa selain Allah. Serta mereka itu tidak berterusan dalam melakukan apa yang telah mereka kerjakan dalam keadaan mereka mengetahuinya. (Aali Imran: 135)

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

“Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat” (HR Ibn Majah No: 4392)

Mari kita menjadi orang yang bersyukur, sabar dan sentiasa bertaubat.

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian

TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...