Selasa, 26 April 2016

Nasihat agama dan wasiat iman: Perihal sedekah

Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman karya Al Imam Habib Abdullah al-Haddad ada bincangkan tentang  sedekah. Beliau menyatakan jangan meninggalkan sedekah kerana takut miskin atau khuatir harta berkurang.  Maksud hadis, "Tidak akan berkurangan harta yang disedekahkan".   Sedekah akan tambah kekayaan dan meluaskan hidup,  menjauhkan kekurangan dan kesempitan. (ms 173)

Tentang sedekah beliau menyatakan beberapa panduan.

1.  Mulakan sedekah kepada kaum kerabat dan sanak saudara yang miskin, kemudian jiran tetangga yang berhajat adalah lebih diutamakan serta besar pahalanya.

2.  Kelebihan sedekah rahsia kerana ia lebih dekat dengan keikhlasan.  Ikhlas adalah jiwa segala amalan dan jauh dari riya yang rosakkan amal.  Jangan minta balasan yang datangkan manfaat, khidmat, atau penghormatan atas sedekah. (ms 172)

3.  Sedekah dari barang pilihan.  Firman Allah " Kamu tidak akan memperoleh  kebajikan sehingga kamu belanjakan dari apa yang kamu kasihi"  Ali Imran: 92)

4.  Orang miskin perlu sabar atas kemiskininnya dan merasa puas terhadap rezeki yang ditentukan Allah.  Mereka perlu reda takdir Allah menjadikan seseorang miskin.  Jangan sampai keluh kesah, gelisah, dan banyak bersungut. (ms 176)

5.  Jangan meminta kecuali terdesak. Meminta dikira perbuatan yang dikeji dan tiada suatu perkara yang dikeji pun yang dibolehkan kecuali meminta ini sahaja.  (ms 178).

Menurut penulis,  semua peringatan ini adalah sebagai petunjuk dan kepada Allah saja mohon taufik dan Allah sebaik tempat untuk bertawakal.

Khamis, 21 April 2016

Sedekah

Pada Jun 2008,  Bill Gates yang berumur 52 tahun umumkan akan tinggalkan sejumlah USD 52 billion untuk tujuan kebajikan. Wang itu diletakkan di dalam Yayasan Gates dan Melinda Gates untuk biayai kajian kesihatan dan perubatan pendidikan seluruh dunia. 

Pada 2006,  jutawan Warrent Buffet, 75 tahun,  pula menderma kepada Yayasan Gates untuk tujuan yang sama.  Jumlahnya USD 44 billion.  
Mereka menderma kerana tidak mahu tinggalkan terlalu banyak harta kepada anak-anak.  Kelak ini akan bebankan anak-anak.  Falsafah mereka,  tinggalkan secukupnya dan anak-anak masih perlu berusaha.

Jutawan Islam tempatan seperti Syed Mokhtar al-Bukhari juga berbuat demikian.  Beliau menderma secara senyap dan terbuka.  Tapi masih ramai lagi jutawan yang masih belum bersikap dermawan seperti mereka yang diceritakan.  

Walau bagaimanapun, golongan yang memiliki harta yang sedikit juga mampu memperoleh pahala bersedekah.  Hadis riwayat Ahmad,  "  Sedekah yang paling utama ialah menggembirakan fakir dan dikeluarkan dalam keadaan sedikit harta." (Riwayat Ahmad 5/17:  Tafsir Ibn Kathir, 1/701)

Rujukan:  Zaharudin Abdul Rahman.  2014.  Sedekah luar biasa. Kuala Lumpur:  Telaga Biru




Isnin, 18 April 2016

Pembahagian sabar berdasarkan bentuknya

Petikan  buku Indahnya Sabar, Ibnu Qayyim al Jauziyyah.

Sabar terdapat dalam dua bentuk, kesabaran jasmani dan kesabaran jiwa dan masing-masing terbahagi dua.

Pertama, kesabaran jasmani sacara sukarela seperti melakukan pekerjaan berat atas pilhan dan kehendak sendiri

Kedua, kesabaran jasmani oleh faktor keterpaksaan seperti sabar menahan rasa sakit akibat pukulan, sabar menahan penyakit, menahan sejuk, panas dan sebagainya.

Ketiga,  kesabaran jiwa secara sukarela seperti kesabaran menahan diri untuk melakukan perbuatan yang tidak baik berdasarkan pertimbangan syariat agama dan akal

Keempat, kesabaran jiwa oleh faktor keterpaksaan seperti berpisah dengan orang yang dikasihi apabila cinta terhalang.
(ms 43)

Jika kesabarannya dapat kalahkan dorongan hawa nafsu, dia akan bersatu dengan malaikat.
Jika dorongan hawa nafsu lebih dominan daripada jiwa sabarnya, dia akan bersatu dengan golongsn syaitan.
Jika dorongan dorongan nafsu makan, minum, dan seksualnya lebih kuat daripada kesabaran dalam dirinya, dia akan bersatu dengan kehidupan haiwan. (ms 44)

TIDAK MELUPAKAN KEBAIKAN

KAEDAH KETIGA: Menekankan muamalah dalam kehidupan.  Interaksi dengan orang lain.  Kita diajar tidak melupakan kebaikan orang. Keseluruhan...