Tuesday, April 26, 2016

Nasihat agama dan wasiat iman: Perihal sedekah

Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman karya Al Imam Habib Abdullah al-Haddad ada bincangkan tentang  sedekah. Beliau menyatakan jangan meninggalkan sedekah kerana takut miskin atau khuatir harta berkurang.  Maksud hadis, "Tidak akan berkurangan harta yang disedekahkan".   Sedekah akan tambah kekayaan dan meluaskan hidup,  menjauhkan kekurangan dan kesempitan. (ms 173)

Tentang sedekah beliau menyatakan beberapa panduan.

1.  Mulakan sedekah kepada kaum kerabat dan sanak saudara yang miskin, kemudian jiran tetangga yang berhajat adalah lebih diutamakan serta besar pahalanya.

2.  Kelebihan sedekah rahsia kerana ia lebih dekat dengan keikhlasan.  Ikhlas adalah jiwa segala amalan dan jauh dari riya yang rosakkan amal.  Jangan minta balasan yang datangkan manfaat, khidmat, atau penghormatan atas sedekah. (ms 172)

3.  Sedekah dari barang pilihan.  Firman Allah " Kamu tidak akan memperoleh  kebajikan sehingga kamu belanjakan dari apa yang kamu kasihi"  Ali Imran: 92)

4.  Orang miskin perlu sabar atas kemiskininnya dan merasa puas terhadap rezeki yang ditentukan Allah.  Mereka perlu reda takdir Allah menjadikan seseorang miskin.  Jangan sampai keluh kesah, gelisah, dan banyak bersungut. (ms 176)

5.  Jangan meminta kecuali terdesak. Meminta dikira perbuatan yang dikeji dan tiada suatu perkara yang dikeji pun yang dibolehkan kecuali meminta ini sahaja.  (ms 178).

Menurut penulis,  semua peringatan ini adalah sebagai petunjuk dan kepada Allah saja mohon taufik dan Allah sebaik tempat untuk bertawakal.

No comments:

Post a Comment

SOLAT KHUSYUK (1)

Solat dengan sempurna adalah tonggak dalam membina agama dalam diri insan.  Oleh kerana membina dalam diri adalah wajib bagi keselamatan di ...