Khamis, 27 Julai 2023

KEUTAMAAN PUASA 10 MUHARAM

 Ibn Abbas menyatakan dalam hadis yang antara lain maksudnya; kedatangan Nabi ke Madinah dapati orang Yahudi puasa 10 Muharam. Apa yg dilakukan orang Yahudi itu. Kata hari saat Allah selamatkan Bani Israel dari Firaun yang zalim. Rasulullah nyatakan orang Islam diminta lakukan puasa pada 10 Muharam. Hadis ini  riwayat Bukhari.

Hadis menegaskan syariat yang dibawa setiap Nabi bersumber dari kepatuhan yang sama. Risalah Allah yang sama. 

Nikmat Allah dengan pertolongan Allah adalah tunjukkan puncak syukur kepadanya. Tingkatkan ibadah dan amal soleh. Puasa Asyura adalah antara caranya.

Puasa Asyura dapat hapuskan dosa kecil setahun yang lalu. Ciri orang yang berpuasa ialah terhindar dari lakukan dosa kecil. Semoga Allah berikan taufik dalam melakukan ibadah yang hebat ini. 

Puasa Asyura pada 10 Muharam sangat baik jika dilaksanakan dengan puasa 9 Muharam. Boleh juga dilakukan selepas 10 Muharam. Ibadat ini dapat membezakan dengan puasa orang Yahudi.

Rabu, 26 Julai 2023

SEDEKAH TIDAK SEMESTI DENGAN HARTA

Hadis ke -25,  dalam hadis arbain An-Nawawi, sahabat yang miskin tidak berpeluang  bersedekah kerana miskin harta. Rasulullah menyatakan bahawa orang miskin bersedekah dengan ucapan tahlil, tasbih, tahmid, takbir adalah sedekah. Amat makruf nahi mungkar juga sedekah. 

Sedekah yang lain seperti berhubungan dengan isteri juga sedekah kerana melampiaskan syahwatnya kepada yang halal. Sedekah boleh berupa perkataan seperti dalam berzikir, perkataan yang baik. Berzikir untuk diri sendiri dikira sedekah. 

Itulah hakikat sedekah . Perbuatan yang beri kebaikan orang lain dapat manfaat sendiri atau orang lain. Mencakup perkataan atau perbuatan. Berikan sebahagian harta kepada orang lain. 

Sahabat yang tidak berharta tidak punya kelebihan dalam bersedekah. Ini dijelaskan oleh Rasullullah melalui hadis ini. 

Semoga kefahaman maksud hadis ini bermanfaat.


Ahad, 23 Julai 2023

TRIP MOROCCO 23: SELAT GIBRALTAR DAN TARIQ BIN ZIAD

Peta menunjukkan selat Gibraltar

Di lautan ini tempt pertemuan Laut Atlantik dan Mediterranean

Pelabuhan di sebelah Morocco.  Naik feri seberang selat Gibraltar

Di several sana, tempt permulaaan penaklukan Tariq Ziyad

Feri ke Sepanyol.  Besar dan serba mewah






Di sebelah Sepanyol

 



Nama asalnya Jebel Tariq yang maksudnya gunung Tariq.  Nama itu merujuk kepada Tariq bin Ziyad, panglima Islam yang menakluk Sepanyol pada 711.   Sebelah utara adalah Sepanyol dan Gibraltar manakala sebelah selatan adalah Morocco dan Cueta.  

Selat Gibraltar merupakan salah satu selat yang cukup terkenal karena di sini merupakan daerah pertemuan antara dua laut yaitu Samudra Atlantik dan Laut Mediterania (Laut Tengah). Akibat pertemuan kedua perairan tersebut, terjadi fenomena berupa munculnya batasan seolah Selat Gibraltar terbelah. Fenomena ini ternyata sudah ada di dalam Al-Qur’an. 

Menaiki feri menyeberangi selat Gibraltar makan masa 45 minit.  Feri besar dan mewah ini sangat selesa dengan kemudahan cafe serta dapat menikmati pemandangan yang menarik.

Semasa di dalam feri, saya terfikir akan kehebatan tentera Islam pimpinan pahlawan Tariq Ziyad dapat menawan Sepayol.  Semangat jihad yang tinggi tentera Islam mampu menjadi tamadun yang terserlah hingga kini.


 

Selasa, 18 Julai 2023

TRIP SEPANYOL 23: MADRID DAN BOLA

 



Pusat Kebudayaan Islam Madrid



Sekitar Madrid

Istana lama

Stadium laga lembu 

Stadium Real Madrid



Menurut Wikipedia, Madrid berasal dari kata Arab, المَجرِيط,al-majrīṭ.   Maksudnya air yang memancar.  Madrid adalah ibu kota Spain.  Di samping bandar kewangan utama di Semenanjung Iberia, Madrid terkenal kepada peminat bola sepak.   Bola di sini sinonim dengan Kelab Bola sepak Real Madrid.   

Semasa melawat bandaraya Madrid, sempat melewati stadium Real Madrid.  Tak masuk ke dalam stadium pun. Kerja pembinaan naik taraf sedang dilakukan. Sekadar ambil foto latar belakang stadium.  Itu pun dah cukup baik.  

Seperti bardaraya yang lain, tak lengkap jika tak kunjungi ke pusat beli belah.  Selain itu sempat juga lawat istana lama Madrid, stadium laga lembu, dan Las Rozas Village, factory outlet.  Makan tengahari di Pusat Kebudayaan Islam Madrid.  Pusat Islam ini dibiayai oleh Liga Dunia Islam.  Senibina bangunan dan kualiti dalamannya berkonsepkan Islam dan berkualiti.  Makanan yang disajikan juga enak. 


Isnin, 17 Julai 2023

HIJRAH

 Setiap tahun pada awal muharram, sambutan akam dilakukan. Sekurang-kurangnya ada ingatan terhadap peristiwa Rasullullah berhijrah dari Mekah ke Madinah.   Sejauh mana peristiwa hijrah memberi kesan kepada hidup kita?  Perpindahan dari suatu yang buruk kepada yang lebih baik dapat beri sepatutnya beri kesan kepada  kehidupan. 

Ada juga yang tidak terkesan dengan peristiwa hijrah. Mereka anggap hijrah boleh datang dan pergi secara tabii. Berbeza dengan sambutan tahun baharu Masehi. Segala tumpuan kepada hari pertama tahun baharu. 

Itu antara amalan rutin setiap hujung san tahun baharu. Jika sambut tahun baharu Islam, kesan 

TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...