Monday, December 29, 2014

Eksplorasi Eropah 1 - London oh London

Sesampai kami ke KLIA, dua orang anak beserta cucu telah sedia menunggu. Setelah semua urusan bagasi telah diseselaikan, saya terus mengerjakan solat Maghrib dan Isyak yang masih belum tertunai.  selepas solat saya terus lakukan sujud syukur kerana telah selamat samapi dari percutian ke Eropah selama 21 hari.  

Terasa seperti baru merancang program percutian ini dengan Sazli, Yazid dan Nik serta isteri masing-masing.  seawal bulan Mac 2014 kami telah mula berbincang bagi nejyakan hasrat tersebut.  kami juga sering adakan perbincangan tak rasmi di rumah Sazli bagi memastikan rancangan ini dapat dijayakan.

Walaupun untuk menjayakannya perlukan banyak wang yang perlu diperuntukkan, namun berkat usaha dan keinginginan untuk meluaskan pandangan dan penaglaman semua itu dapat disediakan. kami beranggapan usaha ini agak sukar juga sebab jangka waktu yang terlalu lama dan negara yang ingin dilawati juga agak banyak.  Selain itu, kami juga berbincang bersama untuk menyediakan bekalan makanan seperti paket beras/nasi Brahim dan ni Maggi.  di samping itu, yang penting untuk disediakan bagi yang mengidap penyakit ialah sediakan ubat yang cukup selama di sana nanti.  bagi memastikan kami dilindungi, maka Nazir telah menyediakan skim insuran khas untuk pengembara.  ke luar negara.

Bagi mendapatkan maklumat terkini sebelum berangkat kqami juga telah meminta Micheal Chang sebagai pengendali lawatan memberikan taklimat akhir dan menyerahkan dokumen dan buku program.

Maka setelah semuanya telah disediakan, tarikh yang dinantikan akhirnya  tiba juga iaitu 27 November hingga 16 Disember. Kami menaiki pesawat Emirate ke London. Destinasi pertama eksplorasi kami ialah London.  Di sini kami sempat menikmati pandangan di kota ini selama tiga malam.  Aktiviti tertumpu kepada program menekmati kotaraya London menaiki Big Bus hop on hop off.  Sempat juga bersiar-siar ke Trafalgar square dan menaiki Cruise menyusuru Sungai Thames dalam suasana suhu sejuk di bawah 10 darjah C.  Di samping sesi Big  Bus, tak lupa juga menemani mereka shopping di Oxford Street.. 


Sedang tunggu Big Bus

Berbincang mana nak pergi di London ni..

YM dan Normah bergaya atas River Cruise


Dalam Cruise


Gambar wajib di London

London Eye kat belakang tu


Dean Tower of London

Naik Big Bus London.  Seronok juga duduk atas atap bas sambil nikmati pemandangan kota London.  Walaupun  cuaca yang amat sejuk, peluang terhad ini sangat berharga.

Membelakangi jambatan di Sungai Thames.  Naiki Cruise yang ada dalam pakej Big Bus.  

Bangunan bersejarah di sekitar London

Gambar ni mesti ambil jika lawat London

Trafalgar Square London

Pondok Telefon ni pun penting untuk dirakam

Menunggu pasangan masing-masing sedang beli belah di Harrod.  Minum kopi nyaman masa cuasa sejuk

Naik Cruise Sg Thames

Masih dalam Cruise

Banjir oh banjir



Banjir di negeri terutama di pantai timur Malaysia sangat gawat kali ini.  Ramai yang menyatakan bahawa tahap air yang merempuh kawasan terbabit adalah tidak terduga. Walaupun bagi  mereka yang berada di Kelantan contohnya sudah biasa mengharung banjir, namun kali ini sifatnya agak luar biasa.  Maka pelbagai cerita dan berita yang dapat di baca dan di dengar berkaitan banjir besar kali ini.

Bagi yang tidak mengalaminya mungkin tidak dapat menyatakan secara terus kegetiran mereka berhadapan musibah ini.  Pelajar PhD saya dari Gua Musang menghantar mesej agar mendoakan keselamatan beliau sekeluarga menghadapi banjir. Begitu juga seorang pelajar sarjana yang baru balikm dari Gua Musang menceritakan dengan nafas lega yang ia dapat melepasi rintangan hingga dapat sampai ke UKM untuk hantar tugasan yang perlu dinilai.  Ia mengajar di JB. Sempat juga ia hadiahkan dua bungkus keropok  untuk digoreng masa musim hujan ini.

Malam Isnin yang lepas semasa tazkiran oleh Dato' Zaidi di surau Bangi Perdana, beliau juga memulakan kuliahnya dengan bercerita di sekitar pengalamannya baru balik dari meninjau keadaan banjir di Tanah Merah Kelantan.  Menurut beliau, masalah utama dalam menguruskan bantuan banjir di sana ialah kurangnya kemudahan untuk menghantar belakan kepada mangsa.  Bekalan makanan disifatkannya sangat banyak terlonggok di dalam kenderaan berat yang tersekat di gigi air. Malangnya tiada kemudahan untuk sampaikan bantuan tersebut kepada mangsa banjir.  Oleh itu beliau sarankan agar pihak surau Bangi Perdana beli bot yang boleh bantu selesaikan masalah penyebaran bantuan.

Dimaklumkan pada malam itu bahawa kutipan uang dibuat oleh surau Bangi Perdana mencecah RM 19k.  Mungkin idea Dato' Zaidi boleh dilaksanakan untuk tujuan operasi bantu mangsa sekarang dan kan datang. Tapi yang lebih menarik dalam kuliah beliau malam tadi ialah tazkirah bertajuk "Pologami" yang didengar dengan tekun oleh para makmum yang dahagakan ilmu. Dato' Zaidi adalah peguam syar'i yang banyak kendalikan kes rumah tangga di mahkamah syariah.

Sebelum pergi ke pejabat hari ini, saya sempat hantarkan dua kotak pakaian terpakai ke surau untuk dihantar ke Kelantan sebagai sumbangan kecil yang dapat diberikan untuk mangsa banjir.  Saya lihat himpunan bekalan makanan kering dan pakaian telah sedia untuk dihantar ke sana..Semoga usaha murni pihak surau dirahmati Allah..Amin

MEMBACA AL-QURAN DI BULAN RAMADAN

Al-Qur'an adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam pada bulan Ramadhan. Dalam usaha mendekatk...