Selasa, 21 Jun 2016

Tentang Ramadan (2): Al-Quran


Ramadan bulan al-Quran

Al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadan.

Allah تبارك وتعالى telah berfirman:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur-an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang bathil)…” [al-Baqarah/2: 185]
يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
“Sesungguhnya telah datang kepada kalian cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan Kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari keadaan gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” [al-Maa-idah/5: 15-16]
Cahaya ini memiliki tiga manfaat, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh ayat di atas:

1. Dengannya, Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan petunjuk kepada orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya menuju jalan keselamatan.
2. Mengeluarkan mereka dari kegelapan menuju alam yang terang benderang.
3. Memberikan petunjuk kepada mereka menuju ke jalan yang lurus (Shiraath Mustaqiim).

Al-Quran merupakan mukjizat Nabi Muhammad –shallallahu ‘alaihi wa sallam– yang paling agung dan akan terus nampak hingga akhir zaman. Keberkahannya terus mengalir dan tak akan pernah terputus. Sebuah kitab suci yang akan selalu membimbing seorang muslim menuju kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Orang yang menjadikannya imam, akan selamat dengan izin Allah, namun siapa yang tak menghiraukannya, maka cepat atau lambat kebinasaan akan menghampirinya.



Baca al-Quran tuntutan Ramadan

Dalam bulan Ramadan, Imam Malik meninggalkan majlis pengajian Hadis dan majlis ilmu untuk mengkhususkan diri membaca al-Quran dengan merenung mushaf.  Katanya ini bulan al-Quran, tidak ada perkataan yang  setanding al-Quran.  Imam Ahmad ibn Hambal juga menutup majlis fatwanya dan duduk dimasjid untuk berzikir dan membaca al-Quran.  Syufyan ath Thauri akan meninggalkan pelbagai jenis ibadah dan tumpukan kepada membaca al-Quran.  

Imam Syafie khatam al-Quran 60 kali sepanjang bulan Ramadan.  Begitu juga dengan Imam Abu Hanifah akan melakukan perkara yang sama.  Sebahagian solafussoleh akan khatam Quran setiap minggu dan ada yang setiap sepuluh hari. 

Ketika membacanya, al-Qur-an memiliki beberapa adab yang harus dipelihara dan dipegang teguh oleh setiap muslim. Yang terpenting di antaranya adalah:

1. Membaca al-Qur-an dengan niat tulus ikhlas karena Allah Subhanahu wa Ta’ala, dimana Allah telah berfirman:
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ
“Padahal mereka tidak dperintah melainkan agar beribadah kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus…” [al-Bayyinah/98: 5]
2. Membaca dengan menghadirkan hati sambil mencermati dan memahami, khusyu’, takut dan merasa seakan-akan Allah berbicara langsung kepadanya di dalam al-Qur-an ini.
3. Membaca al-Qur-an dalam keadaan suci (berwudhu’ terlebih dahulu), kerana yang demikian itu termasuk pengagungan terhadap firman Allah Azza wa Jalla.
4. Tidak membaca al-Qur-an di tempat-tempat yang kotor atau di tempat-tempat di mana orang-orang yang berkumpul di sana tidak mahu mendengar bacaan al-Qur-an, karena bacaan al-Qur-an di tempat-tempat ini sebagai bentuk penghinaan.
5. Membaca dengan lagam dan suara yang indah. Tetapi tidak boleh mengganggu orang lain dalam bacaan ini, seperti ada orang yang sedang tidur di dekatnya atau mengerjakan solat atau di sampingnya terdapat halaqah ilmu dan lain sebagainya.
Kesimpulan

Al-Quran adalah penyuluh yang menerangi hidup.  Hidup di bawah cahayanya bawa keberkatan dan rahmat.  Syed Qutb menyatakan dalam mukaddimah tafsirnya bahawa hidup di bawah naungan al-Quran adalah nikmat.  Nikmat yang hanya diketahui oleh  orang yang telah menikmatinya.  Nikmat yang akan menambah usia, memberkati dan menyucikannya.

Maka bacalah quran dalam bulan Ramadan yang masih bersisa.

Rujukan

Sultan Hadi.  2009.  Nasihat Ramadan daripada orang soleh.  Kuala Lumpur:  Kemilau Publika

Ramadan dan turunnya al-Quran: Sumber: https://almanhaj.or.id/3956-ramadhan-dan-turunnya-al-quran.html

Ramadan bulan al-Quran: https://muslim.or.id/21887-bulan-al-quran.htm

Jumaat, 3 Jun 2016

Tentang Ramadan (1)

Kita sudah hampiri bulan Ramadan.  Ramadan adalah bulan ibadat yang ditunggu-tunggu.  Ramadan adalah bulan yang tinggi darjat dan martabatnya di sisi Allah dan Rasul-Nya.  Ramadan juga penghulu segala bulan.  Allah fardukan puasa ke atas  kaum Muslimin,  dicatatkannya sebagai wajib dan tidak boleh ditinggalkan.

" Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu,  supaya kamu bertakwa."  (al-Baqarah: 183)

Dalam bulan Ramadan Allah turunkan al-Quran.  Di samping itu dipilih di atara malam-malamnya suatu malam Lailatul-qadr.  Malam itu lebih utama dari seribu bulan (83 tahun).

Puasa juga buka ruang untuk sucikan jiwa.  Melalui puasa dapat bantu kendalikan syahwat besar manusia iaitu perut dan kemaluan.  Maka menanti tibanya Ramadan bakal menguji tahap kesabaran dalam penyucian jiwa yang tertinggi dan puasa merupakan pembiasaaan jiwa untuk bersabar.

Maksud hadis,  "Puasa adalah separuh kesabaran"  (Riwayat Tarmizi dan Ibn Majah,  hadis itu hasan).
Dalam hadis yang lain, " Bulan Ramadan itu ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran ialah masuk syurga"

Oleh itu, menanti tibanya Ramadan bermakna kita menunggu pembersihan jiwa yang paling bermakna.  Tidak bermakna Ramada bagi mereka yang anggap kedatangannya tidak mendatangkan sebarang ujian jiwa.

Rujukan:

Said Hawa.  2015.  Intisari Ihya Ulumuddin: Tazkiyah an-Nafs.  Kuala Lumpur:  Al Hidayah  House of Publishers.

al-Imam Habib Abdullah al-Haddad.  2014.  Nasihat agama dan wasiat iman.  Kuala Lumpur:  Pustaka Nasional

TIDAK MELUPAKAN KEBAIKAN

KAEDAH KETIGA: Menekankan muamalah dalam kehidupan.  Interaksi dengan orang lain.  Kita diajar tidak melupakan kebaikan orang. Keseluruhan...