Jumaat, 3 Jun 2016

Tentang Ramadan (1)

Kita sudah hampiri bulan Ramadan.  Ramadan adalah bulan ibadat yang ditunggu-tunggu.  Ramadan adalah bulan yang tinggi darjat dan martabatnya di sisi Allah dan Rasul-Nya.  Ramadan juga penghulu segala bulan.  Allah fardukan puasa ke atas  kaum Muslimin,  dicatatkannya sebagai wajib dan tidak boleh ditinggalkan.

" Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu,  supaya kamu bertakwa."  (al-Baqarah: 183)

Dalam bulan Ramadan Allah turunkan al-Quran.  Di samping itu dipilih di atara malam-malamnya suatu malam Lailatul-qadr.  Malam itu lebih utama dari seribu bulan (83 tahun).

Puasa juga buka ruang untuk sucikan jiwa.  Melalui puasa dapat bantu kendalikan syahwat besar manusia iaitu perut dan kemaluan.  Maka menanti tibanya Ramadan bakal menguji tahap kesabaran dalam penyucian jiwa yang tertinggi dan puasa merupakan pembiasaaan jiwa untuk bersabar.

Maksud hadis,  "Puasa adalah separuh kesabaran"  (Riwayat Tarmizi dan Ibn Majah,  hadis itu hasan).
Dalam hadis yang lain, " Bulan Ramadan itu ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran ialah masuk syurga"

Oleh itu, menanti tibanya Ramadan bermakna kita menunggu pembersihan jiwa yang paling bermakna.  Tidak bermakna Ramada bagi mereka yang anggap kedatangannya tidak mendatangkan sebarang ujian jiwa.

Rujukan:

Said Hawa.  2015.  Intisari Ihya Ulumuddin: Tazkiyah an-Nafs.  Kuala Lumpur:  Al Hidayah  House of Publishers.

al-Imam Habib Abdullah al-Haddad.  2014.  Nasihat agama dan wasiat iman.  Kuala Lumpur:  Pustaka Nasional

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...