Selasa, 19 Julai 2022

STATUS HADIS TAHUN KELAPARAN KETIKA MUNCULNYA DAJJAL

Hadis berkenaan ketiadaan makanan ketika munculnya Dajjal diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah dalam Sunannya daripada Abu Umamah:

 وَإِنَّ قَبْلَ خُرُوجِ الدَّجَّالِ ثَلَاثَ سَنَوَاتٍ شِدَادٍ يُصِيبُ النَّاسَ فِيهَا جُوعٌ شَدِيدٌ يَأْمُرُ اللَّهُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الْأُولَى أَنْ تَحْبِسَ ثُلُثَ مَطَرِهَا وَيَأْمُرُ الْأَرْضَ فَتَحْبِسُ ثُلُثَ نَبَاتِهَا ثُمَّ يَأْمُرُ السَّمَاءَ فِي الثَّانِيَةِ فَتَحْبِسُ ثُلُثَيْ مَطَرِهَا وَيَأْمُرُ الْأَرْضَ فَتَحْبِسُ ثُلُثَيْ نَبَاتِهَا ثُمَّ يَأْمُرُ اللَّهُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الثَّالِثَةِ فَتَحْبِسُ مَطَرَهَا كُلَّهُ فَلَا تُقْطِرُ قَطْرَةً وَيَأْمُرُ الْأَرْضَ فَتَحْبِسُ نَبَاتَهَا كُلَّهُ فَلَا تُنْبِتُ خَضْرَاءَ فَلَا تَبْقَى ذَاتُ ظِلْفٍ إِلَّا هَلَكَتْ إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ قِيلَ فَمَا يُعِيشُ النَّاسُ فِي ذَلِكَ الزَّمَانِ قَالَ التَّهْلِيلُ وَالتَّكْبِيرُ وَالتَّسْبِيحُ وَالتَّحْمِيدُ وَيُجْرَى ذَلِكَ عَلَيْهِمْ مُجْرَى الطَّعَامِ 

Maksudnya: “Sesungguhnya sebelum keluarnya Dajal terdapat 3 tahun yang sukar. Manusia akan ditimpa dengan kelaparan yang dahsyat. Allah memerintahkan langit pada tahun yang pertama untuk menahan 1/3 dari hujan dan Allah memerintahkan bumi untuk menahan 1/3 dari tumbuh-tumbuhan lalu Allah memerintahkan langit pada tahun yang kedua untuk menahan 2/3 dari air hujan dan menyuruh bumi untuk menahan 2/3 dari tumbuhan.  Kemudian Allah memerintahkan langit pada tahun yang ketiga untuk menahan kesemua air hujan sehingga tiada setitis air hujan dan menyuruh bumi untuk menahan keseluruhan tumbuhan maka tidak ada tumbuhan hijau yang tumbuh. Tidak adalah sesuatu yang memiliki kuku melainkan binasa kecuali mereka yang diinginkan oleh Allah. Lalu ditanya: “Bagaimanakah manusia akan hidup pada waktu itu?” Nabi bersabda: “Dengan tahlil, tasbih, tahmid dan kesemua itu akan menjadi seperti makanan buat mereka.” 

(Riwayat Ibn Majah)

Hadis berkenaan ketiadaan makanan ketika munculnya Dajjal diriwayatkan oleh  Ibn Majah dalam Sunannya daripada Abu Umamah. Riwayat Ibn Majah ini berstatus daif namun ia memiliki riwayat lain yang menjadi penguat sehingga hadis berkenaan suasana kelaparan yang berlaku ketika munculnya Dajjal ini berstatus hasan li ghairihi. Namun harus diingatkan bahawa hadis ini dengan jelas menyebut berkaitan makanan orang beriman ketika itu adalah zikir. Tidak ada seorang pun yang mengetahui bilakah berlakunya kiamat dan tanda-tanda kiamat. 

Umat Islam dianjurkan sentiasa membuat persiapan untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan dalam hidup. Antara anjuran Nabi SAW untuk berhadapan dengan Dajjal ialah dengan membanyakkan membaca dan menghayati 10 ayat awal dan 10 ayat akhir dari surah al-Kahfi. 

Baca keseluruhan artikel di sini

Sumber: Laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE 564: STATUS HADIS TAHUN KELAPARAN KETIKA MUNCULNYA DAJJAL

Isnin, 18 Julai 2022

EKSATOLOGI COVID-19

 APABILA bercakap mengenai COVID-19, ramai yang mengaitkan dengan zaman dan kiamat. Segala macam ayat al-Quran dan Hadis dikaitkan bagi membenarkan teori-teori yang dibina.

Tanpa menafikan sebahagian daripada teori-teori tersebut. Perlulah difahami bahawa ilmu akhir zaman ataqupun dikenali sebagai eskatologi ini mempunyai disiplin tersendiri yang perlu dipatuhi. Akhir zaman juga ada fiqhnya. Jika tidak, teori-teori yang dibina boleh lari daripada landasan ilmu Islam yang sebenar.

Fiqhnya tersangat luas. Namun saya terpanggil untuk berkongsi satu perkara. Daripada buku Ahadith Ashrat As Saah Wa Fiqhuha (Hadis-hadis Tanda Kiamat dan Kefahamannya) karya Dr Muhammad bin Ghaith menggariskan 21 kaedah syarak dalam memahami nas tanda kiamat dan memadankannya dengan realiti semasa. Saya kongsikan kaedah ke-17 yang banyak dilanggar oleh orang ramai pada hari ini.

Kaedah tersebut berbunyi:

“Mengambil kira kronologi tanda-tanda kiamat sebagaimana yang digariskan oleh nas.”

Kaedah ini turut dipetik daripada kitab Maalim wa Manarat fi Tanzili Ahadith al-Fitan wa al-Malahim wa Asyrat As-Saah Ala Al-Waqai’ wa Al-Hawadith oleh Syeikh Abdullah Soleh al-Ujairi.

Menurut penulis, Nabi S.A.W sangat menekankan soal kronologi ini. Banyak Hadis-hadis yang menyebutkan perkara yang akan berlaku sebelum dan selepas. Bahkan Baginda turut menegaskan sesuatu tanda tidak akan berlaku sebelum datangnya tanda yang lain.

Dalilnya;

“Ketika para Sahabat sedang berbual, Nabi menegur apakah yang sedang mereka bualkan itu. Sahabat menjawab mengenai hari kiamat. Lalu Nabi bersabda kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu lihat 10 tanda lalu disebut satu persatu (yang dikategorikan ulamak sebagai tanda besar kiamat).”

[Hadis Riwayat Muslim]

Maka sabda Nabi bahawa kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah perkara tersebut menjadi penekanan bahawa perlunya mengambil kira tertib.

Juga kisah;

“Ketika Kufah dilanda angin merah, seorang lelaki berkata kepada Abdullah bin Mas’ud bahawa kiamat telah tiba. Maka Abdullah menjawab bahawa kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah beberapa tanda berlaku lalu dihitungnya satu persatu.”

[Hadis Riwayat Muslim]

“Abu Tufail juga meriwayatkan bahawa terdapat seseorang berkata Dajal telah muncul ketika beliau di Kufah. Lalu dibawa berjumpa Huzaifah bin Usaid. Ringkasnya, Huzaifah menjawab bahawa jika Dajal keluar pada zaman kamu, nescaya kanak-kanak akan melastiknya. Namun Dajal keluar pada zaman manusia penuh kebencian, lemah agama dan hubungan kekeluargaan rosak.”

[Hadis Riwayat Hakim]

Kemudian penulis mendatangkan beberapa contoh hadis-hadis kronologi tanda akhir zaman. Antaranya mengenai tertib lokasi peperangan dan tertib pembukaan (futuh).

Dalam isu COVID-19, ramai memetik beberapa Hadis mengenai penyakit, namun tanpa mengambil kira Hadis-hadis lain, terus mereka lompat kepada kesimpulan bahawa dunia akan kiamat. Sedangkan masih banyak lagi tanda-tanda lain yang perlu berlaku sebelumnya dan ia memakan masa lebih 50 tahun untuk semuanya berlaku.

Itu tidak lagi masuk bab golongan yang meriwayatkan Hadis-hadis palsu dan membina teori yang bercanggah dengan al-Quran dan Hadis. Semua ini adalah perkara yang tidak boleh dibiarkan.

Mungkin golongan yang berkongsikan ini punya niat yang baik untuk memberi peringatan. Namun perlulah untuk mereka meraikan disiplin ilmu dengan betul. Jika tidak, dibimbangi masyarakat akan terikut dengan membuat penafsiran sesedap hati mengenai nas agama berdasarkan logik akal masing-masing.

Kesimpulannya, penulis memperingatkan bahawa mengambil kira kronologi yang digariskan oleh nas adalah perkara yang dituntut. Sekiranya ada tanda-tanda yang tidak digariskan kronologinya, maka janganlah meyakini secara qat’iy pula kronologi yang dibina sendiri. Ini semua boleh dikira sebagai takalluf fi tafsir (menokok tambah dalam penafsiran) dan berkata-kata tanpa ilmu.

Semoga perkongsian ini membantu kalian memahami ilmu akhir zaman secara lebih berdisiplin.

Sumber:  https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/29/eskatologi-covid-19/

SOLAT DHUHA

Fadilat solat duha: 


*Pertama*

orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. *“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”* (HR. Turmudzi)


*Kedua*

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Alah. *“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”* (HR. Hakim).


*Ketiga*

Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah. *“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah. Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu. Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat. Dan barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di syurga untuknya.”* (HR. At-Thabrani).


*Keempat*

Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha kelak ia akan masuk syurga pada pintu khusus, pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah. *“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, ‘Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”* (HR. At-Thabrani).


*Kelima*

Allah menyukupkan rezekinya. *“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan menyukupimu di akhir harimu.”* (HR. Abu Darda`).


*Keenam*

Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. *“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.”* (HR Muslim).



Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita kerjakan sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat dzuhur.

Alhamdulillah ...siapa pun yg menyampaikan ilmu ini akan mendapat ganjaran dari Allah swt.  InshaAllah



*_SEMANGAT SOLAT DHUHA_*



🍃 Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: *"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."* (HR. Al-Bukhari).



Semoga bermanfaat. Aaminn.


Sumber: Kumpulan WA 

TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...