Rabu, 30 Disember 2015

Anekdot Amal 3: Rezeki berkat

Sudah lebih tiga bulan Aman berusaha untuk mendapatkan kerja.  Dia graduan bidang akaun.  Sudah tentu ia inginkan kerja dalam bidang tersebut.  Sudah banyak surat mohon kerja dan emel yang dihantar ke serata syarikat kecil mahupun besar.  Namun semua usaha itu belum mendatangkan hasil.  Aman masih bertahan.  Walaupun kadangkala terasa bosan namun dia tetap berusaha.  Kecewa jauh sekali.  

Dalam hal usaha, Allah berfirman,

Wahai para Rasul! Makanlah daripada benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh.  Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.  ( Surah al-Mukminun, 23: 51)

Usaha kadang-kadang digunakan dalam erti yang lebih khusus. Contohnya keterampilan,  pekerjaan atau mencari rezeki. Maksud hadis berkaitan usaha;

Tiada makanan yang dimakan seseorang yang lebih baik daripada makanan yang merupakan usaha tangannya sendiri, kerana Nabi Allah Daud makan daripada hasil usaha tangannya sendiri. ( Hadis riwayat al-Bukhari)

Usaha dan sabar dapat bantu Aman masalah cari kerja.  Usaha telah dilakukan.  Dia juga sabar.  Dalam hal ini, pelbagai cara boleh dilakukan untuk  mendapatkan rezeki.

Setelah Aman berjaya dapatkan kerja yang dipohon, ia perlu memikirkan bahawa rezeki yang dia dapat dari Allah.  Oleh itu dia perlu jaga keberkatan rezeki yang dia peroleh.  Antara cara untuk memastikan rezeki yang diperoleh itu diberkati Allah ialah;


1 Menjauhi pekerjaan haram dan subahat
Setiap orang hendaklah taat kepada Allah SWT dan tidak melakukan dosa kerana dosa akan menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (riwayat at-Tirmizi). 
Selain itu, dekatkanlah diri kepada Allah dengan ibadah tambahan seperti solat Dhuha dan solat Tahajud.
2 Bekerja sungguh-sungguh
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT senang melihat hamba-Nya bersusah payah (kelelahan) dalam mencari rezeki yang halal." (riwayat Adailami)
3 Mengadu masalah rezeki hanya kepada-Nya
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa tertimpa kemiskinan, kemudian ia mengadukannya kepada sesama manusia, maka tidak akan tertutup kemiskinannya itu. Namun, siapa sahaja yang mengadukannya kepada Allah, maka Allah akan memberinya rezeki, baik segera ataupun lambat." (riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
4 Memperbanyakkan beristighfar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa memperbanyak istighfar, Maka Allah SWT akan menjadikan setiap kesulitan kelapangan dan setiap kesempitan jalan keluar dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak pernah disangka-sangkanya." (riwayat Imam Ahmad) 
5 Sabar dan banyak membaca la hawla wa laa quwwata illa billah. 
Diriwayatkan bahawa Salim, anak laki-laki ‘Auf bin Malik al-Asyja’iy telah ditawan oleh orang musyrik. Kemudian, ‘Auf datang mengadu kesedihannya kepada Rasulullah.
Baginda SAW berkata: “Bertakwalah kepada Allah, bersabarlah dan aku anjurkan agar kamu dan isterimu memperbanyak bacaan, La hawlah wa laa quwwata illa billah. ‘Auf kembali ke rumahnya dan menyatakan suruhan Rasulullah SAW itu. Keduanya, segera melaksanakan perintah Rasulullah SAW. Akhirnya, anaknya berhasil meloloskan diri daripada musuh dan membawa ternakan kambingnya sebanyak 4,000 ekor di hadapan ayahnya. (Tafsir Qurthubi, surah al-Thalaq: 3) 
6 Tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT 
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana Allah telah memberi rezeki kepada burung yang berangkat di pagi hari dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya dengan perut kenyang. (riwayat Bukhari)
7 Bersedekah dan nafkahkan harta kepada yang berhak. 
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Ada tiga hal yang aku bersumpah kepadanya dan aku akan menyampaikan suatu berita kepadamu, maka perhatikan benar-benar: Tidak akan berkurang harta seseorang kerana sedekah dan tiadalah seseorang membuka pintu meminta-minta melainkan Allah akan membukakan kepadanya pintu kemiskinan." (riwayat al-Tirmizi) 
8 Tolong agama Allah dengan menegakkan syariat Islam 
Firman Allah SWT bermaksud: Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Muhammad: 7)
Syariat Islam akan tegak dengan adanya daulah Islam. Islam sebagai jalan kehidupan tidak tegak dalam masyarakat saat ini dengan tidak sebagai wadah. Sistem perekonomian di mana umat mencari rezeki pada saat ini merupakan sistem perekonomian yang tidak mendukung mereka untuk mendapatkan rezeki yang banyak, lancar dan berkat.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140213/ba_02/Mencari-keberkatan-rezeki#ixzz3vncQOpDw 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Isnin, 28 Disember 2015

Anekdot Amal 2: Ukhuwwah

Ustaz Sulaiman menegaskan pentingnya persaudaraan.  Beliau sandarkan maksud hadis ke -13 dalam hadis Arbain An-Nawawi;  Tidaklah beriman salah seorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri (Di rwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim).  Makmum majlis tazkirah mendengar dengan khusyuk.  Mungkin jarang sesi tazkirah diberikan oleh ustaz dari jauh.  Ustaz Sulaiman dari Kemboja.  Daerah Kampot tempat dia giat berdakwah.  Sebelum ini hampir 18 tahun dia tinggal di Malaysia.  Ketika itu zaman komunis Pol Pot mengganas di Kemboja.  Ramai otang Islam yang disembelih di sana.  Ustaz juga ceritakan beberapa peristiwa kejam Pol Pot terhadap orang Islam.  

Ustaz datang ke Malaysia untuk ziarah Ustaz Zamerey yang kemalangan.  Begitulah kukuhnya tali persaudaraan yang dibina dalam Islam. Ustaz Zamerey merupakan tunggak utama Akademi Imam Syafie di Kemboja.

Saya kagum dengan ustaz. Usaha dakwah yang ustaz lakukan di Kemboja harus diluji dan diteladani. Dia gigih majukan kualiti hidup orang Islam Kemboja.  Keperluan hidup yang asas dipedulikannya.  Diusahakan bina rumah asas untuk penduduk Islam yang amat miskin.  Dia juga wujudkan Madrasah Imam Syafie di Kampong Keh di Kampot.  Misi pendidikan ini ditunjangi oleh usaha gigih rakan-rakan dari Malaysia.  Mereka termasuk pengasasnya Dr Mohd Shauki, Dr Zawawi dan Ustaz Zamerey.  

Saya berkesempatan melawat madrasah ini.  Sungguh hebat usaha mereka.  Mereka membina madrasah dengan bantuan yang diterima.  Kebanyakan derma dari rakyat Malaysia.  Ahli kariah surau saya juga banyak menyumbang untuk pembangunan madrasah tersebut. 

Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

ما نقصت صدقة من مال وما زاد الله عبدا بعفو إلا عزا
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)

Begitulah yang saya dapat kaitkan  antara keperluan mengukuhkan tali persaudaraan dan usaha dakwah.   Di samping itu pentingnya membantu mereka yang perlukan bantuan untuk menegakkan Islam dalam kehidupan.  Ditambah dengan kesukaran berbuat demikian di tenpat yang serba miskin. 


Rabu, 16 Disember 2015

Anekdot Amal 1: Menuntut ilmu

Pak Mat duduk senang bersandar di tiang surau.  Tiang itu adalah tiang kegemarannya.  Selepas solat sunat ba'diah Maghrib biasanya ia terus menuju ke tiang tersebut.  Jika Pak Mat duduk di situ, makmum lain di dalam surau tak nampak kelibatnya.  Dia seakan melindungi diri dari dilihat orang. Dia duduk di situ untuk baca Quran.  Pak Mat agak konsisten buat amal tersebut.  Mungkin dia tak nak dilihat orang lain.  

Semasa dia baca Quran, Ustaz Nazri sedang bertazkirah.  Tazkirahnya berkaitan tafsir Surah Yassin.  Huraian ustaz begitu jelas.  Surah Yassin sering dibaca setiap malam Jumaat. Namun huraian oleh ustaz bayak membantu meningkatkan tadabbur terhadap ayat yang dibaca.  Banyak ilmu yang diperoleh.  

Namun Pak Mat masih duduk bersendiri di sebalik tiang.  Dia masih baca Quran.  Mungkin nak betulkan bacaannya.  Mungkin nak hafal surah tertentu.  Dia tak hiraukan tazkirah yang disampaikan oleh ustaz.  Pak Mat rasa selesa begitu.  Dia mungkin tak tahu akan kelebihan tuntut ilmu lebih baik dari duduk sebalik tiang baca Quran.  Ada banyak ayat Quran dan hadis yang menekankan pentingnya tuntut ilmu.

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga”.

Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah 8/729, Ahmad 2/407, Abu Daud (3643), at-Termizi (2646), Ibnu Majah (225), ad-Darimi 1/99, al-Hakim 1/88, 89, al-Baghawi dalam Syarh as-Sunnah (130), Ibn Abdil Barr dalam Jami’ Bayan al-‘Ilm Wa Fadluhu (172).


Surah al-Anbiya’ ayat 7

فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ 

Terjemahan :

Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Surah at-Taubah ayat 122

Jika dilihat maksud hadis dan ayat al-Quran tentang keutamaan tuntut ilmu, Pak Mat perlu duduk sekali di dalam majlis ilmu.  Bukan saja kita nak pahala baca Quran tetapi kelebihan tuntut ilmu al-Quran lebih utama.   Bukan hanya banyak baca Quran tapi faham ayat dibaca.

Setiap amalan bergantung kepada niat

Hadis pertama


عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .
[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]
Arti Hadis / ترجمة الحديث :
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya setiap  perbuatan tergantung niatnya.  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .
Catatan :
Hadis ini merupakan salah satu dari hadis yang menjadi inti ajaran Islam. Imam Ahmad dan Imam syafi’i berkata : Dalam hadis tentang niat ini mencakup sepertiga ilmu. Sebabnya adalah bahwa perbuatan hamba terdiri dari perbuatan hati, lisan dan anggota badan, sedangkan niat merupakan salah satu dari ketiganya. Diriwayatkan dari Imam Syafi’i bahwa dia berkata : Hadis ini mencakup tujuh puluh bab dalam fiqh. Sejumlah ulama bahkan ada yang berkata : Hadis ini merupakan sepertiga Islam.
Hadis ini ada sebabnya, iaitu: ada seseorang yang hijrah dari Mekkah ke Madinah dengan tujuan untuk dapat menikahi seorang wanita yang konon bernama : “Ummu Qais” bukan untuk mendapatkan keutamaan hijrah. Maka orang itu kemudian dikenal dengan sebutan “Muhajir Ummi Qais” (Orang yang hijrah karena Ummu Qais).
Pelajaran yang terdapat dalam hadis / الفوائد من الحديث :
Niat merupakan syarat layak/diterima atau tidaknya amal perbuatan, dan amal ibadah tidak akan mendatangkan pahala kecuali berdasarkan niat (karena Allah ta’ala).
Waktu pelaksanaan niat dilakukan pada awal ibadah dan tempatnya di hati.
Ikhlas dan membebaskan niat semata-mata karena Allah ta’ala dituntut pada semua amal shalih dan ibadah.
Seorang mukmin akan diberi ganjaran pahala berdasarkan kadar niatnya.
Semua perbuatan yang bermanfaat dan mubah (boleh) jika diiringi niat karena mencari keridhoan Allah maka dia akan bernilai ibadah.
Yang membedakan antara ibadah dan adat (kebiasaan/rutinitas) adalah niat.
Hadits di atas menunjukkan bahwa niat merupakan bagian dari iman karena dia merupakan pekerjaan hati, dan iman menurut pemahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah membenarkan dalam hati, diucapkan dengan lisan dan diamalkan dengan perbuatan.
Sumber : https://haditsarbain.wordpress.com/2007/06/09/hadits-1-ikhlas/

Rabu, 4 November 2015

Tautan Kasih Kerinchi 1

Hari pertama 9 Oktober 2015, Jumaat

Program untuk melawat dan eratkan silaturrahim dengan saudara mara di Kerinchi telah dibuat sejak beberapa bulan lalu.  Maka pada hari ini program tersebut dapat dijelmakan.
Peta kedudukan Sungai Penuh, Kerinchi.  

Tiket kapal terbang ke Padang
12 orang waris Kerinchi Simat di KLIA2 (Dr Yusuf tukang gambar)
Check in di KLIA2.  Pak Teh Ali dan Habibah bersemangat walaupun datang jauh dari Palong 6
Bandara Minangkabau
Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau Padang sekitar jam lapan pagi.  Menurut  pengumuman juruterbang,  penerbangan tiba awal 20 minit.  Agaknya langit berjerebu menjadikan kapal terbang makin laju. Pemandangan sekitar Bandara (Bandaraya Udara),  banyak akronim di Indonesia) berjerebu (Indonesia:  Kabut asap).  Jarak penglihatan sekitar 900 meter di Bandara. Saya mula memikirkan akan ancaman jerebu terhadap program selama enam hari lima malam.  Setelah urusan imigresen dan kastam selesai rombongan kami terus ke Sungai Penuh, Kerinchi.

Rombongan kami seramai 12 orang disediakan 3 van Inova oleh agen pelancongan yang sedia menunggu.  Pengalaman serik naik bas dari Dumai ke Padang sekitar tahun 80an masih dalam ingatan.  Ketika itu ikut lawatan ke institusi pendidikan tinggi sekitar Padang bersama pensyarah dan pengetua Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.  Jadi dengan menaiki van yang masih cantik  memberi harapan akan keselesaan perjalanan kami nanti.  

Innova.  Kijang Indonesia

 Misi utama kami ke Sungai Penuh, Kerinchi adalah untuk mengeratkan silaturahim dengan keluarga di sini.  Setelah merangka program ini hampir tiga bulan yang lalu, akhirnya cita-cita dapat dijelmakan.   Dr Yusuf dan Nornas banyak beri harapan yang program ini akan berjaya. Di samping itu usaha gigih Hj Razak, suami Nornas juga banyak bantu urusan perjalanan kami. Walaupun pada peringkat awal ramai yan setuju nak turut serta, namun akhirnya hanya 12 orang yang berhati waja untuk teruskan amal ibadat ini.  

Saya dan rakan perserta lain juga setuju bahawa usaha eratkan silaturahim mengandungai fadilat yang dituntut untuk dilakukan.  

Sesuai dengan hadis Rasulullah SAW: "Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan saum?" tanya Rasul pada para sahabat. "Tentu saja," jawab mereka. Beliau kemudian menjelaskan, "Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menghubungkan berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturahmi" (HR Bukhari Muslim). 

Di samping itu, kami berhasrat untuk merungkai salalasilah keluarga yang berjauhan di seberang.  Maka program ini  dapat menemukan saudara mara di Kerinchi.  Arwah emak saya selalu beritau yang saudara sebelah datuknya berasal dari Kerinchi.  Masa itu tidak terbayang yang satu hari saya akan bertemu juga saudara yang dimaksudkan oleh emak.  Di samping itu, melalui perjumpaan dan bualan di dalam grup whats app cadangan ini seringkali ditimbulkan. Oleh itu, saya dan ahli waris yang lain bulatkan tekad satukan hati untuk ke sana.

Melalui usaha Dr Yusuf dan Hajah Nornas, isteri kepada Hj. Abd Razak dari Seremban program ini dapat dirancang dengan lebih baik.  Ini disebabkan dia memiliki banyak pengetahuan berkaitan tentang jurai kerurunan keluarga kami.  Kebetulan Nornas memang ada keluarga sebelah bapanya di Kerinchi.  Maka kemungkinan untuk bertemu sanak saudara yang lain akan dimakbulkan. 

Pemandangan sepannagn perjalanan ke Kerinchi jika cuaca terang
Setelah semuanya siap, van kami mula meluncur ke Kerinchi. Menurut pemandu van, Rafles namanya, perjalanan dari Padang ke Sungai Panjang makan masa sekitar 8 jam.  Dia yang berasal dari Padang berpengalaman membawa pelancong keserata tempat di Sumatera. Kami membayangkan jarak perjalanan kami dari KL ke Kota Baru melalui jalan biasa. Tidak ada lebuh raya di sini.  Jalan pula dikatakan sangat berliku hajam.  Walau bagaimanapun pengalaman melalui jalan sempit dari Dumai - Bukit Tinggi - Padang (1980an), jalan sempit di Medan -Brastagi (90an) serta lawatan ke Padang Bukit Tinggi sebelum ini mungkin dapat bantu melegakan hati.  

Setelah melalui perjalanan sebenar, memang tepatlah semua yang dijangkakan.  Rafles, pemandu van kami nampak cekap kendalikan van melalui jalan berliku dan curam. Perjalanan mendaki gunung curam dan berliku menjadikan mata sukar untuk dilelapkan. Jalannya berliku dan banyak yang rosak.  Tapi disebabkan sekitar perjalanan pemandangannya cantik.  Melalui ladang teh dan kebun sayur yang luas.  Cuaca yang sejuk juga menyumbang kepada giatnya usaha pertanian di sini.  Agak malang apabila sekitaran berjerebu.  Jarak pandangan sekitar 900 meter sahaja.

Akibat cuaca berkabut, kami tak dapat lihat keindahan alam di sini sepenuhnya.  Tapi semua itu kuasa Allah.  Kita hanya mampu merancang.  Allah yang berkuasa menentukan semua kejadian.  Maka yang penting kita reda dengan ketentuan-Nya.
Pemandangan di ladang teh di Kabupaten Solok.  Nun dihujung ufuk masih berjerebu. 

Van innova yang kami naiki sepanjang misi ini

Minum kopi o kau dihentian ladang teh.  Minum kopi di ladang teh!

Masih segar walaupun dah hampir 2 jam perjalanan

Hantian pertama kami ialah di Ladang teh di Kabupaten Solok.  Ladangnya agak luas dan ada kelihatan pekerja yang sedang petik daun teh.  Mereka masih petik guna tangan dengan gunting pemotong.  Sempat juga kami minum kopi di warung tepi jalan. 


Singgah makan tengahari di restoran ini.  Masak guna kayu api (kayu manis).  Dikatakan guna kayu dapat kekalkan kesedapan masakan
Perjalanan lalui jalan berliku sangat meletihkan.  Namun mata sukar dilelapkan sebab tidak selesa dan rasa hati nak juga lihat tempat yang baru dikunjungi.  Kami makan tegnahari di sebuah rumah makan di Kabupaten Solok Selatan.  Hidangan utama orang Padang dengan lauk pauk yang banyak.  Disebabkan perut lapar maka juadah yang dihidangkan terasa enåk.

Sembelih ayam sempena ketibaan rombonban kami.
Setelah sampai di Sungai Penuh, kami terus ke rumah Andri, anak buah Nornas. Ramai saudara mara dia yang tunggu kesampaian kami.  Nampaknya mereka telah lama menunggu.  Suasana penuh mesra apabila pertama kali bertemu.  Kami di bawa ke rumah saudara Nornas di seberang jalan.  Bila sampai, mereka sedia menunggu dengan dua ekor ayam yang nak di sembelih.  Mungkin itu adat mereka apabila sambut tetamu yang telah lama tidak bertemu. Semasa berbual, mereka sangat teruja dengan kedatangan kami.  Namun saya masih tidak dapat merasai ikatan keluarga yang dibincangkan sebelum ini.  Perbualan sekitar bertanya khabar dan menyebut satu dua nama yang saya tidak pernah dengar.  Mungkin Nornas maklum sebab rumah itu adalah saudara sebelah bapanya.



Nornas disambut saudara mara 

Senyum, sampai juga den kat Kerinchi..

Setelah minum dan makan sedikit juadah petang, kami mohon pulang ke hotel.  Kami menginap di Hotel Mahkota.  Dalam perjalanan ke hotel kami singgah untuk makan malam disebuah restoran yang telah sedia dengan makanan Padang. Satu kelebihan yang ada pada pelayan restoran ialah bawa piring lauk pauk dalam jumlah yang banyak. Menurut pemandu van kami, Rafles, ada teknik yang digunakan agar piring tidak jatuh.  Cara ini baik sebab dapat jimat masa dan menunjukkan kemahiran unik orang Padang. Makanan Padang yang diletakkan di atas meja banyak sekali.  Sekali pandang agak sukar untuk dihabiskan.  Namun harus diingat,  setiap piring yang diusik lauknya perlu dibayar. 

Bila dah makan perut kenyang.  Bila dah malam, mata mengantuk.  Disebabkan badan penat, perut kenyang maka alamatnya perlu rehat.  Malam ini kami menginap di Hotel Mahkota.  Letaknya dalam pekan Sungai Penuh Kerinchi.  Hotel dalam kadar 2 bintang agaknya. Tak ada aircon tapi jika buka tingkap udara sejuk juga.  Tapi sebab jerebu kuat, tingkap mesti ditutup. Kena tahan panas sementara sejuk menjelma. Alhamdulillah, tamat satu hari program hari ini. Banyak masa habis didalam van..


Gambar kenangan di hadapan Hotel Mahkota, Sungai Penuh

Selasa, 20 Oktober 2015

Tautan Kasih Kerinchi 2

Sungai Penuh, Kerinchi: 10 Oktober 2014

Danau Kerinchi ketika tak jerebu (Sumber Google image)
Hari kedua dimualakan dengan melawat beberapa tempat menarik di Kerinchi.  Semuanya bermula selepas sarapan di hotel.  Destinasi pertama kami dibawa bersiar-siar ke Danau Kerinchi.  Perjalanan dari hotel mengambil masa beberapa minit.  Namun disebabkan keadaan jalan yang kecil dan rosak menuntut kesabaran.  Danau Kerinchi dengan keluasan hampir 17 km, jika tidak ada ganggunan kabut asap memiliki panorama yang cantik.


Subhanallah, cantiknya pemandangan danau (Sumber Google image)

Danau Kerinci merupakan sebuah danau yang terletak di Provinsi JambiIndonesia. Tepatnya di Kabupaten Kerinci. Danau ini memiliki luas wilayah 5000 meter persegi dengan memiliki ketinggian 783 meter di atas permukaan laut.  Danau yang terletak di kaki Gunung Rayo ini merupakan Danau terbesar yang ada di Kabupaten Kerinci, Luasnya adalah 4.200 hektare. Danau ini terletak sekitar 16 kilometer di Selatan Kota Sungai PenuhDanau ini berada di dua wilayah Kecamatan iaitu Kecamatan Keliling Danau dan Kecamatan Danau Kerinci. Danau Kerinci merupakan danau vulkanik yang memiliki kedalaman 110 meter. Danau Kerinci mempunyai pengaruh yang besar dalam memenuhi kemudahan air di daerah sekitar kerinci baik untuk pertanian maupun kemudahan air minum masyarakat.
(Sumber:  Wikipedia)
Pemandangan jerebu latar belakang danau.  

Tanda dah samapai sini.  Elok teratur susunannya

Dalam perjalalan ke Danau Kerinchi, sempat juga menikmati kawasan sawah padi yang menarik.  Walaupun berkabu, namun sempat juga bergambar.  Petani di sini masih lagi guna kaedah tradisi.  Semai benih padi dan apabila besar di tanam secara manual.  Begitu dengan cara menyabit padi yang sudah masak.  Mereka guna sabit.  

Pemandangan sawah padi sedang masak.  Kg Tangkoh Simat dah pupus semua ni

Petani sedang tuai padi.  Cantik menguning
Tempat menarik kedua yang ditunjukkan kepada kami ialah kolam air panas di Semurup, Sungai Penuh.  Apabila sampai kami dapati kawasan berpagar dengan kolam air panas yang berasap.  Ini menunjukkan suhu air yang sangat panas.  Dikatakan ada kejadian pengunjung yang Ada beberapa peniaga yang menjual telor ayam yang boleh direndam ke dalam air panas itu.  Dikatakan telor tersebut akan masak disebabkan panasnya.  Tempat ini kelihatan kirang menarik kepada pelancong dari Malaysia.  Hal ini disebabkan pusat sebegini lebih menarik dan bersih.

Pintu masuk Kolam air panas, Semurup

Menurut masyarakat setempat sumber Air Panas Semurup sering dijadikan tempat orang bunuh diri. Sudah banyak orang yang mengakhiri hidupnya di sumber air panas tersebut. Setiap orang yang bunuh diri yang tinggal hanya cebisan kain. Masyarakat setempat mengatakan bahawa jika pergi ke sumber Air Panas Semurup jangan ada niat sedikit pun untuk bunuh diri. Hal ini disebabkan sumber air panas tersebut seperti memanggil-manggil jiwa yang berniat akan bunuh diri. Menurut masyarakat setempat sumber Air Panas Semurup ini sudah ada sejak ribuan tahun yang lalu. 
Masyarakat setempat pun mengatakan bahawa sumber Air Panas Semurup sempat dimanfaatkan oleh tentara Belanda untuk tempat pemandian. Beberapa kamar mandi di tempat ini pun merupakan bekas peninggalan Belanda, dan hanya atap bangunan saja yang diubah. (Ubahsuai Sumber:  Wikipedia)



Kolam air panas berasap
Majlis makan tengahari dan suai kenal.  Dr Hj Yusuf, cucu Hj Kari sedang berfikir kandungan ucapannya


Setelah meninjau kolam air panas, kami terus ke rumah saudara mara di Kg Sg Penuh. Ini adalah tujuan utama kami ke sini.  Kami disambut dengan meriah dan jamuan tengah hari kelihatan telah tersedia.  Sebelum makan tengahari, sesi perkenalan dilakukan oleh tuan rumah dan di balas oleh Dr Yusuf.  Juadah makan tengahari termasuk gulai pucuk labu dah terhidang.  Maka ucapan tak boleh panjang lebar. Sodap nampak lauk pauk yang dihidang.  Lama dah tak rasa gulai pucuk labu.   Pucuk labu di sini saiz kecil.  Tak macam di tempat kita.  Gomok. Disebabkan lapar, kebanyakan piring gulai mudah untuk dibersihkan..

Bersama Buya Hj Jamil.  Masih ceria dan suara pun masih terang
Selepas makan tengahari, perbincangan tentang keluarga diteruskan.  Maklumat yang diberikan oleh Buya Sheikh Jamil mencerahkan beberapa kemusykilan.  Beliau berumur 87 tahun tapi masih dapat mengingati salasilah keluarga.  Beliau menyatakan  salasilah keluarga yang termampu olehnya. Walaupun ada beberapa maklumat yang tidak jelas namun kami akan dapatkan pada pertemuan berikutnya.  Maklumat tentang Hj Kari masih kabur.  Kami harap dalam pertemuan seterusnya akan ada pencerahan

Pejabat ketua kampung


Hjh Noriah temu bual saudara maranya.  Ini rupo macam Wan Che Yah Simpang ni..
Musim menjemur.  Padi dijemur tepi jalan.  Walaupun menghalang laluan kenderaan , fenomena ini ada di mana-mana di sini.  
Rumah kedua kami dijamu dengan nasi padang.  Rumah ini telah dibina sejak tahun 50-an lagi.  Diperbuat dari kayu dan masih kukuh. Ramai saudara mara yang sedia menunggu.  Juadah yang pelbagai dan enak.  Disebabkan tak kenal daum ulam, ada saudara kita yang makan daun yang disangka ulam.    Tak salah, jadi daun herba..Buya Hj Ismail yang baca doa selamat.  Dia tak serta makan sebab puasa. Hebat buya ni..

Selesai makan, tak lupa nak bergambar.  Konyang makan dan bergambar
Selepas makan, kami solat zuhur di masjid di belakang kawasan rumah ini.  Masjid Taqwa namanya.  Tak ramai jemaah di sini.  Hal ini mungkin disebabkan ada sebuah lagi masjid. Letaknya  tidak jauh dari masjid ini.  Masjid yang lagi satu ini lebih besar pula.  Mereka bina sendiri masjid. Jadi saya beranggapan penduduk kampung di sini sangat pentingkan membina masjid. Kebanyakan penduduk mereka akan ke masjid pada waktu azan dilaungkan.  Anak muda tak banyak kelihatan.  Agaknya sibuk dengan pekerjaan. fenomena ini ada di mana-mana. Masjid untuk orang tua.

Kami juga sempat menelusuri kawasan sekitar tebing sungai di sebelah belakang kampung ini.  Dikatakan sungai yang ada semakin kecil dan air semakin cetek akibat perubahan cuaca dan pembangunan.  Masih ada sebuah jambatan gantung yang menghubungkan kampung sebelah sini dengan kawasan sawah padi.  Di sinilah suku sakat keluarga kami menjalani kehidupan sejak dulu lagi.

Masjid Taqwa.  Selepas zohor, ada kelas mengaji untuk kanak-kanak

Latar belakang Sungai Semurup

Hati-hati.  Jambatan tu dibina tahun 50an dulu.  Elok-elok jalan tu.  Kok kono duduk terus kat sini

Sungai sebagai sumber air untuk pertanian dan kegunaan awam

Rumah ketiga dalam sesi kunjungan kami masih lagi merupakan sanak saudara rapat dengan Nornas. Kami masih mendengar jurai salasilah yang dibincangkan sejak mula tadi.  Kami masih merasai wujudnya hubungan keluarga melalui maklumat yang diberikan.  
Kunjungan rumah ketiga 
Rumah kelima dalam kunjungan kami asalnya tidaklah dirancang sangat.  Tapi disebabkan ada surat yang dibawa oleh Hjh Noriah, maka kunjungan diteruskan. Kami diberitahu ada saudara sebelah Hjh Noriah di sini.  Setelah dibacakan surat yang dia bawa dan dibacakan kepada Hj Jamil semasa di rumah pertama, dia kata orang yang dicari itu ada dihujung kampung.  Maka setelah sampai ke rumah keempat kami sempat merakamkan peristiwa yang sangat sukar nak dipupakan.  Watak-watak yang ada di dalam surat yang Hjh Noriah (Acik Anit) muncul.  Maksudnya rumah yang kami tuju adalah tepat.  

Rumah Cikgu Amir zam  

Cik Anit sedang menceritakan kandungan surat yang ditulis oleh Hj Mutalib yang dihantar kepada emak ayah Acik di Bukit Rokan.  Salah seorang watak yang disebut dalam surat ini ialah Cikgu Amir sebagai anak kepada Hj Mutalib.

"Ruponyo kita sedaro. Surat bukti ni ditulis tahun 1978.  Autentik surat ni.  Mulo-mulo tadi saya susah jugo nak percayo.  Tapi bilo dah baco surat ni barulah tau hal sobonanyo"  kata cikgu Amir.

 Rumah kelima dalam misi hari ini kami disambut mesra oleh Hj Jarulis.  Beliau sambut kami dengan gembira.  dia sudah sedia menerima kunjugan kami.  Orangnya peramah dan dalam sesi penerangan salasilah keluarga, dia begitu mahir dan ingat nama-nama saudara mara sebelah ayahya yang pernah ke Malaysia.  Menurut ceritanya, dia adalah dari sebelah keluarga Hj Kari.  Dr Yusuf ketika mendengar penerangan Hj Janulis mula tersenyum.  Ini disebabkan maklumat berkaitan Hj Kari tidak diperoleh dengan sempurna di rumah yang kami singgah sebelum ini.  Saya pun tumpang senyum juga walaupun status saya hanya cicit Hj Kari.  Dapat dirasakan begitu kecil dunia.   Sanak saudara yang jauh dan tak pernah ditemui sebelum ini dapat dilihat di depan mata.

Sesi bicara keluarga dengan Hj Jarulis
Hj Jarulis sedang bercerita

Saudara kepada Hj Jarulis.  Mantan Insenior Pertamina yang kini
tokoh politik dan masyarakat di sini


Hj Jarulis memiliki suara yang jelas. Gaya bahasa dan lenggok cakapnya sangat teratur. Layak jika dikatakan dia adalah mantan wakil Bupati di sini.  Dilihat dari gambar potret yang tergantung di dinding rumahnya, memang dia orang dihormati di sini.  Kami juga diberitahu bahawa dia juga telah ditabalkan sebagai Sultan (Sutan) di sini.  Katanya untuk majlis pelantikan itu, tiga ekor kerbau ditumbangkan.  Ruponyo sedaro rajo Kerinchi kito ni.

Sesama di rumah Hj Jarulis, dia turut menjempiut beberapa saudara dekatnya sekali untuk bertemu rombongan kami.  Antaranya seorang calon Bupati Kerinchi dan dia pernah menjawat jawatan ahli DPR (Parlimen) Indonesia.  Saya tak ingat namanya.  Namun dari tutur katanya,  saya lihat dia seorang tokoh pemimpin di sini.  Dia ingin agar tali persaudaraan yang dijalin dapat diperkukuhkan.  Hj Jarulis agak terkilan kerana masa yang diambil untuk kenal dengan saudara mara di sini agak terhad.  

Setelah bergambar kenangan dengan kerabat di sini, kami pulang ke hotel dengan penuh kepuasan.  Puas kerana hajat untuk bertemu saudara sebelah sini dapat ditunaikan.  Di samping itu, usaha untuk mengenali saudara mara telah berlangsung dengan baik dan harmoni.  

Ini sanak saudara Cikgu Amir yang mengunjungi kami di hotel .
Begitu teruja mereka nak bertemu kami
Sebelah malamnya, kami dikejutkan dengan kedatangan keluarga Cikgu Amir bersama kaum keluarganya.  Dia rasa tidak sedap hati sebab adik beradk dan saudara maranya seperti yang tertulis di dalam surat yang dibawa oleh Cik Anit tidak dapat bertemu dengan rombongan kami.  Mereka datang ke hotel dan berkongsi cerita tentang salasilah keluarga.  Sampai kekemuncaknya,  mereka menalipon adik kepada Cikgu Amir yang sedang tunai haji di Mekah.  Sempat Cik Anit berbual dengan beliau.  

Bersama keluarga Cikgu Amirzam di lobby hotel
Begitulah nukilan dan ceritera persaudaraan yang tertaut di Kerinchi yang hanya sempat dilakukan dalam masa setengah hari saja. Walaupun singkat masanya, namun saya beranggapan sangat berjaya.    Kami tidak menyangka ini kesudahan cerita program kami di Kerinchi. Mungkin selepas ini sanak saudara yang lain boleh merancang program tautan kasih Kerinchi dengan lebih baik lagi.  Hal ini disebabkan kita telah memiliki maklumat keluarga yang lebih jelas dan tahu di mana hendak dituju. Plot dan watak bagi cerita tautan kasih seterusnya tentu lebih menarik, insyaallah.












TIDAK MELUPAKAN KEBAIKAN

KAEDAH KETIGA: Menekankan muamalah dalam kehidupan.  Interaksi dengan orang lain.  Kita diajar tidak melupakan kebaikan orang. Keseluruhan...