Selasa, 13 November 2012

BUDAYA MENGGUNAKAN INTERNET DALAM PEMBELAJARAN


Yahya bin Othman, PhD

*Artikel pernah tersiar di dalam majalah Dewan Budaya (2004) , Bil 26(7), ms 27-42 

Adakah penggunaan internet telah membudaya dalam masyarakat? Membudayakan penggunaan internet dalam pembelajaran  bermaksud menjadikan internet satu norma yang boleh diterima pakai dan membantu pelajar dalam pembelajarannya. Apakah pula kaitannya internet dengan proses pembelajaran? Dalam konteks penataran ilmu, internet diperlukan  untuk menjana lebih banyak bahan yang boleh membantu pembelajaran.  Ini disebabkan pembelajaran memerlukan alat bantu bagi memudahkan proses penerimaan maklumat dan ilmu. 

Jika suatu ketika dulu penggunaan buku teks dianggap penting dalam proses pembelajaran, kini pelajar dapat belajar dengan lebih seronok setelah wujudnya internet yang dapat membantu mereka belajar dengan lebih bermaklumat dan sentiasa bersedia menambah maklumat tersebut apabila diperlukan.  Internet menyediakan peluang kepada pelajar meningkatkan keupayaan memiliki lebih banyak maklumat dan pengetahuan bagi tujuan pembelajaran bahasa.

Isnin, 5 November 2012

GAYA BELAJAR PELAJAR UNIVERSITI DARI PERSPEKTIF KOGNITIF

Dr. Yahya Othman
Pengenalan
Bagi pelajar universiti, persoalan gaya belajar dianggap penting bagi memastikan kejayaan dalam bidang atau program pengajian yang diikuti (Chikering, 2006).  Belajar di universiti adalah berbeza dengan belajar di peringkat sekolah menengah.  Perbezaan ini wujud disebabkan keperluan pembelajaran dan situasi belajar yang dialami oleh pelajar semasa di universiti. Tidak dapat disamakan antara matlamat belajar di universiti dengan peringkat pembelajaran yang lain. Walaupun mereka telah mendapat tempat belajar di universiti, namun tidak semestinya mereka menguasai dan mampu mempraktikkan sesuatu gaya belajar yang bersesuaian dengan keperluan mereka (Baharin Abu et al, 2007).

Gaya belajar meliputi ciri kognitif, afektif, dan psikologi tingkah laku yang berperanan sebagai petunjuk cara pelajar menerima, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran (Keefe, 1979). Bagi pelajar universiti pula, mereka memiliki gaya belajar yang berbeza-beza kerana sesetengah pelajar selesa dengan pendekatan belajar yang serasi dengan kebolehan dan sikapnya terhadap kursus yang diikuti (Felder dan Brent, 2005).  Perbezaan ini juga disebabkan oleh ciri-ciri jenis maklumat yang diterima dan kecenderungan untuk mengaplikasikan maklumat tersebut dalam pelbagai cara.

TIDAK MELUPAKAN KEBAIKAN

KAEDAH KETIGA: Menekankan muamalah dalam kehidupan.  Interaksi dengan orang lain.  Kita diajar tidak melupakan kebaikan orang. Keseluruhan...