Rabu, 19 Ogos 2020

SUSAH LAMPAU 1


Berita penuaran Covid-19 di Felda Bukit Rokan baru-baru ini mengundang saya untuk menulis tentang kehidupan saya semasa kecil.  Tempat yang banyak kenangan dan mengajar erti kehidupan.  Susah senang diredah tanpa kecuali.  Jika ditimbang, susah dahulu lebih banyak dari senang. 

Jika bercerita tentang susah, ada pelbagai senario yang boleh dijadikan sempadan.  Cerita susah lampau juga boleh dikategorikan.  Ada susah, sederhana susah dan susah terlampau.  Hidup yang susah terlampau boleh dibuat bandingan.  Susah ikut tahun dialami.  Mungkin susah tahun 50an,  berbeza dengan susah hidup 90an atau bandingan hari ini. 

Itulah susahnya jika nak ceritakan tentang hidup susah.  Kadangkala, kita kata susah, tapi ada orang lain yang kata dia hidup lagi susah.  Maka erti susah dangkala boleh diukur.  Namun bayak juga kesusahan yang sukar nak diberi nilai.  

 Masa itu keluarga saya baru dua tahun pindah dari kampung ke Felda( dulu LKTP) Bukit Rokan.  Duduk di kampung susah.  Maka kami pindah ke Felda untuk kurangkan kesusahan hidup.  Ketika mula berpindah, keluarga kami diberi sebuah rumah papan, tanpa api dan air.  Istilah api letrik  dan air paip tak ada dalam kamus hidup masa itu.  Taka ada sebatang pokok pun di kelililing rumah. Tanah gersang batu 'grewel'.  

Untuk terang waktu malam, guna pelita minyak tanah.  Air untuk makan dan mandi kena gali perigi di belakang rumah.  Semua kesusahan itu masih mampu ditelan.  Ada bantuan setiap keluarga dalam 60 ringgit satu keluarga.  Bantuan diberi sehingga pokok getah boleh ditoreh. 

Kesusahan menunggu sehingga getah boleh keluarkan hasil adalah kesusahan fasa lain.  Semasa itu saya sudah mula bersekolah.  Saya mula bersekolah darjah satu tahun 1965. Darjah satu, alat tulis utama ialah papan hijau saiz kecil yang boleh dibawa balik ke rumah.  Di atas papan itulah semua kerja dibuat.  Buku tulis ada tapi belum begitu penting.  

Duit belanja tak tentu nilai.  Kadang-kadang ada, kadangkala bawa bekal. Sepuluh sen dah dikira banyak masa itu.  Murid pula diberi makan bubur percuma.  Bubur dimasak oleh pihak kantin sekolah dan murid hanya perlu bawa koleh, sudu dan gula pasir. Bubur gandum adalah bantuan makanan dari UNESCO, jika tak silap.  Bantuan untuk meningkatkan kualiti makanan murid sekolah. Ada masanya murid diminta bawa kayu api untuk tujuan memasak bubur gandum tersebut.

Cikgu Wahab adalah guru saya semasa darjah satu.  Isternya cikgu Ismariah ajar saya darjah dua.  Mereka guru yang baik.dan gigih mengajar.  Begitu juga dengang guru yang lain.  Cikgu Ramli Othman, Cikgu Baharin, Cikgu Ahmad, Ustaz Manap dan Ustaz Majid  antara nama yang masih saya ingat. Semoga Alah merahmati mereka.

Masa itu peperiksaan darjah lima diadakan di SK Gemencheh (kini SK Datuk Abdullah).  Murid naik Land Rover Felda untuk ambil periksa.  Tak ada fikiran nak dapat 5 A masa itu.  Hanya dapat seronok naik Land Rover Felda ke Gemencheh.  Jalan traya masih batu grewel.  Berdebu.  

Bersambung ; Sekolah menengah.

Selasa, 11 Ogos 2020

Alasan Mengapa Rasulullah SAW Sering Perbaharui Wudhu


 Rasulullah SAW kerap memperbarui wudhunya meski tidak untuk sholat.

REPUBLIKA.CO.ID, Wudhu adalah satu cara seorang hamba menyucikan diri dari hadats kecil. Berwudhu wajib dilakukan bagi orang yang hendak menunaikan sholat karena termasuk syarat sahnya.

Rasulullah SAW berkata melalui riwayat Tirmidzi: مِفْتَاحُ الْجَنَّةِ الصَّلَاةُ ، وَمِفْتَاحُ الصَّلَاةِ الْوُضُوءُ

''Kuncinya surga adalah sholat dan kuncinya sholat adalah wudhu,'' dan riwayat Imam Ahmad: لا صَلاةَ لِمَن لا وُضوءَ لَه ''Tidaklah dianggap sholat bagi orang yang tidak berwudhu.''

Namun, Rasulullah melakukan wudhu tidaklah hanya ketika akan melaksanakan sholat. Beliau selalu mendawamkan wudhu dalam kesehariannya, yaitu senantiasa menjaga kesucian dengan cara selalu memperbarui wudhu ketika beliau hadats.

Kesunnahan ini sangat dianjurkan. Sebuah pesan ajakan ittiba' ini terekam dari perkataannya: إنَّ أُمَّتي يُدْعَوْنَ يَومَ القِيامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِن آثارِ الوُضُوءِ، فَمَنِ اسْتَطاعَ مِنكُم أنْ يُطِيلَ غُرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ.

''Sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat dengan tanda ghurra yang bersinar (di wajahnya) karena atsar (bekas) dari wudhu. Barangsiapa yang mampu untuk memperpanjang ghurra tersebut, maka lakukanlah.'' (HR Muslim dari Abu Huraiah).

Dalam kitab Fath al-Bari dijelaskan bahwa asal kata ghurra adalah bintik-bintik putih yang berada di dahi kuda. Dan, dimaksudkan dalam hadis ini sebagai cahaya yang bersinar di wajah umat Muhammad.

Mendawamkan wudhu berarti menjadikan diri senantiasa dalam keadaan suci, suatu perbuatan yang amat dipuji oleh Zat Yang Mahasuci. Sebuah tanda ghurra di dahi umat akan segera menjelma dalam aura wajah setiap hamba Muslim di dunia ini, selain sebagai tanda keumatan di hari kiamat nanti ketika menghadap Allah SWT sesuai sabda Rasul di atas.

Berwudhu ini selain untuk menjaga kebersihan anggota badan dan kesucian dari hadats juga sebagai kesucian dari dosa-dosa yang kita lakukan. Rasul berkata melalui riwayat Muslim:

إِذا تَوَضَّأَ العبدُ المُسلِم أَوِ المؤْمِنُ فَغَسل وجهَهُ خَرجَ مِنْ وَجهِهِ كلُّ خطِيئَة نَظَر إِلَيْهَا بِعيْنيْهِ مَعَ الماءِ أَوْ معَ آخرِ قَطْرِ الماءِ، فَإِذا غَسل يديهِ، خَرج مِنْ يديهِ كُلُّ خَطيئَةٍ كانَ بطَشَتْهَا يداهُ مَعَ المَاءِ أَوْ مَعَ آخِر قَطْرِ الماءِ، فَإِذا غَسلَ رِجَليْهِ، خَرَجَتْ كُلُّ خَطِيئَةٍ مَشَتها رِجلاه مَعَ الماءِ أَوْ مَع آخرِ قَطرِ الماءِ، حَتَّى يخرُجَ نَقِيًّا مِن الذُّنُوبِ 

''Jika seorang hamba Muslim atau Mukmin melakukan wudhu, kemudian membasuh wajahnya, maka dosa-dosa yang dilakukan oleh mata akan keluar bersama air yang mengalir hingga tetesan terakhirnya. Jika ia membasuh kedua tangannya, maka dosa-dosa yang dikerjakan oleh tangan akan keluar bersama air yang mengalir hingga tetesan terakhirnya. Jika membasuh kedua kakinya, maka dosa-dosa yang dilakukan oleh kaki akan keluar bersama air yang mengalir hingga tetesan terakhirnya. Sehingga, keluarlah semua noda dosa sang hamba.''

Sebagai umat Muhammad, marilah kita mendawamkan wudhu sebagai ittiba' kepadanya, sekaligus untuk menjaga kesucian diri serta penghapus dosa. Juga diharapkan akan menjelma menjadi mental kehidupan Muslim dan Mukmin dalam kehidupan kesehariannya yang senantiasa menjaga kesucian pergaulannya berupa akhlak mulia. 

sumber : Harian Republika

https://republika.co.id/berita/qeutim320/alasan-mengapa-rasulullah-saw-sering-perbarui-wudhu

DOSA TERHAPUS DENGAN SOLAT SUNAT

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-510: DOSA TERHAPUS DENGAN SOLAT SUNAT

 Soalan: Apakah benar terdapat hadith yang menyatakan tuntutan bagi orang yang melakukan dosa untuk menunaikan solat dua rakaat?

Ringkasan Jawapan: Hadith yang menceritakan berkaitan tuntutan bagi orang yang melakukan dosa untuk menunaikan solat dua rakaat merupakan hadith yang sanadnya dinilai hasan (baik) oleh para ulama. Di samping itu, hadith itu menunjukkan galakan untuk menyertakan atau menyegerakan amal soleh apabila melakukan dosa (dosa kecil).

Berdasarkan soalan di atas, di sana terdapat hadith sebagaimana yang dinyatakan:

  • Daripada Abu Bakar al-Siddiq RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا، فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ، ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ، إِلَّا غَفَرَ اللَّهُ لَهُ، ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الْآيَةَ: {وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ} [آل عمران: 135] إِلَى آخِرِ الْآيَةِ

Maksudnya: “Mana-mana daripada kalangan hamba (hamba Allah) yang melakukan dosa, maka dia memperelokkan wudhuknya. Kemudian dia menunaikan solat sebanyak dua rakaat, lalu dia beristighfar melainkan Allah akan mengampunkan dosanya. Setelah itu, Nabi SAW membaca ayat 135 dari surah Ali Imran: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah.” sehingga ke akhir ayat tersebut.” [Riwayat Abu Daud (1521)]

 Shaykh Abd al-Muhsin al-‘Abbad ketika mensyarahkan hadith di dalam salah satu daripada pengajiannya, beliau mengatakan bahawa amalan soleh boleh menghapuskan dosa-dosa kecil. Adapun dosa besar, yang boleh menghapuskannya adalah amalan soleh berserta taubat.

Shaykh Mahmud al-Subki menyatakan hadith ini juga menunjukkan dalil galakan untuk memperelokkan wudhuk dan solat dua rakaat serta istighfar apabila melakukan sesuatu dosa. Sekiranya seseorang itu melakukan sedemikian, maka akan diampunkan dosa tersebut baginya. [Lihat: al-Manhal al-‘Azb al-Mawrud, 8/183]

Antara dalil yang menunjukkan bahawa dosa kecil boleh terhapus dengan amalan soleh adalah berdasarkan nas daripada al-Quran dan juga hadith Nabi SAW:

 Firman Allah SWT:

إِن تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ

al-Nisa’: 31

Maksudnya: “Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu.”

  • Daripada Abu Zar al-Ghiffari dan Mu’az bin Jabal R.anhuma berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:

وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الحَسَنَةَ تَمْحُهَا

Maksudnya: “Sertakanlah setiap dosa (dosa kecil) yang kamu lakukan dengan kebaikan (amal soleh) yang mana kebaikan itu akan menghapuskan dosa tersebut.” [Riwayat al-Tirmizi (1987)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]

Untuk huraian penuh baca di sini

Sumberhttps://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/4567-irsyad-al-hadith-siri-ke-510-dosa-terhapus-dengan-solat-sunat


Dimuatnaik oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub

 Diterbitkan: 09 Julai 2020


IBADAT HAJI MUSIM COVID-19

           Selasa | 11 Ogos 2020

                                                                                                                                                                 

Tangkap layar melalui video dalam Facebook Haramain Live memaparkan jemaah haji melakukan tawaf Wida semal

 MAKKAH - Jemaah haji mengelilingi Kaabah dengan berjalan kaki untuk mengerjakan tawaf Al-Wida dalam keadaan penjarakan sosial bagi menandakan tamatnya ibadat itu semalam.Pada tahun ini, kira-kira 10,000 umat Islam iaitu jumlah yang jauh lebih kecil berbanding 2.5 juta jemaah pada tahun lalu mengerjakan ibadat itu selama lima hari.

Mereka memakai pelitup muka dan membaling batu di sebuah dinding sebagai simbolik merejam syaitan di Mina berdekatan Makkah pada hari terakhir ibadat tersebut, lapor media kerajaan.Berbanding mengutip batu-batu kecil untuk melontar jamrah pada tahun lalu, pada tahun ini mereka diberikan beg yang sudah disterilkan pihak berkuasa haji bagi melindungi pandemik koronavirus (Covid-19).

Jemaah haji itu kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk membuat tawaf Wida dengan mengelilingi Kaabah.


Solat Maghrib di Masjidil Haram yang dilakukan selepas tamat tawaf Wida. - Foto Haramain Live

Mengendalikan ibadat haji ketika dibayangi pandemik Covid-19 memerlukan usaha berganda pihak berkuasa Arab Saudi, kata pemerintah negara itu, Raja Salman Abdulaziz Al Saud pada Jumaat lalu selepas dibenarkan keluar dari sebuah hospital berikutan pembedahan untuk mengeluarkan hempedu.

"Ibadat haji tahun ini dihadkan kepada jumlah yang amat terhad dan memastikan ia selesai (diadakan) walaupun terdapat keadaan yang sukar," kata baginda yang berusia 84 tahun.  Pihak berkuasa haji berkata, tidak ada kes Covid-19 dilaporkan di Tanah Suci itu semasa ibadat haji.

Jemaah haji yang melakukan penjarakan sosial dan suhu badan mereka diperiksa akan menjalani kuarantin mandatori selepas mengerjakan haji, kata pihak berkuasa. Pada kebiasaannya, kos mengerjakan haji melibatkan ribuan dolar disimpan selama beberapa tahun dan terpaksa menunggu bagi tempoh yang lama sebelum dibenarkan menunaikan ibadat tersebut.

Bagaimanapun, pada tahun ini, kerajaan Arab Saudi membiayai perbelanjaan semua jemaah haji dengan menyediakan makanan, penginapan hotel dan penjagaan kesihatan, kata beberapa jemaah haji. - AFP

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/95000/GLOBAL/Umat-Islam-selesai-mengerjakan-haji

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...