Isnin, 28 Disember 2015

Anekdot Amal 2: Ukhuwwah

Ustaz Sulaiman menegaskan pentingnya persaudaraan.  Beliau sandarkan maksud hadis ke -13 dalam hadis Arbain An-Nawawi;  Tidaklah beriman salah seorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri (Di rwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim).  Makmum majlis tazkirah mendengar dengan khusyuk.  Mungkin jarang sesi tazkirah diberikan oleh ustaz dari jauh.  Ustaz Sulaiman dari Kemboja.  Daerah Kampot tempat dia giat berdakwah.  Sebelum ini hampir 18 tahun dia tinggal di Malaysia.  Ketika itu zaman komunis Pol Pot mengganas di Kemboja.  Ramai otang Islam yang disembelih di sana.  Ustaz juga ceritakan beberapa peristiwa kejam Pol Pot terhadap orang Islam.  

Ustaz datang ke Malaysia untuk ziarah Ustaz Zamerey yang kemalangan.  Begitulah kukuhnya tali persaudaraan yang dibina dalam Islam. Ustaz Zamerey merupakan tunggak utama Akademi Imam Syafie di Kemboja.

Saya kagum dengan ustaz. Usaha dakwah yang ustaz lakukan di Kemboja harus diluji dan diteladani. Dia gigih majukan kualiti hidup orang Islam Kemboja.  Keperluan hidup yang asas dipedulikannya.  Diusahakan bina rumah asas untuk penduduk Islam yang amat miskin.  Dia juga wujudkan Madrasah Imam Syafie di Kampong Keh di Kampot.  Misi pendidikan ini ditunjangi oleh usaha gigih rakan-rakan dari Malaysia.  Mereka termasuk pengasasnya Dr Mohd Shauki, Dr Zawawi dan Ustaz Zamerey.  

Saya berkesempatan melawat madrasah ini.  Sungguh hebat usaha mereka.  Mereka membina madrasah dengan bantuan yang diterima.  Kebanyakan derma dari rakyat Malaysia.  Ahli kariah surau saya juga banyak menyumbang untuk pembangunan madrasah tersebut. 

Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

ما نقصت صدقة من مال وما زاد الله عبدا بعفو إلا عزا
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)

Begitulah yang saya dapat kaitkan  antara keperluan mengukuhkan tali persaudaraan dan usaha dakwah.   Di samping itu pentingnya membantu mereka yang perlukan bantuan untuk menegakkan Islam dalam kehidupan.  Ditambah dengan kesukaran berbuat demikian di tenpat yang serba miskin. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAKSI ATAS DIRI SENDIRI

  Dalam bukunya, 59 Kaedah Al-Quran Untuk Jiwa dan Kehidupan, Dr. Umar Abdullah al-Muqbil (2012)  menghuraikan kaedah keempat.  Beliau meny...