Isnin, 29 Disember 2014

Banjir oh banjir



Banjir di negeri terutama di pantai timur Malaysia sangat gawat kali ini.  Ramai yang menyatakan bahawa tahap air yang merempuh kawasan terbabit adalah tidak terduga. Walaupun bagi  mereka yang berada di Kelantan contohnya sudah biasa mengharung banjir, namun kali ini sifatnya agak luar biasa.  Maka pelbagai cerita dan berita yang dapat di baca dan di dengar berkaitan banjir besar kali ini.

Bagi yang tidak mengalaminya mungkin tidak dapat menyatakan secara terus kegetiran mereka berhadapan musibah ini.  Pelajar PhD saya dari Gua Musang menghantar mesej agar mendoakan keselamatan beliau sekeluarga menghadapi banjir. Begitu juga seorang pelajar sarjana yang baru balikm dari Gua Musang menceritakan dengan nafas lega yang ia dapat melepasi rintangan hingga dapat sampai ke UKM untuk hantar tugasan yang perlu dinilai.  Ia mengajar di JB. Sempat juga ia hadiahkan dua bungkus keropok  untuk digoreng masa musim hujan ini.

Malam Isnin yang lepas semasa tazkiran oleh Dato' Zaidi di surau Bangi Perdana, beliau juga memulakan kuliahnya dengan bercerita di sekitar pengalamannya baru balik dari meninjau keadaan banjir di Tanah Merah Kelantan.  Menurut beliau, masalah utama dalam menguruskan bantuan banjir di sana ialah kurangnya kemudahan untuk menghantar belakan kepada mangsa.  Bekalan makanan disifatkannya sangat banyak terlonggok di dalam kenderaan berat yang tersekat di gigi air. Malangnya tiada kemudahan untuk sampaikan bantuan tersebut kepada mangsa banjir.  Oleh itu beliau sarankan agar pihak surau Bangi Perdana beli bot yang boleh bantu selesaikan masalah penyebaran bantuan.

Dimaklumkan pada malam itu bahawa kutipan uang dibuat oleh surau Bangi Perdana mencecah RM 19k.  Mungkin idea Dato' Zaidi boleh dilaksanakan untuk tujuan operasi bantu mangsa sekarang dan kan datang. Tapi yang lebih menarik dalam kuliah beliau malam tadi ialah tazkirah bertajuk "Pologami" yang didengar dengan tekun oleh para makmum yang dahagakan ilmu. Dato' Zaidi adalah peguam syar'i yang banyak kendalikan kes rumah tangga di mahkamah syariah.

Sebelum pergi ke pejabat hari ini, saya sempat hantarkan dua kotak pakaian terpakai ke surau untuk dihantar ke Kelantan sebagai sumbangan kecil yang dapat diberikan untuk mangsa banjir.  Saya lihat himpunan bekalan makanan kering dan pakaian telah sedia untuk dihantar ke sana..Semoga usaha murni pihak surau dirahmati Allah..Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TAKDIR, TANDA TERIMA KASIH, GANJARAN, ALAM BAQA

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran - 3:145 وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ كِتَٰبًا مُّؤَجَّلًاۗ وَمَ...