Khamis, 22 Julai 2021

AHLI SYURGA MAKAN DAN MINUM?

Firman Allah Ta'ala:  "Sesungguhnya orang-orang bertakwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan mata air yang mengalir. Serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini.  Pada ketika itu dikatakan kepada mereka); Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan." (Al-Mursalat: 41-43)

PELBAGAI nikmat dan ganjaran yang menanti buat orang yang beriman di dalam Syurga. Bertemu bersama dengan insan-insan kesayangan yang sudah terpisah di bumi, disatukan kembali oleh Allah SWT ketika di dalam syurga. 

Antara nikmat Allah SWT ketika di syurga termasuklah tentang makan yang dikisahkan menerusi ayat al-Quran, Surah al-Thur, ayat 19 yang bermaksud: (Dan dikatakan kepada mereka): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan”.

Telah diperihalkan mengenai kisah makan istimewa yang dijanjikan oleh Allah SWT ketika berada di dalam syurga. Allah SWT apabila menceritakan tentang makan di dalam Al-Quran tidak hanya bercerita ringkas tetapi dengan penuh lengkap. Menerusi surah yang sama, huraian mengenai apa jenis makanan dan bagaimana bentuk makanan diceritakan dengan lengkap sehingga akhir surah ini. 

Jamuan makan bersama keluarga ini diceritakan oleh Allah SWT dan diperincikan melalui ayat-ayat lain di dalam al-Quran dan kesudahan yang indah buat penghuni-penghuni syurga yang akan berkumpul dan bertemu semula dengan insan-insan kesayangan mereka.


Sumber

Sheikh Soleh Mator. 2016. 33 Kunci Syurga (Terjemahan Safinah Hasan); Tiada  nama penerbit.

Jamuan Makan Sekeluarga di Syurga
://ikimfm.my/jamuan-makan-sekeluarga-di-syurga/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PILIHANRAYA DAN KEBEBASAN BERSUARA

Tidak dapat dielakkan. Bila wakil rakyat meninggal dunia, kerusinya perlu diganti. Wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen (AP)atau Ahli Dewan U...