Khamis, 8 Julai 2021

BAHAGIA


TANDA BAHAGIA

Semua orang mengharapkan kebahagiaan. Bahagia yang didambakan bukan hanya di dunia malah yang lebih penting adalah kebahagiaan di hari akhirat.

Terdapat pelbagai tanda kebahagiaan, antaranya:

a. Jika diberi kenikmatan maka ia bersyukur

b. Jika diuji dengan ditimpa musibah ia bersabar

c. Jika melakukan dosa ia segera beristighfar (bertaubat).

1. Bersyukur Dengan Nikmat

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Dhuha:

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

“Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya”. (Ad-Dhuha: 11)

Imam Al-Qurtubi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: “Sebarkanlah apa yang Allah SWT kurniakan kepada kamu dengan perasaan syukur dan pujian kepada Allah. Menyebut-nyebut pelbagai nikmat Allah dan mengiktiraf nikmat tersebut adalah satu bentuk kesyukuran.” (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 20/102)

2. Bersabar Dengan Ujian dan Musibah

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

 “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah : 155)

Syeikh Abu Bakar al-Jazairi menyebut, Allah SWT pasti menguji hamba-hamba-Nya agar terlihat jelas siapa yang jujur hatinya dan siapa yang dusta, siapa yang sabar dan siapa yang berkeluh-kesah. Ia merupakan sunnatullah yang berlaku pada hamba-hamba-Nya (Aisar al-Tafasir, 1/65)

3. Bertaubat Daripada Dosa

Firman Allah S.W.T:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ 

“Dan mereka itu (golongan bertakwa) apabila melakukan perbuatan keji atau telah menzalimi diri mereka sendiri, mereka terus mengingati Allah dan beristighfar terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang dapat mengampunkan dosa selain Allah. Serta mereka itu tidak berterusan dalam melakukan apa yang telah mereka kerjakan dalam keadaan mereka mengetahuinya. (Aali Imran: 135)

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

“Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat” (HR Ibn Majah No: 4392)

Mari kita menjadi orang yang bersyukur, sabar dan sentiasa bertaubat.

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PILIHANRAYA DAN KEBEBASAN BERSUARA

Tidak dapat dielakkan. Bila wakil rakyat meninggal dunia, kerusinya perlu diganti. Wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen (AP)atau Ahli Dewan U...