Selasa, 27 Julai 2021

KISAH POHON YANG DISEMBAH MANUSIA

Al-Hasan berkata, ada sebatang pohon yang dijadikan sembahan selain Allah.  Seorang lelaki datang ke pohon itu dan berkata, " sungguh aku akan menebvang pohon ini."  Dalam keadaan marah dia berniat untuk tebang pohon itu.  Iblis datang menahan lelaki itu dalam wajah manusia.  

Iblis bertanya, "Apa yang kamu inginkan?" Lelaki itu menjawab yang dia hendak tebang pohon itu yang dijadikan sembahan selain Allah.  Iblis membantah , "Jika kamu tidak menyembahnya, lalu apa mudaratnya kepada kamu berbanding orang yang menyembahnya." Lelaki itu bertkeras untuk menruskan niatnya untuk menebang pohon itu.  Syaitan menegahnya dengan menawarkan kepada lelaki itu dua dinar setiap pagi. Syaitan akan diletakkan di bawah bantalnya dua dinar apabila dia bangun tidur.  

Lelaki itu setuju dengan tawaran dinar dari syaitan.  Apabila bangun dari tidur lelaki itu  dapati ada wang dua dinar di bawah bantalnya.  Namun pada hari berikutnya wang dinar itu tidak ada di bawah bantalnya.  Lelaki itu marah dan mahu menebang pohon itu kerana ditipu syaitan.  Kata lelaki itu," Aku akan menebang pohon yang dijadikan sembahan manusia itu." 

Syaitan membantah lelaki itu, "Kamu bohong, kamu tak boleh tebang pohon itu."  Lelaki itu bangkit untuk menebang pohon itu.  Iblis melawan hingga lelaki itu terjatuh.  Iblis mencekiknya  dan nyaris membunuhnya.  Iblis berkata," Tahukan kamu siapa aku. Aku adalah syaitan. Pertama kali dulu kamu datang dengan marah kerana Allah dan aku tidak meampu melawan kamu.  Apabila kamu diperdaya dengan dua dinar, kamu tidak menebangnya.  Tetapi sekarang kamu datang membela dua dinar, maka aku berhasil mengalahkan kamu."

Sumber:

Ibnul Jauzi (tahqiq Aiman Shalihin Sya'ban). 2012. Perangkap Iblis.  Pustakan Arafah: Solo.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PILIHANRAYA DAN KEBEBASAN BERSUARA

Tidak dapat dielakkan. Bila wakil rakyat meninggal dunia, kerusinya perlu diganti. Wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen (AP)atau Ahli Dewan U...