Jumaat, 9 Julai 2021

REBUT KUASA


Memiliki kuasa sering menjadi idaman manusia.  Kepada yang telah berkuasa, hilang kuasa beri impak mendalam kepadanya.  Dia akan merasakan serba kurang.  Jika sebelum ini kuasa memberikan keistimewaan kepadanya, namun bila kuasa yang dimiliki sudah hilang dia jadi hilang punca.  Dia akan cuba dapatkan semula kuasa yang hilang. 

Kereta yang hilang kuasa disifatkan tidak mampu bergerak.  Alatan elektrik yang hilang kuasa menjadikan  fungsinya tidak dapat dipenuhi.  Begitu juga dengan kuasa memerintah.  Hilangnya kuasa mentadbir sesuatu institusi bermakna cengkaman dan arahannya tidak bermakna.  Pengikut akan lari.  Orang bawahan tidak akan mempedulikannya.  Lebih ekstrim lagi ialah ia akan dipinggirkan.  Kuasa yang manusia miliki tidak kekal.  Kuasa  itu akan hilang dan orang lain akan berebut untuk mengisi kekosongan kuasa itu.  

Dalam konteks Malaysia kini, ahli politik berebut untuk mendapatkan kuasa memerintah.  Mereka menggunakan pelbagai strategi bagi menjatuhkan kuasa pihak lawan.  Kita disajikan dengan pertelagahan yang tak berkesudahan.  Dulu kawan kini lawan seteru yang perlu dijatuhkan.  Walaupun massa menghadapi kesukaran hidup, dijangkiti penyakit bahaya, serta segala macam kepayahan, namun perebutan untuk berkuasa masih berlaku. Mereka merebutkan kuasa memerintah yang dianggap boleh memberinya kebahagiaan. Matlamat utama untuk mendapatkan kuasa memerintah dianggap keistimewaan.  Tapi mereka lupa amanah yang Allah beri sering disalah guna.  Kuasa pada mereka perlu dipertahankan selama-lamanya. 

Namun kuasa yang manusia miliki tidak setanding dengan kuasa Allah.  Kuasa mutlak milik Allah.  Allah berkuasa menaikan dan menjatuhkan kuasa yang dimiliki manusia.  Allah berkuasa menghukum azab manusia yang tidak mengikut petunjukNya.  

Seluruh bumi dan isinya adalah bukti kekuasaan dan kehebatan Allah SWT.  Maka tidak ada makhluk yang mampu mendakwa memiliki kuasa sehebat kuasa Allah. Firman Allah SWT lagi dalam al-Quran bermaksud: "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi golongan yang berakal." (Surah Ali 'Imran, ayat 190)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PILIHANRAYA DAN KEBEBASAN BERSUARA

Tidak dapat dielakkan. Bila wakil rakyat meninggal dunia, kerusinya perlu diganti. Wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen (AP)atau Ahli Dewan U...