Sabtu, 10 Julai 2021

10 HARI AWAL ZULHIJJAH

 


Untuk memahami kelebihan, fadhilat dan keistimewaanya, kami nukilkan daripada kitab Lata'if Al-Maarif oleh Ibnu Rajab al-Hanbali.

Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

Maksudnya : "Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini- baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya? "Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali."

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)

Perbahasan tentang kelebihan 10 hari terawal Zulhijjah terdapat dalam 2 fasal : Kelebihan beramal dalam waktu itu dengan hadis ini menjadi dalilnya, dan kelebihannya yang tersendiri.

FASAL PERTAMA : Kelebihan beramal soleh pada 10 hari tersebut.

Hadis menjadi dalil kepada beramal pada 10 hari ini lebih disukai oleh Allah berbanding amalan-amalan pada hari yang lain tanpa sebarang pengecualian.Apabila ia adalah perkara yang paling disukai oleh Allah, maka ia adalah sesuatu yang afdal disisi-Nya.

Hadis ini juga turut diriwayatkan dengan lafaz,

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ أفضل من أيام العَشْر

Maksudnya : "Tiada hari-hari amalan yang dilakukan padanya menjadi afdal berbanding 10 hari awal Zulhijjah."

Hadis ini juga diriwayatkan dengan terdapat keraguan disisi perawi pada lafaz: Paling disukai atau afdal. Apabila sesuatu amalan dalam 10 hari ini dan lebih disukai oleh Allah berbanding amalan yang dilakukan pada hari-hari yang lain dalam setahun, maka jadilah amalan yang kurang utama yang dikerjakan dalam 10 hari ini afdal daripada amalan yang lebih utama yang dikerjakan pada selainnya.Sebab itulah, para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah,walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya ?", Baginda bersabda, "Walaupun jihad, ia tidak menandinginya."Kemudian, Baginda mengecualikan satu jenis jihad yang merupakan sebaik-baik jihad kerana baginda juga pernah ditanya, "Manakah jihad yang afdal?",Baginda menjawab, "Jihad seseorang yang kudanya ditikam mati dan dia pun mati syahid. "Orang demikian mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah.

Nabi SAW telah mendengar seorang lelaki berdoa,

اللَّهُمَّ اعْطِني أَفْضَلُ ما تُعطِيْ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya : "Ya Allah, Berikanlah kepadaku sebaik-baik pemberian yang engkau berikan kepada hamba-Mu yang soleh."

Lalu baginda bersabda kepadanya,

إِذَنْ يُعْقَرُ جَوَادُكَ ، وَتَسْتَشْهِدُ

Maksudnya : "Oleh itu, pastikan (Kamu berjihad sehingga) kudamu mati ditikam dan kamu mati syahid."

Riwayat Ibnu Hibban (4639), al-Hakim (2/74) di dalam al-Mustadrak

Secara khususnya, Jihad sebegini lebih baik daripada amalan yang dilakukan pada 10 hari terawal Zulhijjah.

Manakala jihad yang lain, amalan dalam 10 hari terawal Zulhijjah menjadi afdal dan lebih disukai oleh Allah SWT daripadanya, malah termasuk semua amalan yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa amalan yang kurang utama, yang dikerjakan dalam tempoh yang terbaik akan diberi kelebihan yang seperti amalnya yang lebih utama yang dikerjakan dalam tempoh selainnya, bahkan amalan yang pertama tadi mengatasinya disebabkan ganjaran yang dilipat ganda. Penambahan ini disebutkan dalam hadis riwayat Ibnu Abbas R.A, iaitu :

وَالْعَمَلَ فِيهِنَّ يُضَاعَفُ سَبْعمِائَةِ ضِعْفٍ

Maksudnya : " Dan amalan yang dikerjakan dalam tempoh ini akan digandakan pahalanya sehingga 700 kali”

Namun, sanadnya terdapat kelemahan.

Selain itu, kadar gandaan pahala dinyatakan dalam banyak riwayat yang berbeza. Al-Tirmizi dan Ibnu Majah meriwayatkan hadis daripada Al-Nahhas Bin Qahm, daripada Qatadah, daripada Ibnu Al-Musayyab , daripada Abu Hurairah, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda,

مَا مِن أَيَّامٍ من أيام الدٌّنْياَ أَحَبُّ إِلىَ اللهِ أَنْ يُتَعَبّدَ له فيها من أيام العَشْرِ، يَعْدِلُ صِيامُ كُلُّ يَوْمٍ مِنْهَا بِصِيَامِ سَنَةٍ وَقِيَامِ كُلُّ لَيلةٍ مِنْهَا بقيام ليلة القَدْرِ

Maksudnya : "Tiada hari-hari yang paling disukai oleh Allah untuk seseorang melakukkan ibdah kepada-Nya selain 10 hari dalam Zulhijjah. Puasa setiap harinya menyamai puasa setahun, dan qiamullail setiap malamnya menyamai qiamullail pada malam Al-Qadr."

Riwayat al-Tirmizi (758), Ibnu Majah (1728)

Namun, ulama  hadis melemahkan Al-Nahhas Bin Qahm.Al-Tirmizi menyebutkan daripada Al-Bukhari bahawa hadis tersebut diriwayatkan daripada Al-Qatadah daripada Sa'id, secara mursal. Thuwair Bin Fakhitah - seorang perawi yang lemah – turut meriwayatkannya daripada mujahid, daripada Ibnu Umar R.A, Katanya :

ليس يوم أعظم عند الله من يوم الجمعة ليس العشر فإن العمل فيها يعدل عمل سنة

Maksudnya : "Tiada suatu hari yang paling agung di sisi Allah selain hari Jumaat bukannya 10 hari (Terawal Zulhijjah) kerana suatu amalan yang dikerjakan pada hari itu menyamai amalan selama setahun."

Abu Amru al-Naisaburi meriwayatkan dalam kitab Al-Hikayat dengan sanadnya, daripada Humaid, beliau berkata,"Aku mendengar ibnu Sirin dan Qatadah berkata, Puasa setiap hari daripada 10 hari Zulhijjah menyamai puasa setahun."Sebenarnya, banyak lagi hadis yang diriwayatkan dengan gandaan ganjaran pahala, antaranya: Harun Bin Musa Al-Nahwi meriwayatkan dengan berkata, " Aku mendengar Al-Hassan menceritakan daripada Anas bin Malik, Katanya, pernah disebutkan tentang 10 hari tersebut : Setiap harinya menyamai seribu hari, dan hari Arafah menyamai 10 000 hari."

Baca keseluruhan artikel di sini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PILIHANRAYA DAN KEBEBASAN BERSUARA

Tidak dapat dielakkan. Bila wakil rakyat meninggal dunia, kerusinya perlu diganti. Wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen (AP)atau Ahli Dewan U...